Followers

Friday, August 28, 2015

Makan Petang di KFC & Late Dinner (malam tahun baru) kat Raub la pulak....

Assalamualaikum....


Sambungan cerita selepas annual lunch tu kan MaDiHaA bergegas kena balik cepat sebab nak balik Raub pulak... inilah sambungannya.  Bila dah sampai Raub ajak anak2 makan KFC. Kesian la pulak kat dorang ibu dah makan sedap2 kat restoren Italy tu... jadi ibu belanja la anak2 & bapak anak sekali makan kat sini.  Lagipun kakak kan dah nak masuk asrama.. dah susah nak makan2 macam ni lagi kalau dah duduk asrama tu. Takpelah ibu kan dah dapat bonus masa tu... blehla belanja u all.. hihi....

Tak banyak pon gambarnya... saja buat kenangan walaupun sekadar makan2 kat fastfood.  Ini pun first time masuk KFC Raub ni. Gambar2 ni semua akan jadi sangat berharga bila anak2 semua dah membesar. Lagi pula zaman sekarang dah tak rajin nak cuci2 gambar masuk album... semua gambar simpan dalam media sosial je.. 

31/12/13

Dah bagi peluang.. anak2 order tak hagak2... nak pulak abang Haziq... kalau order cheezy wedges tu tak mau kongsi2... mesti sorang satu... itupun macam tak berapa cukup.  Tapi ibu pun 2 x 5 jugak... dok teringin jugak nak rasa potato cheezy ball (tak ingat apa namanya) yang baru keluar masa tu.. kihkihkih...



Tengok baju ibu maintain baju yang sama masa lunch tu... malas nak tukar2 baju dah sebab nak cepat.. cuma sempat solat zuhur je sampai rumah sebelum bertolak hihi... 


31/12/13 new year eve --> 1/1/2014 (awal pagi)

Malamnya pulak en. suami nak belanja dinner untuk kami semua... Plan asal nak makan satay sedap kat padang milo kat Raub tu.. tapi disebabkan malam tahun baru... awal lagi pun satay dah habis.  So meratalah kami pusing sana pusing sini kebanyakan kedai penuh & banyak lauk dah habis.  Abis pusing dah & akhirnya jumpa satu kedai yang kami tak pernah makan atau sampai kawasan tu. Masa tu dah agak lewat dah disebabkan masa habis dok pusing2 bandar Raub cari kedai.  Kedai yang kami singgah tu nampaknya masih ada lauk yang berbaki & pelanggan pun takde & dapatlah kami dinner kat sini... Hanya ada ikan & sotong... jadi itu jelah rezeki kami malam tu.  Anak bujang MaDiHaA merajuk sebab tak dapat makan satay... orang lain makan... dia dok ngadap tv dengan muncung sejengkal... hehehe... tu.. tengoklah tu si bujang kecik yg baju biru tu.... (bujang besar baju biru tu adik en. suami).




Sayang seribu kali sayang... masakan kedai yang kami masuk ni langsung tak kena dengan selera kami... aduhaii... buat malu orang Raub je ni kalau masuk kedai ni tapi masakannya tak sedap langsung.  Yang lulus di tekak kami hanyalah sotong goreng tepong aje... haiishh... MaDiHaA tak saranlah masuk kedai ni ye... Tuan kedai sangat ramah & baik hati.. siap belanja kami ulam petai jeruk free... tapi sayangnya lauk masakannya kurang sedap.  Harap tuan kedai boleh improve masakannya. Mungkin ada masakan lain yang sedap.. tapi menu yang kami order semua tak kena dengan selera. Bukan hanya selera en. suami yang memang cerewet sikit bab makan.. tapi juga selera MaDiHaA yang kira cincai2 ni. Mertua, adik2 ipar & anak dara MaDiHaA pun berpendapat yang sama juga... semua kata tak sedap. Tak taulah ye... apa yang tak kena.. mungkin cara masakan dia tu kot. Bukan kata tak cukup garam ke apa.. tp cara olahan tu memang out of taste. Padanlah masa kami masuk tu takde orang dalam kedai ni... kedai sebelah penuh orang... tapi kedai sebelah takde masakan seafood macam nilah.. hanya masakan panas biasa2 je... tu yang tak masuk situ... huhu... Yelah konon nakla belanja mak & adik2 makan besar sekali sekala kan.. tapi macam ni pulak nasib kami... bayar seratus lebih juga.. tp memang tak puas hati betul dengan masakannya.  Redho ajelah... this is first & last.

