Followers

Tuesday, November 15, 2016

Santai2 Ambil Angin Petang Tanjung Harapan...

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Suatu hujung minggu tu terasa bosan sangat duduk melepak kat rumah je. Kebetulan pula hari tu memang takde apa2 plan jadi memang tak kemana2lah kami. Tapi bila dah bosan sangat tu, terus ajak en. suami jalan2 tak tau kemana. Jalan punya jalan, sudahnya ke Tanjung Harapan sampainya. Memang sengaja tak pegi mana2 mall sebab tempat2 macam tu kena bawak banyak duit.. hahaha.. Tau jelah anak2 bila dah masuk mall nanti macam2 yang dimahukan. Kalau takde bajet baik jangan pegi ke tempat2 macam tu. Sebelum keluar tu kami siap bawak bekal air dan nasi goreng lagi tau.  Boleh juga buat alas perut untuk sementara.  Kata nak santai2 kan.. harusla ada bekal...

Dua beranak berkongsi nasi goreng sambil ambil angin petang...


Tak reti nak possing... ambik gambar bodo jer.. haha..


Tinggal dua beradik je... kakak dah masuk asrama...



Lama juga kami kat sini... sesekali seronok ambik angin pantai. Kat sini tak ramai sangat orang, ke depan sikit lagi ada kapal besar tu baru ramai orang melepak kat sana.  Gerai2 pun banyak kat situ.. Kami singgah juga, beli makanan ringan & air je. Duduk kejap pastu barulah balik ke sarang... 

Saturday, November 12, 2016

Sambut Hari Lahir Haziq 9 Tahun Ringkas2 Je...

Assalamualaikum  & jumpa lagi....


29 Januari hari lahir anak teruna MaDiHaA yang sorang tu. Tahun 2015 yang lepas genaplah umur dia 9 tahun. Sambut ala kadar je maklumlah jatuh hari bekerja. Yang penting anak2 happy.  Hanya sempat beli kek, nugget & cocktail Ayamas pastu pegi tapau KFC. Kat Ayamas kan senang kalau kita beli produck frozen dia boleh terus request dorang gorengkan terus. Mudah kerja kita. Balik rumah tambah2 goreng bihun sikit dengan potong buah. Jemput la jiran2 depan & tepi rumah ajak makan2 malam tu. Dalam gambar hanya ada gambar anak2 dengan anak2 jiran iaitu kawan sepermainan anak2 MaDiHaA. Gambar mak2nya tak snaplah.. seganlah pulok... hehe... 



Ini jelah gambar2 kenangan yang ada. Moga anak ibu jadi anak yang soleh & berjaya dunia & akhirat hendaknya..



Jumpa lagi.. Terima kasih sudi singgah..

Friday, November 11, 2016

Layan View Pelabuhan Klang

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Kesinambungan kisah makan2 kami kat Pulau Indah semalam, hari ni sambungannya pula. Lepas semua dah sendat perut lepas makan2 tu, kitorang sempat lagi menyuarat kat parking kereta nak kemana pulak lepas tu. Amboi, mentang2 esok cuti yea, kemain korang. Ada yang kata nak lepak Tanjung Harapan, tapi ada yang tak setuju sebab dah boring lepak situ terutama family adik MaDiHaA yang memang duduk kat Klang tu. Yelah dah kerap sangat pegi situ mana tak boringnya.. hihi. Macam kitorang ni ok lagi, pegi pun sekali sekala.  Dalam dok meeting tu, adik ipar kata kita pegi tengok Port Klang jelah. Jadi kami yang tak tau kemana arahnya tu dok ikut jelah kereta dia dari Pulau Indah menuju ke Pelabuhan Klang. Jalan tu kiranya memang laluan dia hari2 la sebab dia pun kerja driver kontena, so nak bagi kami2 ni tengokla macamana keadaan kat situ. Bagi kami yang tak pernah tengok view kat situ, rasa teruja jugakla. Lampu2 bergemerlapan terus teringat kat lampu2 kat Petronas di Kerteh, Terengganu setiap kali kami balik Terengganu waktu malam. Macam tu rupanya orang bekerja kat pelabuhan. Banyak lori kontena keluar masuk kawasan kontena yang bersusun2 tu. Ralit dok tengok pemandangan dari atas hiway tu.  Boleh tengok macamana kren angkat kontena sebesar2 alam tu letak atas lori kontena. Ada juga jenis lori yang ada side loader so, boleh angkat kontena dengan sendiri tak perlukan kren bagai. Memang ralitlah tengok dengan kesibukan lori kontena keluar masuk. Siang malam dorang ni bekerja rupanya.


