Followers

Thursday, October 29, 2015

Kenduri Kawin Sepupu En. Suami... Siti & Farid

Assalamualaikum....

26/4/2014
Kami balik kampong Raub sebab ada majlis kenduri kahwin sepupu en. suami, Siti & pasangannya Farid orang N9.  Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Macam biasa bila kenduri kendara riuh rendah sanak sedara membantu. Balik tu bukan setakat melawa & datang makan je tau. Sama2 turun padang menolong.  Family en. suami ni bab2 kenduri memang bagus sebab semua main peranan masing2.  Geng lelaki memang siap tubuhkan group baju merah yang digelar Salam Generasi (Salam tu nama tok dorang) & mereka semua pakai uniform merah.  Kira dah terkenal lah kalau kenduri kendara family Salam ni memang akan ada penanggah baju merah yang buat keje2 penanggah.  Mereka semua terdiri dari bapa saudara, anak2 saudara & anak2 sepupu.  Sebelum kenduri pun masing2 buat keje.... tidor lewat.. bangun kul 3 pagi mesin kelapa & sebagainya.  Bukan setakat angkat pinggan kotor je.. siap adalah bahagian cuci pinggan sampailah ke habis kenduri... buka khemah & siap hantar barang2 khemah bagai.  Meriah kenduri kat kampong... semua bersepakat buat sendiri.  MaDiHaA pun ada tugasan juga walaupun hanya menantu.... jadi tukang hias lauk pengantin, cucuk2 sosej... deko2 bunga sayur bagai ngan buah2 hidangan... bolehlah orang kata bidan terjun. Tukang masak orang lain.. MaDiHaA bab deko je... Kali ni memang tak sentuh bab hantaran sebab kami sampai pun dah lewat... jadi ambik tugas pagi2 kenduri tu jelah.. siapkan lauk pengantin... 

Ok jom layan gambar...
Ni kenduri kali ke 3 dah kat rumah makteh ni... ramai anak pompuan... ada 4 lagi menunggu.. sorang je lelaki... tapi masih sekolah lagi..


Group Salam Generasi memang glamour... tiap kali kenduri mesti di ajak bergambor dengan pengantin... hehehe...


Pengantin dah abis sanding... kaum keluarga la pulak makan... yg kat meja tu semua anak beranak... yg baju merah tu en. abang & sepupunya sedang menghabiskan lauk pengantin... hehehh... Masa ni dah takde orang lain dah.. tinggal family2 je...

Sesekali di ajak berposing.... layan jelah... jarang buat keje gini.. hehe.. masa ni dah petang dah ni... sebelum orang buka pelamin posing la dulu...

Ini gambar yang sempat disnap geng baju merah sedang buat keje...  dah lewat petang tu.. pengantin baru pun kena kerah basuh pinggan jugak... kekeke.... biasalah kan.. sekali sorang.. Masa kitorang dulu pun kene jugak.. siap gosok periuk hitam lagi ko..

Oklah.. itu je alkisahnya..

Monday, October 26, 2015

Sukaneka Tadika Sinar Merah 2014

Assalamualaikum...

20/4/2014

Berlansungnya sukaneka Tadika Sinar Merah 2014 pada tarikh 20/4/2014 bersamaan hari Ahad. Terhibur dengan gelagat anak2 comey TSM ni membuat persembahan. Kalau masa abang Haziq tadika dulu lagu yang famous masa tu lagu chicken dance. Tapi tahun 2014 ni lagu yang famous masa tu lagu Korea, Gangnam Style.... kemain budak2 tu menari gangnam.. hihihi...


Dah abis persembahan anak2 tadika ni... sukaneka pun bermula. Riuh rendah suara ibu bapa bersorak memberi sokongan moral pada anak masing2 masa sukan berlangsung. hehe... Banyak juga video yang MaDiHaA ambik. Tapi tak taulah boleh share sini ke tidak. Untuk sementara share gambar2 jelah dulu, nanti bila dah pandai share video MaDiHaA akan update post ni semula.