Tu hah.... siakap 3 rasa... kuahnya meladong.. banyak terasa halia.. pastu campur pulak dengan daun limau purut. Korang rasa camne rasa dia? hihi... Yang lain malas nak komen dah... memang mengecewakan...


Ok itu je kisah sedih kami malam tahun baru... haha..

Tuesday, August 25, 2015

Annual Lunch At Italiannies Pasta Pizza Restaurants

Assalamualaikum....


Kali ni update gambar2 annual lunch dengan kengkawan ofis MaDiHaA.  Jarang2 ikut dorang ni lunch sama sebab tak sehaluan.. hehe.. Eh! bukan tak ngam... cuma biasalah bila office mate berlainan kaum ni... selera pun tak samalah kan.  So MaDiHaA biasanya lunch dengan geng2 melayu yang ada 2, 3 kerat kat ofis tu.  Tapi ada sorang staff India tu boleh geng dengan kami sebab selera dia lebih kurang selera orang Melayu.  So boleh genglah kan.  

Bila tiba hujung tahun camni.. biasanya bos akan belanja lunch untuk new year eve tu.. lepas tu semua staff dibenarkan pulang terus lepas lunch.  Tahun tu boss belanja makan kat restoren Italannies Pasta Pizza dekat Subang Empire.  Mula2 tu cuak juga nak makan kat situ sebab takut tak halal.  Bila pegi sana... nampak ramai je orang Melayu yang menjamu selera kat situ. Lelaki, perempuan, bertudung & tak bertudung... staff yang kerja situ pun ramai melayu.  Lebih kurang macam kat restoren TGI Friday, Chilis, Manhattan Fish Market dan restoren2 Jepun la jugak yang kebanyakannya takde tanda halal..... ramai je orang Melayu yang makan situ.  Subway yang bukan tanda halal Jakim pun ramai je nampak orang Melayu makan. Tawakkal jelah.. mana2 yang boleh makan kita makan.  Sebelum order tu big boss kerap tanya waitress tu samada hidangan yang kitorang nak order tu ada campur apa2 bahan tak halal & dorang akan cakaplah mana yang ada mana yang takde.  So dorang order yang takde letak alcohol la supaya staff2 melayu boleh makan... Pada menu kat situ pun ada diletakkan tanda setiap menu samada menu tu ada dicampur alcohol atau tak, vegetarian atau tak. Jadi senanglah nak pilih. Rasanya jarang ada restoren yang nyatakan mana2 menu yang ada letak alcohol atau tak. Dah la takde tanda halal.. pastu takde pulak penerangan menu2 yang dorang serve. Kiranya kat sini ok la jugak. Ada satu dessert tuh (tiramisu kalau tak salah) waitress tu cakap ada letak alcohol.. so kitorang geng melayu tak jamah ler... tak kisahla sebab ada beberapa dessert lain yang kami boleh cuba.. hmm gitulah kisahnya..... 


31/12/2013



Kitorang sepakat order 2 set setiap menu & makan ramai2... jadi bolehlah order banyak jenis  set & sama2 dapat merasa...  nampak je macam sikit menu yang kami order... tapi kenyang sangat2..



Dah tak ingat nak sebut satu2 menu yang kami order tu... almaklumlah dah lama bebenor... kalau berminat boleh check menu2 & harganya kat website SINI ye..

Sampai je ke menu dessert.. MaDiHaA tak dapat nak tunggu lama.. so rasa sikit2 je pastu terus MaDiHaA minta diri dulu dengan big bos & kawan2 yang lain sebabnya.. petang tu kami terpaksa bergegas balik ke Raub pula sekali hantar kakak masuk asrama.  Tunggukan lepas ni episod kat kampong pula ye... hihi...