Satu family possing tepi hiway.. atas flyover ni tau...

Hiway tu pun tak banyak kenderaan sebab dah larut malam. Memang kereta kitorang ajelah.  Sempat lagi posing2 ambil gambar buat kenangan. Bukan senang nak datang sini. Kalau takde yang bawak atau saja2 nak datang memang tidakla kot... takde keje kata orang. Ni dah alang2 lalu situ... bolehla singgah kejap. Ok layan gambar pulak la.. penat dah menaip.. hihi..


Bergambar kenangan...


Family ku..


Cucu2 tokma yang kecik... cucu2 besar taknak bergambar dah.. hihi..

Ok itu jelah gambar2 kami kat Pelabuhan Klang... nanti MaDiHaA cerita lagi yea...

Thursday, November 10, 2016

Makan-makan di Restoren Chandayu, Pulau Indah

Assalamualaikum & salam sejahtera....




Alhamdulillah akhirnya tamat sudah cerita tertunda di tahun 2014. Lega! hihihi... Jadi hari ni mari MaDiHaA mulakan dengan cerita tertunda tahun 2015 pulak yea. Setahun punya cerita harap2 boleh habis sebelum masuk tahun baru... hihihi... bertabahla.... Sebenarnya tak banyak sangat pun cerita yang nak dientrikan. Bukan semua pun MaDiHaA snap gambar. Tambah pula ada antara gambar2 yang dah di sync di facebook tak sempat diselamatkan sebab facebook dah delete semua gambar2 yang disync.  MaDiHaA ada terima email dari facebook yang arahkan ambil gambar di moment. Disebabkan handphone MaDiHaA ni handphone cikai maka tak boleh nak install moment. Uwaaaa.... rasa nak nangis banyaknya gambar2 yang hilang. Gambar2 yang ada ni pun mana2 gambar yang ada dalam hanphone suami & sebahagiannya gambar yang dimasukkan di album facebook. Sedih la jugak.. banyak kenangan hilang gitu je... Oklah kita lupakan saja gambar2 yang hilang tu. Biarlah ia tersemat di dalam ingatan MaDiHaA sahaja.



Untuk entry tertunggak yang pertama tahun 2015 kali ni nak cerita kisah kami sekeluarga keluar makan2 di Restoren Chandayu, Pulau Indah, Klang. Ini kali ke 2 dah MaDiHaA makan kat sini, itupun adik ipar yang dok Klang yang perkenalkan. Restorennya agak tersorok dari jalan besar & kalau tak biasa memang susah juga nak cari sebab letaknya dibawah bukit masuk simpang terus kena buat u-turn simpang kecil & menuruni bukit. Memang tak nampak langsung dari jalan besar tambah2 kalau pegi waktu malam.  Restoren merupakan restoren terapung kerana dibina dikawasan muara sungai. Nak berjalan ke restorennya kena lalu jambatan kecil yang diperbuat dari kayu. Seram2 sejuk juga nak pijak kayu2 tu takut je kot terperlus kaki manalah tau kalau2 kayu tu tak mampu nak tampong berat kita yang obesiti ni.. hahaha.. Restoren ni juga sediakan surau & tandas yang selesa yang mana kita kena lalu ikut jambatan kecil juga untuk ke situ.  Anak2 sukalah sebab boleh jalan2 atas jambatan.. heii.. mak2 ni yang seram tengok tau.  Kat sini pun ada disediakan perkhidmatan sewa sampan & bot untuk tujuan memancing. Oleh kerana handphone ni canggih sangat, maka takdelah gambar2 sampan/bot yang boleh dikongsi sebab bila MaDiHaA snap gambar dari jauh, gambar semua gelap & suram.  Kalau nak tengok kisah kali pertama kami makan di sini boleh klik SINI. Dalam entri tu adalah sikit gambar2 sampan/bot & persekitaran restoren ni.