Abis sukan.. sesi penyampaian hadiah pulak. Happy anak2 tadika dapat hadiah masing2, medal serta bungkusan makanan. Untuk ibu bapa yang hadir pun ada breakfast disediakan.  Jadi takdelah ibu bapa kelaparan mana2 yang tak sempat breakfast dari rumah tu.  Memang bagus pengurusan tadika ni.

Itu saja update untuk hari ni.

Tuesday, October 20, 2015

Lunch@ Pak li Kopitiam, Summit USJ & Misi Mencari Mesin CPAP

Assalamualaikum....

 
8/4/2014
Tarikh 8/4/14 jatuh pada hari Selasa...  sengaja ambil cuti setengah hari sebab nak temankan en. suami mencari syarikat/pejabat yang ada menjual mesin CPAP.  Nanti kita cerita pasal mesin tu ye.  Lepas jemput Alin kat tadika dia... terus balik rumah & ambik en. suami pulak.  Banyak tempat juga yang sempat kami singgah pejabat yang supply mesin tu... tapi ada yang spesifikasinya kurang bagus.  Senarai supplier mesin tu kami dapat dari pihak hospital PPUM sebab en. suami buat rawatan masalah kesihatannya kat sana.  Akhir sekali kami pegi ke Summit sebab kat situ pun ada satu pembekal mesin tu yang belum kami pegi. Sebab pegi pada hari kerja sebab semua pejabat tutup pada hari cuti.. sebab tu kena ambik cuti.  Dah sampai Summit perut dah mula berkeroncong.... jadi kita jamu selera dululah.  Banyak tempat makan kat Summit ni tak perlu risau kalau lapar.  Tapi kami memilih makan kat Pak Li Kopitiam ni sebab nampak restorennya selesa, ramai pengunjung melayu yang makan kat situ siap ada wifi percuma lagi. Menu2 pun nampak menarik.  Untuk pengetahuan.. cawangan Pak Li Kopitiam di Summit ni dah di tutup ye... tapi mereka ada banyak lagi cawangan di tempat lain. Boleh google je cari kat mana cawangan yang ada. Kebanyakannya semua cawangan dibuka dengan bangunan sendiri macam Old Town White Coffee jugaklah... yang kat Summit ni kira dalam mall.  Mungkin sebab tu lah mereka tutup kot.
 
Ni je yang sempat snap gambar... makan 3 beranak je.. anak2 yang lain semua sekolah. Abang Haziq kalau tau kami makan kat sini mesti jeles ni sebab adiknya dapat ikut.  Kakak Dini memang tak dapat ikutla... dah ada kat asrama.. hihi... Menu kami... en. suami order Black Pepper Chicken Chop with Rice, MaDiHaA order Hainanese Chicken Chop with Rice & anak dara montel pulak order Nasi Lemak Pak Li Special. Air pulak.. MaDiHaA order jus Kedondong Asam Boi (sekarang air ni macam dah takde je... tak pasti). Air Alin dengan en. suami lupa dah air apa.. hihi...

Dah kenyang perut.. kami pun pegilah naik opis dorang tu. Lupa dah apa nampak syarikat tu almaklumlah dah lama. Tapi kalau ada yang nak tau lebih lanjut lagi pasal mesin CPAP ni bolehlah tinggalkan komen ye. Nanti MaDiHaA selongkar balik semua dokumen dalam laci.. hehe... Memang recommended syarikat ni sebab dia akan uruskan semua hal berkaitan memohon zakat sekiranya kita tak mampu nak beli.  Macam kitorang pun memanglah tak mampu nak adalah duit dalam jumlah yang banyak dalam masa 2 bulan (dari tarikh suami nak operation).



Inilah dia mesin CPAP tu.... CPAP adalah singkatan daripada perkataan "Continuous positive airway pressure". Mesin ni digunakan oleh pesakit OSA iaitu singkatan kepada Obstructive Sleep Apnea yang berpunca dari pembengkakan kedua2 tonsil yang menyebabkan kualiti tidor yang sentiasa terganggu, dengkuran yang kuat.  Pesakit OSA ni akan mengalami keletihan & kurang oksigen dalam badan, cepat mengantuk & amat berbahaya sekiranya mereka memandu kereta.  Suami MaDiHaA disarankan membeli mesin ini sebelum pembedahan membuang tonsil dapat dibuat. Memang wajib beli sebab risiko pembedahan tonsil bagi pesakit OSA adalah sangat bahaya. Dikhuatiri selepas operation, pesakit mengalami masalah pernafasan & mesin ni diperlukan nanti. Lagi satu syarat wajib sebelum operation.. mesti ada satu katil kosong kat ICU standby untuk suami in case ada apa2 berlaku even takde apa2 berlaku pun pesakit akan dibawa ke ICU sebelum dihantar ke wad biasa selepas operation tersebut.  