Friday, August 21, 2015

Singgah Makan di Restoren Selero Baghak, Bagan Lalang

Assalamualaikum....

22/12/2013
Sambung lagi kisah di Bagan Lalang ye... hehe... Dah nak balik dah masa ni.. Lepas check out...  anak-anak ajak ronda lagi sekali ke pantai & layan main layang-layang lagi.  Bantai main tengah2 panas... adeii... Dah tak kuasa ibu nak snap2 gambar... mujur ada gak tempat teduh bawah bayang pokok2 kat tepi pantai tu.  Dah puas main layang-layang... kitorang pun geraklah balik... sebelum tu singgah solat zuhur dulu kat surau kampong kat situ.. apa nama kampong tu dah tak ingat dah.


Dah pukul 2 lebih kot masa tu... perut pun dah lapar.. kami singgah kat satu restoren dalam kampong kat tepi jalan tu. Namanya Restoren Selero Baghak (kalau tak silap). So kami isi perut dululah kat situ.  


Yang menariknya.. berhampiran restoren tu ada disediakan wakaf & buaian. Seronoklah anak2 dok main2 kat situ... Ibu pun layanlah anak2 possing kat situ.  Selain tu.. tauke restoren tu pun ada juga sediakan perkhidmatan chalet untuk disewa berhampiran restorennya tu.  Tapi tak ditanya pula berapa kadar sewa chalet tu.. hihi.. Yang nampak berderet belakang wakaf tu semua chalet yang disewakan... ada chalet batu, ada juga chalet papan... pilih je mana berkenan...




Perut pun dah kenyang, sebelum gerak balik... teringin pulak bila nampak ada ubi rebus & pisang rebus kat situ.  Terus tapau untuk kudap-kudap dalam kereta.  Cicah dengan kelapa & gula perang... hmm... sedapnya... Inilah makanan zaman atok2 kita dulu... Masih ingat lagi arwah nenek rebus pisang & makan dengan kelapa macam ni, memang sedap.  Dalam perjalanan kami sempat singgah Pantai Morib kejap.  Tak lama pun singgah sebab takut sampai PJ lewat sangat.  Layan anak2 beli air & makanan... pastu beli mainan tah apa2lah yang ada jual kat situ.. pastu terus kami balik PJ..

Habis dah kisah jalan2 Bagan Lalang....

Thursday, August 20, 2015

Makan-Makan Seafood di Restoren H.M. Sri Bagan, Bagan Lalang

Assalamualaikum....

Sambungan lagi kisah semalam.. (ada 4 episod semuanya certa Bagan Lalang ni.. maknanya ada satu episod lagi ye.. hihi) maka dalam pukul 10.45 pm camtu kitorang pun keluar hotel & menuju ke restoren.  Seperti yang owner Restoren H.M. Sri Bagan pesan suruh datang lewat sikit... ingatkan dah surut la orang tapi rupanya masih ramai juga lagi.  Tapi syukurlah ada satu meja kosong untuk kitorang.  Oleh kerana tak dapat buat tempahan meja, maka kira nasib2 jelah dapat meja kat belah mana.  Niat di hati nak meja dekat dengan laut... boleh dengar deruan ombak.. tp apakan daya.. semua masih berpenghuni... akhirnya dapat meja tengah2... huhu... 




Dah dapat meja, kitorang pun pilih2la lauk apa yang nak dimasak. Gambar kat atas tu yang sempat MaDiHaA snap2 masa datang petang sebelumnya yang kononnya nak buat reservation, tup2 dah full booked! Bila kami sampai malam tu, dah tak banyak pilihan sangat dah, pepahat pun dah abis.  Ketam pun tinggal yang kecik2.  Tapi alhamdulillah... kira bolehlah. Bukan nak makan berkilo2 pun kan... makan 5 beranak je. Maka kami pun ambiklah ikan sekor (lupa dah ikan apa) masak 3 rasa, udang masak butter, sotong goreng tepong, sotong + udang tomyam (takde gambar pulak), lala sweet sour, telur dadar & cendawan sos tiram.  Makannya 4 beranak je sebab si bambam Alin dah ketiduran dah masa makanan sampai.  Kesian dia.. penat agaknya... yelah.. petangnya dok main layang2, pastu mandi laut, balik hotel lepas Isyak.. gi mandi kolam plak kejap.. mau tak lepak.. hihi... Gambar tepi pantai tu yang sempat MaDiHaA snap... suasana tempat orang memancing tak jauh dari restoren tu.. cantik sangat pemandangan tu kan...?