Kami order serba 3 set untuk meja panjang ni + menu special untuk orang pantang.... hihi

Alkisahnya masa ma masih berada di rumah MaDiHaA masa MaDiHaA MC tu, adik dari Klang pun datanglah jalan2 di PJ pada hari Sabtu minggu terakhir cuti sekolah tu. Dorang ni dah ramai2 berkumpul dok pakat2 ajak makan2 kat luar. Adik yang kat Klang tu datang pun sebab nak jemput ma sebab esok Ahad tu dia nak hantar ma balik kampong pulak. Jadi dorang pakat ajak pegi dinner kat Klang jelah. Masing2 capai kata sepakat nak makan seafood. Ehh hello!! Kakak kau ni baru lepas operation tau.... agak2lah nak ajak makan seafood! hahahah... Dahsyat kan? Tapi takpela..adik2 punya pasal kakak sanggup berkorban. Ikutlah juga dorang, tapi untuk kakak yang masih berpantang ni.. hanya makan ikan cencaru bakar & sup sayur jelah. Siap pesan kat pekerja yang ambik order tu, sup sayur jangan campur udang. Gitulah kisahnya...

Gambar ni semuanya ikhsan dari kamera adik ipar je sebab tuan blog masa ni takleh nak renyah lagi.. hehe...

Itu jelah kisah makan2 kami kat sini.. nantikan sambungan aktiviti kami selepas makan-makan ni yea. Maklumlah malam minggu kata kau. Bukan selalu pun dapat berkumpul gini.  Ini pun kira tak lengkap sebab family adik lelaki takde sebab tak dapat datang dorang kat Pahang.

Cukup dulu untuk kali ni... Terima kasih sudi singgah!

Wednesday, November 9, 2016

Apabila Allah Bagi Cuti Rehat...

Assalamualaikum & bersua lagi..


Update jugalah kenangan warded pada hujung tahun 2014. Dah puas ke sana sini & sibuk dengan aktiviti seharian akhirnya hujung tahun tersebut MaDiHaA diberi cuti rehat yang panjang. Pada 29hb Disember 2014 MaDiHaA warded di Pusat Perubatan Universiti Malaya kerana dah tak tertahan dengan kesakitan yang sudah 3, 4 hari menyerang.  Terpaksa bertahan beberapa hari kerana masih ada tugasan yang perlu diselesaikan.  24hb Disember suami perlu ke sekolah anakanda sulung di Raub untuk urusan pembayaran yuran dan sebagainya.  28hb Disember pula MaDiHaA perlu hadir taklimat tadika anakanda yang bongsu.  Bila segalanya selesai.. tanpa berlengah lagi hari Isnin 29hb Disember terus pergi ke klinik panel bersama2 suami untuk dapatkan pengesahan dari klinik panel syarikat yang MaDiHaA perlukan rawatan lanjut di hospital.  Balik dari klinik terus ambil lunch kemudian suami hantar ke hospital & hari tu juga dimasukkan ke wad gynea di PPUM.  

Makcik & sepupu2 datang melawat

Oleh kerana kes MaDiHaA diklasifikasikan sebagai kecemasan, doktor terus arahkan MaDiHaA berpuasa bermula dari masuk wad hinggalah ke malamnya.  Menurut doktor jika dewan bedah ada kekosongan malam itu juga MaDiHaA akan dibawa ke bilik bedah, tapi nampaknya belum rezeki sebab ada kes kecemasan yang lebih kronik yang perlu didahulukan.  Maka berpuasalah MaDiHaA sehingga esoknya.  



Tepat jam 1 tengahari 30hb Disember 2014 MaDiHaA ditolak ke dewan bedah untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di rahim.  Selesai segalanya & MaDiHaA ditolak semula ke wad pada pukul 5 petang. 4 jam juga dalam dewan bedah tu.  Ini merupakan kali ke 4 MaDiHaA jalani pembedahan termasuk yang terakhir iaitu pembedahan bersalin anak yang bongsu pada tahun 2009 (dua anak yang lain semua bersalin normal).  Sangkaan MaDiHaA masa bersalin itulah kali terakhir MaDiHaA masuk dewan bedah... rupa2nya merasa lagi masuk bilik OT di saat2 umur dah meningkat ni... hai macam2 penyakit yang datang tanpa diduga... Orang kata sakit itu penghapus dosa-dosa kecil... kalau benarlah begitu... MaDiHaA bersyukur kerana diberi sedikit kesakitan tersebut.  Maka bermulalah menjamu selera masakan hospital pula.. hihi.. Tangan ni pulak, dah 3 kali kena tukar jarum untuk masuk ubat & air disebabkan ada darah tersumbat. kejap cucuk tang tu, esok lusa cucuk tang ni.. aduiii sabor ajelah...