Syukur alhamdulillah dipertemukan dgn syarikat & salesman yang sangat berdedikasi.  Bila kami katakan kami macam tak mampu nak bayar RM7,800.00... mereka terus nyatakan mereka boleh uruskan hal bantuan dari Zakat Selangor sekiranya layak. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar & permohonan kami diluluskan. Sujud syukur pada yang maha Esa yang mempermudahkan urusan kami pada ketika itu.  Jika tidak... mungkin pembedahan terpaksa ditunda lagi.

Sekian dulu kisah untuk hari ni ye...

Friday, October 16, 2015

Alin dah 5 Tahun...

Assalamualaikum....

5/3/2014


Hari lahir adik Alin 5hb Mac. Kena hari kerja iaitu hari Rabu pada tahun 2014 tu... jadi hanya sempat belikan Alin kek sebiji & potong2 kat rumah malam tu tanpa jemput kawan2nya pun.  Itupun dah buat adik Alin happy sesangat.  Tambah2 bila balik dari rumah pengasuh sampai rumah nampak ayah siap2 tulis ucapan hari jadi kat whiteboard khas untuk adik Alin... senyum simpol adik dibuatnya... ehehe... Potong kek pun dengan baju tidor jer... kikiki....



Pastu... hari Jumaat 7hb Mac pulak anak asuhan cik ani yang sorang lagi pulak sambut besday hari tu.  Maknya tempah kek coklat moist dari MaDiHaA... jadi MaDiHaA pun buatlah 2 biji terus satu untuk tempahan, satu untuk adik Alin.  Deko sempoi2 je yang sempatnya sebab buat kek hari bekerja kan. Mana sempat nak siapkan cantik2... dah malam buta baru sempat nak deko lepas siap semua tugasan rumah tangga yang lain.  Dah beritahun mak Dhia ni awal2 yang tak sempat nak deko lawo2.  Dia kata bab deko takpe.. yang penting kek rasa tiptop! hihi... Dhia ni adik pada si Adam yang sama sekolah tadika dengan Alin tu....  semua adik beradik duduk dengan pengasuh yang sama je semua. Memang penuh rumah mak ani dengan anak2 asuhan.  Meriahlah petang tu sambut besday Dhia.  Alin tumpang potong kek sekakilah... kasi lagi meriah majlis.. hihi..


7/3/2014

Macam2 makanan ada hari tu. Tapi ibu tak sempat nak snap gambar.  Yang dok ingat dalam kepala... ada laksa, bihun goreng & fries yang mak ani masak, puding sagu bersantan yang mak Dhia tempah dan macam2 lagilah.  Makanan yang dok ingat tu sebab yang tu yang dok pulun.. tu yang ingat tu.  Kenyang perut malam tu.. balik dah tak payah masak sebab petang tu sempat jemput abang Haziq dulu kat skolah sebelum ke rumah mak ani.... en. suami pun ada join sekali.. so memang tak payah nak masak masing2 dah kenyang.. hihi... 



Itu saja kisah besday anak2 untuk kali ni.... lenkali sambung lagi ye...

Friday, October 9, 2015

Makan2 Pizzahut...

Assalamualaikum...

Masih lagi cerita pada hari yang sama dengan hari gathering dengan kakak2 blogger.  Pulang dari The Mines Sri Kembangan tu... bawak anak2 pegi makan kat Pizzahut PJ State. Kesian kat suami & anak2 yang meneman ibu jumpa kawan. Sebenarnya masa kami sampai tu... adik Alin tertidor dalam kereta.. jadi suami suruh MaDiHaA pegi je dengan ditemani abang Haziq masa jumpa kawan2 tu. Dia jaga Alin yang sedang nyenyak tidor.  Nak kejut kesian pulak sebab baru je dia tertidor. Lagipun.. suami pun segan nak join sama perjumpaan kami sebab takde kena mengena dengan dia... hihi...