Gambar tak banyak sangat.. nak selfie tengah2 orang ramai tu mak pemalu... jadi ambik gambar makanan dengan anak2 jelah. Gambar Alin pun takde sebab dia tidor sebelah ibunya...



Siap makan2.. anak2 dah jeling2 kat gerai jual mainan kat sebelah restoren tu... apalagi kena pow lagi lah... Adik Alin yang tengah tidor pun segar balik bila abangnya kecoh ajak pegi tengok mainan... hehe...

Oklah... lepas ni sambung 1 lagi episod cerita Bagan Lalang yang terakhir..  

Tungguu......

Wednesday, August 19, 2015

Jalan-Jalan & Santai-Santai di Pantai Bagan Lalang

Assalamualaikum...

Sambung cerita semalam...

Dah petang sikit kami pun keluar. Mula2 kami cari lokasi Restoren HM Sri Bagan untuk buat tempahan nak dinner malamnya. Tau nama restoren tu pun sebab MaDiHaA dok google mana2 restoren yang femes kat Bagan Lalang tu. Kalau tak.. memang tak tau juga. Tapi malangnya.. dah full booked la pulak! Tauke restoren tu kata datang walk in je tapi datang lewat sikit dalam pukul 11 mlm. Hmm.. oklah kita datang jelah.. tak payah tempah2 meja.  Lepas tu teruslah ke tempat tujuan utama anak2 pula.. apalagi.. cari layang2 lah.  Anak2 memang dah cakap awal2 lagi dorang nak main layang2 kat tepi pantai.  Okla... ibu ikut jelah kehendak anak2.. janji anak2 gembira.  Beli layang2 2 je.. gilir2 jelah kalau kakak nak main... bukan murah harganya... hihi... Tapi takpelah sebab boleh simpan & main ulang kali kan.. bukannya rosak...

Kemain happy anak2 dapat main layang2... bukan selalu dpt peluang macam ni.... Ramai juga orang lain yang main layang2... Yang mandi manda pun ramai...


Sesekali kakak ambik alih bila ada adik2 yang penat.  Haziq pulak bila suruh lepaskan tali panjang sikit dah mula cuak. Mungkin sebab terasa berat kot. Yelah.. lagi jauh layang2 terbang, lagi kuat nak kena pegang...



Teringin pulak ibu nak selpie dengan ayah.... tapi tengok tu... kakak saja dengkikan... ibu letak je gambar ni dlm blog... hahaha...




Bagi peluang ibu possing plak sesekali... kihkihkih... Masa ni Haziq dengan Alin dah mula main air.. layang2 dah letak tepi dah... 


Takde plan pun nak mandi laut petang tu sebab kononnya suami nak bawak anak2 mandi kolam hotel je malam tu sebelum gi dinner.. Tapi tau ajelah budak2 kalau dah dapat air. Habis basah seluar dorang. Last2 ayahnya kena pegi beli seluar pendek sorang selai. Adik Alin terpaksalah mandi buka baju sebab memang takde bawak baju spare pun. Mujur mandi jauh dari orang ramai & lagipun pantai Bagan Lalang ni luas... jadi takdelah segan sangat adik mandi tanpa baju.. hehe... Ayah, ibu & kakak tak mandi.. bagi peluang kat adik2 je...


Sebelum keluar dinner.. sempat en. suami bawak anak2 mandi kolam sekejap. Gambar Alin tepi pagar tu pula gambar esoknya sebelum kami check out.  MaDiHaA masuk jelah dlm entry ni walaupun dah langkau jalan cerita.. hihi...

bersambung....