Bila ibu dikampung dapat tau anaknya ini menjalani pembedahan.. bersusah payah ibu datang ke PJ untuk menjenguk anaknya ni walaupun dah cakap tak payah susah2, bukan operate besar pun.  Beberapa hari juga ma datang rumah kami jadi tukang masak untuk anak2 MaDiHaA semasa ketiadaan MaDiHaA di rumah. Tiap2 petang husband bawak ma & anak2 ke hospital.  Terima kasih ma. Terima kasih en. suami.  Terima kasih juga pada semua yang datang melawat MaDiHaA masa tu..


Beberapa hari juga MaDiHaA kena warded & alhamdulillah bila doktor berpuas hati dengan kesan pembedahan tu, MaDiHaA pun dibenarkan pulang ke rumah. Dapatlah MC & berehat panjang... hihi...

Jumpa lagi..

Gambar Tertinggal....

Assalamualaikum alls......


Hihi.... jangan marahhh yer.....entah macamana gambar raja haji 2014 boleh tertinggal ni. Tak kira nak masukkan juga sebagai kenangan. Semua kenangan kena masukkan satu demi satu ok... tak boleh tinggal. Tengah rajin nak update ni.... layan jelah... hihi...



Raya Haji kali ni giliran beraya di kampung mertua di Raub, Pahang.  Seawal 5 pagi hari Sabtu kami dah bertolak dari PJ.  Sampai Petronas Gombak ngam2 dengar azan Subuh.. jadi sedang elokla isi petrol & solat dulu kat situ.  Sambung perjalanan & melepasi tol Gombak tak sampai pun 10 minit.. jalan dah mula sesak.  Wah! ada pesta lampu brek! hahaha... Masa tu baru pukul 6.30 am.  Wahhh.. rupanya ramai yang bertolak awal pagi.  Okay.. mengadap ajelah jem tak usah banyak komplen.  hehehe...  Tak kisah sangat sebab cuaca pagi kan nyaman.  5 jam lebih juga sampai bandar Raub, perjalanan biasa.. selalunya hanya 2 jam lebih je... Redha jelah... hehe...  Sempat singgah pasaraya TF beli barang2 dapur tambahan yang lain.  Daging, ayam & ikan dah beli siap2 kat PJ.. dah siap frozen.  Sampai Raub masih sejuk cuma dah ilang frozennya... mujur tak busuk.. hehe... Kat TF hanya beli barang2 kering je.  Anak dara MaDiHaA yang kat asrama tu petang Jumaat dia dah balik ke rumah opahnya.  Beli jugalah sekali barang2 kiriman si anak dara untuk bawak ke asrama.

copy gambar dari blog Dapur MaDiHaA


Menu raya kami kali ni.. pandai2 MaDiHaA & suami je berbincang nak masak apa.  Tak tanya pun mak mertua.. hehe.. memang biasa mak serahkan pada kami je nak masak apa kalau giliran kami beraya kat sana.  Tapi kalau raya puasa.. biasanya menu wajib mesti mak mertua buat lemang.  MaDiHaA hanya masak menu tambahan lain je macam rendang, ketupat nasi atau nasi impit dengan kuah kacang.  Bila raya haji ni.. biasanya menu ikut dan  & ikut suka anak menantu dia je.  MaDiHaA dok berangan2 hari tu memang nak masak menu gulai kawah.  Jadinya.. masaklah kami nasi hujan panas, 3 kg gulai kawah daging, 1 1/2 ekor ayam masak merah, 1 1/2 ekor gulai aserong ayam & acar timun.  Alhamdulillah.. laku... nasi sampai kena masak 2 kali... hehe... MaDiHaA hanya masak nasi & gulai kawah je. Ayam masak merah tu adik ipar masak, gulai aserong ayam mertua masak.. acar timun pun mertua yang buat.  Raya haji satu kuih pun takde.. hehehe...


ini pun gambar copy dari blog masak2 ku.. hihi..





Ini gambar kami sebelum keluar beraya. Hanya 4 beradik yang balik beraya kali ni. Adik yang dok dengan mak mertua pulak giliran raya rumah mertua dia kat Kuantan. Kakak & adik ipar masing2 pun tak balik sebab beraya dirumah sendiri. Sorang lagi adik bujang suami pula tak dapat cuti katanya. Jadi hanya kami jelah yang meriahkan rumah opah kat kampung kali ni..