16/2/2014


Nak ajak dorang makan terus kat The Mines tu dorang belum lapar lagi.  Sebab kami semua sebenarnya dah makan kat rumah sebelum keluar rumah tu. Jadi buat keputusan makan kat PJ jelah. Tapi sebelum tu sempat bawak dorang ronda2 dulu dalam The Mines tu, maklumlah.. bukan selalu pegi situ.  Rasanya.. ni baru kali ke dua kot masuk The Mines.  MaDiHaA dan Haziq masa kat The Mines tu makan pizza juga.. tapi bukan pizzahut (lupa dah nama restoren tu) tapi taklah makan sampai kenyang sebab makan sambil sakan bersembang.  So bila sampai PJ... kira bolehla isi lagi sikit2.. lagipun masa tu dah lewat petang dah. Kira dah masuk waktu dinner la kan.  So... order la apa2 yang berkenan.. jemput makan semua...



Oklah tu je cerita untuk hari ni...

Monday, October 5, 2015

Blogger Gathering

Assalamualaikum & salam sejahtera...

16/2/2014
Alhamdulillah.. seronok sangat dapat jumpa dengan mereka semua.  Pertemuan kami ini diatur seawal beberapa bulan sebelum pertemuan.  Sempena kepulangan & percutian Gert@Mykitchensnippets untuk menyambut Tahun Baru Cina di Malaysia pada tahun 2014... beliau menyatakan untuk bertemu dengan Kak Nor@Secubitgaramnor67 & juga beberapa blogger lain.  Tapi nampaknya.. hanya kami berempat saja yang berkelapangan & berpeluang bertemu mata.  Kak Jun tak dapat nak ikut serta kerana ada hal yang tak dapat nak dielakkan.  Terima kasih Gert sudi nak berjumpa dengan MaDiHaA.  Terima kasih juga pada Kak Nor yang war2kan pada MaDiHaA. Terima kasih pada semua yang sudi datang hari tu termasuk Kak Nah@Makcik Manggis.  Seronok dapat berbual2 dengan kakak2 semua. Bukan senang nak berjumpa macam ni tau...

The Mines saksi pertemuan kami pada 16 Feb 2014... walaupun baru pertama kali bersua muka.. tapi berborak macam dah kenal bertahun2... hehehe.. MaDiHaA tak lepaskan peluang bergambar dengan kak Nor Secubit Garam.  Sapa yang tak kenal dengan Kak Nor kan... handal & sangat rajin memasak... Comel sangat orangnya.. hehehe..
Alhamdulillah.. sanggup turun dari Terengganu utk pertemuan ini.. TQ Kak Nor..
Gert pun salah sorang yang MaDiHaA kagumi.. Suka intai2 blog beliau..  sesekali tinggalkan juga komen & kadang2 bertegur dalam FB.. mesra sangat orangnya.  hehe... Gert memang handal memasak macam2..  Memang tak sangka sangat2 dapat jumpa dengan Gert yang jauh merantau di Northern California, USA mengikut suaminya di sana.. Thanks for everything Gert..

Kak Nah@Makcik Manggis orang terakhir sampai.. Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga jumpa dengan Kak Nah.  Dah lama kenal Kak Nah di alam maya sejak dari MaDiHaA aktif berfotopages hinggalah MaDiHaA ada blog sendiri.  Tetapi baru kini dapat bersua muka.  Blog Kak Nah pun jadi salah satu blog rujukan MaDiHaA juga.. Kak Nah sangat pentingkan kesihatan dalam penyediaan makanan kepada keluarganya... salute sangat dengan akak... Ada rezeki nanti kita jumpa lagi ye kak..  




Kepada semua kakak2 yang MaDiHaA sayangi & amat kagumi.. terima kasih untuk pertemuan ini.  Terima kasih juga untuk semua buah tangan dari kalian.  Semuanya MaDiHaA suka..  Ada rezeki insyaAllah pasti dapat bersua lagi..