Monday, August 17, 2015

Seri Bayu Resort Hotel, Bagan Lalang, Sepang

Assalamualaikum...



Sabtu 21/12/2013

Cuti sekolah tahun tu kami bawa anak2 cuti2 kat Bagan Lalang je.  Masa tu pun abang Haziq dah sembuh lepas bersunat tu.  Seminggu je dah baik.  Alhamdulillah. Dah janji dengan anak2 kalau ada rezeki bolehlah kita jalan2 & tidor hotel. Kalau takde rezeki.. pegi balik hari jelah... hihi.. Alhamdulillah diberikan rezeki & dapatlah kami berlama2 sikit kat Bagan Lalang tu. Kalau balik hari mesti letih & anak2 pun tak puas nak bersantai2.  Dorang semua dok berangan nak main layang-layang.
Adalah bawak bekal karipap & makanan ringan sikit, senang kalau anak2 lapar dalam perjalanan tu tak payah nak singgah2 beli makanan dah.  Sebelum check in, kami singgah kat Restoren Rosli untuk makan tengahari.  Lauknya sedap2, lauk ala kampong. Kakak order mee goreng basah, kurang sedap katanya hihi... Ibu tak tau sebab ibu selera dengan lauk kampong tu... nampak rebung dengan tempe terus meleleh air liur. En. suami punya tak ingat dah dia makan apa tapi nasi berlauk jugak.  Haziq & adik plak order nasi goreng cina. Kitorang semua order air kelapa.. tapi en. suami belum boleh minum air kelapa sebab kena pantang patah tu masih baru lagi... kata pakcik yang ubat suami tu katanya kena pantang air kelapa 2 tahun.. uishh lamanya! 


Siap makan bagai... kami pun check in hotel dulu. Rehat2kan diri & solat zuhur dulu. Nak keluar pun masa tu masih panas lagi. So santai2 je dulu dalam hotel. Minum petang pun kat hotel jugak. Pastu baru bawak anak2 gi santai2 kat tepi pantai.  Sebenarnya kami ada possing2 dalam hotel tu. Tapi sayangnya banyak gambar hilang.. rasanya dah sync dalam FB dah.. Mungkin sebab hp MaDiHaA rosak baru ni kot... yang tinggal yang ni je... yang lain semua gambar gone! Mana2 gambar yang MaDiHaA ada up kat FB je selamat.. yang sync semua hilang.. huhu... sedih betul.. 
Jadilah buat kenangan... ini je gambar yang ada... 

bersambung...

Wednesday, August 5, 2015

Majlis untuk the two boys.... yang dah jadi bujang...

Assalamualaikum....

Kejadian pada 16hb November 2013 bersamaan hari pertama cuti sekolah akhir tahun tersebut maka berlangsunglah majlis kenduri doa selamat untuk the two boys Adam & Haziq yang masing2 berumur 7 tahun pada masa tu.  Dorang berdua ni yang beria2 nak bersunat sangat. Haziq dari sekolah tadika lagi dah tanya bila nak sunat dia.  Puas jugaklah nak kena bagi jawapan dalam masa setahun tu.. MaDiHaA cakap kat dia.. tunggulah abang darjah satu nanti baru sunat. Jadi pada cuti sekolah hujung tahun tu mereka berdua pun selamat disunatkan.  

Pada sebelah malamnya... adik MaDiHaA ada buat kenduri doa selamat kat rumahnya.  Esoknya barulah bawak budak berdua tu bersunat kat klinik kat Klang.  Makngahnya yang beria2 suruh Haziq sunat saing dengan anaknya Adam kat Klang.. konon2 nanti berpantang pun kat Klang & ada geng dengan Adam. Tup2... bila dah kena potong, nak bertepek dengan ibu jugak... tak dibaginya ibu balik kerja kat PJ... Tido semalaman kat rumah makngahnya... pastu esok bawak balik PJ jugak.. tak pasal2 ibu kena ambik cuti juga jaga dia dalam pantang.. ingatkan tak payah ambik cuti sebab makngahnya dah janji boleh jaga dua2... Haziq pun mula2 setuju makngah jaga.... dah siap sunat taknak tinggal pulak.. Haziq... Haziq... Tapi bila fikir2 balik... elok juga MaDiHaA jaga sendiri dia dalam pantang.. Sebab ada anak bujang pun sorang ni je.. inilah pengalaman pertama & terakhir buat MaDiHaA.. hehe...