Ok itu saja kisah raya haji kami.  Nanti update kisah lain pulok..

Tuesday, November 8, 2016

Port Dickson Episod 2 ~ Corus Paradise Resort

Assalamualaikum & bersua lagi...


Kali ni MaDiHaA update episod 2 di PD pula ye. Lepas semua dah kenyang bersarapan masing2 terus siap2 nak mandi kolam lagi kat hotel. Gambar-gambar yang ada ni sebenarnya gambar dalam masa 2 hari ye. MaDiHaA edit pun campur2 je. Sebab tu ada gambar Alin pakai baju belang2, ada yang pakai baju warna kuning.. hehe.. biarkan jelahh sebab saja untuk episod kali ni nak pos gambar kat resort/hotel ni je.


Pemandangan mengadap pantai dari hotel sangatlah cantik. Subhanallah.... terpegun seketika melihatkan pemandangan yang indah ini. Walaupun lagoon tu lagoon buatan manusia.. tapi ia tetap cantik apabila ada susunan pohon kelapa kat hujung lagoon tersebut. Kalaulah en. suami MaDiHaA jenis suka ambik gambar macam mem dia ni, dah lama ajak suami ke tepi lagoon tu posing2 kat situ, mesti cantik. Tapi malas nak suarakan hasrat di hati sebab nanti mesti dia takmau dengan alasan panas, jauh dan sebagainya.. sob sob sob.. hahaha...



Ini pula view mengadap hotel dan ada juga view yang MaDiHaA snap dari tingkat 1 hotel. Gigih panjat tangga ajak adik Alin temankan & klik2 view dari tingkat 1. Syok tengok orang lain mandi. Ehh! bukan skodeng tau... dorang mandi kawasan terbuka kot.. semua orang nampak... lainlah tengok orang mandi dalam bilik baru boleh chop skodeng.. hihi...



En. suami, kakak Dini & Haziq mandi di kolam dewasa, manakala adik Alin mandi kat kolam kanak2 je. Banyak tempat kanak2 boleh mandi ada banyak segmen2 yang dorang buat. Boleh je pilih nak mandi kat mana2. Semuanya berada dibawah bumbung hotel. Redup je. Kat kolan dewasa pun redup sebab dah terlindung dengan bangunan hotel yang tinggi tu.  Best sangat..




Puas adik Alin berendam.. kesian dia takde geng. Kakak & abang join ayah kat kolam dewasa. Ibu jugakla yang kena temankan adik dan lepas tu adik pulak teman ibu panjat tangga tingkat 1 semata2 nak snap gambar dari balkoni tu.  Mujur adik dah faham dah minat ibu dia ni... hahaha... 




Selesai mandi manda perjalanan nak balik ke apartment.. sempatlah posing sedas dua. Itupun en. suami laju je menonong nak balik ke apartment. Suruh kakak Dini je tolong snapkan gambar ibu pose tepi lagoon tu.  Rugi kot tak bergambar kenangan kat sini.. lepas ni tak tau bila lagi boleh jejak kaki kat sini. Kita bukan orang ada2 nak bercuti kerap-kerap macam orang lain. Dapat bercuti setahun sekali pun kira dah mujur dah... 



Dan ini je sekeping gambar Corus Paradise Resort sempat snap dari kawasan parking lepas check out dari apartment. Ada rezeki bolehlah datang lagi insyaAllah. Tahun bila tu belum pasti.. haha...

Tamatlah kisah percutian di PD... jumpa lagi di lain episod..

Monday, November 7, 2016

Port Dickson Episod 1 ~ Corus Paradise Apartment

Assalamualaikum & salam sejahtera.....


Cuti sekolah hujung tahun 2014 sempat bawa anak2 bercuti di Port Dickson je. Pilih destinasi yang dekat2 dan murah2 je. Itupun kira plan di saat2 akhir jugak ni tapi mujurlah masih ada apartment yang kosong. Kami pilih menginap di apartment Corus Paradise. Janji boleh mandi manda anak2 dah cukup seronok dah. Nak menyewa kat Corus Paradise Resort, kami ni bukan jenis yang reti nak booking online.  Booking apartment ni mujurlah dorang terima deposit bank transfer. Kalau nak minta no kad kredit bagai minta maaf awal2 kitorang ni bukannya ada kad kredit pun... hihi.. Tak kisahlah dok mana2 pun, janji ada tempat boleh lelapkan mata sudah. Budak2 ni dah cukup seronok dan selesa tambah pulak bila bilik ada aircond.. kat rumah mana ada aircond2 bagai. Tak mampu haihh nak bayar bil letrik mahal2... kehidupan kami ni serba sederhana je.. syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan... masih ada yang lebih susah dari kami.. maka nikmat manakah lagi yang kamu ingin dustakan?

11/12/2014

Kami pilih apartment 2 bilik je. Cukuplah untuk kami 5 beranak. Katil pun ngam2 untuk 5 orang.  Boleh masak2, ada dapur & peti ais.  Semua bilik ada aircond & balkoni belakang boleh nampak pantai. Boleh bbq kat situ kalau mahu. Cukup selesa dah bagi kami. Cuma view sebelah depan rumah agak scarry sikit sebab apartment ni letaknya bersebelahan dengan bukit dan dilereng2 bukit tu memang banyak pokok2 besar umpama ko duduk tepi hutan. Pokok tu memang sengaja di simpan untuk mengekalkan flora sekelilingnya. Sebelah hutan tu kawasan parking kereta. Ada nampak tukang sapu dok cakar2 daun2 kering kat tepi bukit tu kiranya bukit tu memang dijaga & sengaja tak ditebang pokok2nya. Kalau siang ok lagi, tapi kalau kau keluar malam dan sorang2 pulak...makk oi... terasa juga seram2 sejuk. Tambah pulak apartment tu sunyi sangat. Macam takde penghuni lain je.. padahal ada je penyewa2 lain kat tiap2 apartment. Buktinya ada lampu yang terpasang & kawasan parking pun penuh dengan kereta.  Kalau takde orang takkan kawasan parkingnya penuh dengan kereta ye dok? hehe...


Lepas check in, rehat2 kan badan & tunaikan kewajipan dulu sambil tunggu teduh2 sikit barulah kami jalan2 tepi pantai. Anak2 celup2 kaki je kat pantai. Tak mandi pun, tapi kami bawak anak2 pegi mandi pool kat hotel je. Nak mandi kat pool hotel ni wajib ada pass kalau tak dikenakan bayaran kalau tak silap. Budak yang kami berurusan sewa apartment ni dah cakap kalau nak mandi pool hotel tunjuk je pass tu.


Posing2 dulu sebelum menuju ke pool hotel. Anak2 dah tak sabar nak mandi kolam. Huk aloh... padahalnya kat rumah pun ada kolam.. hihihi... Yelah kolam kat rumah mana nak sama dengan kolam hotel kan? Yang hotel jugak yang sedapnya.. hihi.. Masa dorang mandi adalah juga ambik gambar sikit2. Yang tu nanti MaDiHaA upload dalam episod ke dua ye.


Sebelah malamnya kami jalan2 cari makan kat bandar PD. Bandar PD ni tak besar sangat, so ko pusing2 takdelah sampai sesat.  Sebelum singgah makan sempat pegi pasaraya dulu beli jajan untuk budak2, bahan mentah & kopi 3 in 1 nanti senang pagi esok nak sarapan bila stok makanan dah ada. Dah siap shopping serba sikit terus ronda2 cari makan. Kami tuju je kat restoren dalam bandar yang senang nak dapat parking. Kami order siakap 3 rasa, sotong celup tepong, kailan ikan masin, tomyam putih, sup ayam & Haziq pulak order chicken chop. Air pulak pilihan masing2 dan MaDiHaA order air feberet iaitu jus amra/kedondong asamboi.  Alhamdulillah bolehla masakannya MaDiHaA bagi 3.5 bintang dari 5 bintang sebab sotong tu failed celup tepong tebal camtu.. tak ikut citarasa MadiHaa.. hihihi.... Lupa apa nama restoren ni. Letaknya bersebelahan je dengan funfair. Lepas makan2 ni terus anak2 ajak pegi funfair pulak. Hmm.. layankan ajelah... tak ambik gambar pun kat funfair sebab handphone cikai bukan cantik pun ambik gambar dalam gelap.. huhu...