Oklah.. gambar pun tak banyak mana... jadilah buat kenangan... entry ni pun skip sepatutnya kena masuk entry raya haji.. tapi cari2 gambar dah tak jumpa mana pegi.. hmm..


Antara hidangan yang disediakan untuk tetamu pada malam kenduri doa selamat tu.  Makcik & kazens dari PJ pun ada datang malam tu.  Tapi tak sempat nak klik2 gambar.. bizi sesangat. MaDiHaA siangnya siapkan creampuff & juga puding roti marble untuk dibawa ke rumah adik kat Klang.  Adik ku angah order 3 tray puding.. tapi kakaknya sponser je sekali ngan creampuff. Tak sampai hati nak ambik duit.. kakaknya takde modal nak buat kenduri.. numpang kenduri adik jelah... yang penting segalanya berjalan lancar.. Alhamdulillah semua menu2 tu dimasak sendiri dengan bantuan ma, jiran2 tetangga angah & kami adik beradik semua... syukur semuanya siap seadanya. Terima kasih buat semua yang menjayakan majlis ni....


Haa.. ini muka the two boys yang dah jadi bujang.  Gambar atas tu semasa menunggu giliran masuk bilik doktor.  Ramai jugalah yang nak kena sunat hari tu. Masing2 dengan debaran di dada bertemankan ibu bapa masing2. Kitorang pulak.. pegi berempat je.. aku, makngah (adikku), Adam & Haziq. Bapak2 semua busy.. hehe.. Saksikan beza muka sebelum sunat & selepas sunat.... hehehee... Sebelum sunat muka ada senyummmm.... tengok yang selepas kemain masyammm... hehehehe... Tapi apa2pun ibu salute kat Haziq sebab tak nangis langsung masa kena sunat tu. Puas ibu suruh Haziq sebut Allahuakbar sambil peluk dia kuat2 masa dalam bilik doktor tu untuk dia melupakan rasa sakit.  Cuma masa on the way balik & bius dah kurang menangis gak lah.. hehe. Adam pulak dari awal dalam bilik doktor dah meraung2 non stop. Kira pecah rekodlah antara yang menangis paling kuat.. mak dia pulak yang pening.. hehe... Tu semua kenangan buat kami... tak mungkin berulang lagi.. masing2 ada sorang je anak bujang...

Ok.. moga jumpa lagi... Terima kasih singgah..

Monday, August 3, 2015

Majlis Anugerah Kecemerlangan

Assalamualaikum...



13/11/2013
Dapat jemputan dari sekolah ke Majlis Anugerah Kecemerlangan pada tahun tu. Abang Haziq dapat nombor satu dalam kelas. So merasalah naik pentas. Mudah2an anak ibu sentiasa berjaya dalam pelajaran & menjadi anak yang soleh.. amin..

 Sebelum tengok anak naik pentas... kita dengarkan dulu ucapan dari tuan pengetua SKPJ & majlis dirasmikan oleh YDP PIBG SKPJ En. Abd Hayi bin Md. Noh.



 Dapatlah abang Haziq naik pentas 2 kali sebab dapat 2 anugerah.  Satu tempat pertama & satu lagi peningkatan prestasi.

Bergambar kenangan dengan 2 piala.  Esoknya... tup tup abang Haziq bawak satu lagi piala iaitu piala hadiah peningkatan Bahasa Inggeris.  Alhamdulillah... Tahniah abang Haziq dari ibu, ayah, kakak & adik.  Ayah & ibu bukan saja doakan untuk abang Haziq.. tapi juga untuk anak2 yang lain.. moga semua anak2 ibu berjaya menjadi insan yang berjaya dunia & akhirat.  Amin..
 Terima kasih... jumpa lagi dengan kisah yang lain pula...