Pagi esoknya kitorang sarapan mee segera, bubur segera, roti & sosej rebus je. Cukuplah rezeki untuk pagi tu.. Siap sarapan sekali lagi bawak anak2 mandi kolam sebelum check out. Tak puas2 dorang ni mandi kolam.  MaDiHaA tak mandi pun, jadi tukang pantau & tukang snap gambar jelah... gitu lah sokmo2 pun memang malas nak terjun kolam sebab kita kan selalu jadi photographer. Kalau mandi nanti siapa pula nak jagakan kita punya hanphone.. hihi...

Ok nanti sambung episod ke 2 di PD pulak ye... jumpa lagi..

Friday, November 4, 2016

Konsert & Konvokesyen Tadika Sinar Merah

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hari ni update kisah Konsert & Konvokesyen Tadika Sinar Merah 2014 masa Alin umur 5 tahun. Haha... punyalah lama terperam gambar2 ni semua. Ini je gambar yang dapat cari. Kalau ikutkan masih ada gambar2 lain yang en. suami snap kat belakang pentas. Tapi gambar2 tu semua tak dapat dikesan entah kat mana MaDiHaA simpan. Kot terjumpa nanti MaDiHaA update jelah semula entri ni. Saja untuk kenang2an. Gambar dah snap sayang pulak tak dientrikan.. layan jela...

Masa ni seingat MaDiHaA dah masuk bulan November.. dah hujung2 tahun biasanya tadika akan buat konsert. Seronok tengok anak2 comel buat persembahan. Kadang tu macam tak sangka dorang boleh perform dengan persembahan yang sangat menghiburkan. Ini kali kedua konsert Tadika Sinar Merah yang MaDiHaA tengok. Tahun sebelumnya, masa abang Haziq umur 6 tahun. Kali ni giliran adik Alin plak sebab MaDiHaA hantar di tadika yang sama sebab tadika ni agak bagus nak banding dengan tadika yang kakak Dini sekolah umur 5 & 6 tahun dulu. Abang Haziq pun pernah sekolah tadika yang sama kakaknya sekolah masa dia umur 5 tahun dulu. Dari pemerhatian MaDiHaA budak2 agak lambat belajar. Sebab tu MaDiHaA tukar tadika lain.Ada rezeki lebih, so hantar lah ke tadika yang bagus sikit. Maklumla yuran daftar tadika swasta ni mengalahkan orang sekolah rendah atau menengah. Begitulah juga dengan yuran bulanan memang agak tinggi la sikit.  Sabor ajela.. apa2pun ibu bapa yang mampu pasti akan mengutamakan pelajaran anak2 berbanding wang ringgit betul tak? 

Okla.. layan la gambar yang tak seberapa ni...

Masa ni masih kat rumah lagi. Konsertnya berlangsung sebelah malam. Cikgu pesan suruh siap2 dari rumah, jadi ibu pun mekapla lebih kurang anak dara montel ibu ni.. hihi... Adik masuk acara fashion show berpasangan dengan murid lelaki. Pastu ada gak masuk nyanyian & buat gaya ramai2. Mujurlah kena pakai baju kurung je. Kalau pakai baju gaun atau lain2 baju jenuh ibu nak kena beli baju lain... Bukan senang nak cari baju untuk adik Alin ni.. payah nak cari saiz...



Masa konsert ni, apak & mak Ani pun ada datang juga.. bagi sokongan sikit kat adik Alin. Wajiblah mak Ani datang sebab 2 orang anak asuhannya buat persembahan kan.. Alin & Adam. Eloklah tu.. memang Alin digandingkan dengan Adam pun masa buat fashion show tu, dorang berdua pun dah macam adik beradik hari2 main sama kat rumah mak Ani, jadi takdelah rasa kekok.. hehe..


Masa ni lagu Oppa Gangnam Style tengah hot. Jadi masa dorang buat fashion show ni lagu tu jadi pilihan cikgu.   Kira memang rancaklah dorang punya step.  Ibu dah risau je takut2 Alin tersalah langkah. Tapi alhamdulillah.. cantik je adik Alin jalan pergerakan pun lancar.. step berpegangan tangan pun ngam2 je dengan Adam. Yang 2 pasangan lagi yg pakai baju moden & baju India... step tak betul.. semua penonton gelak.. hehehe.. Tak banyak pun ambik gambar kat atas pentas sebab kedudukan kami agak jauh dari pentas. Setakat ambik gambar guna handphone cikai ni... memang kelabu asaplah gambar2nya.. so ini ajelah yang sempat snap.

So itu jelah cerita untuk kali ni.. jumpa lagi..