Followers

Friday, December 9, 2016

Sambut Hari Lahir Alin ke 6 Tahun

Assalamaualaikum...


Sepatutnya ulangtahun kelahiran Alin pada 5hb Mac, tapi oleh kerana ayahnya masih di hospital pada tarikh tu, jadi MaDiHaA tak buat apa2 pun pada hari tu. Kat tadika pun MaDiHaA tak sempat nak beli kek. Terlalu sibuk tiap2 petang balik dari kerja singgah hospital dulu jenguk en. suami. Anak2 terpaksa tinggalkan kat rumah mak saudara sebab budak2 bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk wad. Mujurlah anak2 faham. Kakak sulungnya pula masih di asrama, jadi setiap hari MaDiHaA jenguk en. suami sorang2 je kat wad 7D (ENT) kat menara Timur PPUM. Tiap2 hari balik dari wad pukul 8 malam. Tawakkal je sorang2 dari Menara Timur nak ke Menara Utama dalam keadaan persekitaran yang sunyi sebab biasanya parking limited kat Menara Timur tu, jadi MaDiHaA lebih suka park di atas Trauma & Kecemasan tu. Hari pertama rasa lain macam, jadi hari2 sterusnya bila nak balik tu minta en. suami temankan sampai ke Menara Utama. Tapi kesian juga kat suami bila dia nak balik ke wad jalan sorang2 pulak. Tapi takpe.. orang lelaki kena berani kan? hihi...

Bila suami dah dibenarnya pulang barulah lega rasanya. Takdelah kelam kabut urusan harian.  Yelah setiap hari sampai rumah lewat, nak uruskan kerja rumah, memasak & persekolahan anak2. Letih juga dibuatnya. Hari Ahad tu barulah sempat beli kek & masak ala kadar jemput kawan2 anak iaitu anak2 jiran yang berdekatan. Kebetulan pula adik ipar & anak saudara dari Kajang pun nak datang melawat abang/pak saudaranya tu, jadi elok sangatlah sambut hari tu. Meriah sikit ramai2 walaupun masak pun seadanya saja. Tuan rumah kepenatan.. hihi...


Sambut sederhana je. Janji Alin happy dapat jemput kawan2 makan kat rumah..


En. suami tengok ajelah orang lain makan. Untuk dia hanya boleh makan bubur nasi saja.

Begitulah alkisah kami kali ni... until next entry pula ye...

Thursday, December 8, 2016

Operation Tonsil @ Tonsillectomy

Assalamualaikum semua...


Inilah sebabnya MaDiHaA belanja makan 1 family sedap sikit dalam entry sebelum ni sebab en. suami akan menjalani pembedahan tonsil pada 4hb Mac 2015. En. suami warded pada 3hb Mac & esoknya pembedahan dijalankan setelah beberapa kali tarikh pembedahan tertunda.


Sepatutnya bulan Ogos tahun 2014 dah operate, dah siap warded dah. Tapi belum ada rezeki sebab tiba2 ada kes kecemasan & tiada kekosongan katil ICU, maka pembedahan en. suami terpaksa ditunda. En. suami ada masalah OSA (Obstructive Sleep Apnea) dengan kata mudah faham gangguan pernafasan ketika tidur, jadi bila kena buat pembedahan ada 2 syarat yang wajib dipatuhi. Pertama wajib beli mesin CPAP (Continuous Positive Airway Pressure) di mana mesin ini wajib dibawa bersama semasa pembedahan dijalankan sebagai langkah siap sedia sekiranya berlaku kecemasan pada pesakit. Alhamdulillah mesin ini berjaya dimiliki hasil bantuan dari Zakat Selangor dengan harga RM7,800 sebuah pada tahun itu. Kalau harap nak beli sendiri memang tak mampulah nak beli dalam masa hanya beberapa bulan. 


Pas pelawat perlu dibawa setiap kali nak melawat en. suami. 
Kanak2 bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk wad.

Syarat kedua pula, sebelum pembedahan dijalankan wajib ada satu katil di ICU untuk en. suami, in case kecemasan pesakit terus akan ditolak ke ICU selepas pembedahan. Itulah sebabnya jadual pembedahan asyik tertunda sebab banyak sangat halangannya. Bila mesin CPAP dah dibeli, dah warded masa bulan 8 tu, tak jadi pulak sebab katil ICU ada pesakit kecemasan lain masuk. Jadi terpaksa tunda lagi. Alhamdulillah, pada 4hb Mac warded lagi dan akhirnya pembedahan tonsil en. suami berjaya dijalankan. Dalam hati MaDiHaA ni Allah saja yang tau betapa risaunya semasa pembedahan tersebut. Menurut doktor pembedahan ni agak berisiko walaupun ia hanya pembedahan membuang tonsil kerana kes en. suami dengan kes pesakit biasa berkenaan masalah tonsil tak sama sebab en. suami ada masalah OSA tu. Pembedahan boleh dikatakan 50/50. Allahurobbi bimbang bukan kepalang. Nak setuju dengan tak setuju sama banyak, sebab kalau tak operate pun bahaya juga orang ada OSA ni pun ada kes boleh mati dalam tidor kerana tak cukup oksigen semasa tidor. Banyak sebenarnya prosidur yang perlu en. suami lalui sebelum pembedahan ni antaranya kena buat sleep study. Bila dah berakhir semua prosidur & dah tiba masa nak kena operation, dalam hati ni sentiasa berdoa moga Allah permudahkan segalanya untuk en. suami. Syukurlah segalanya selamat.


Sayu hati seorang isteri melihat suami terlantar di katil ICU sebegini. Waktu ini langsung tak boleh makan, hanya boleh minum sahaja.  Bila di wad pun doktor pesan suruh bagi makanan yang lembut2 & sejuk2 seperti jeli, aiskrim atau yogurt. Kasihan en. suami.. siksa tengok dia bila menelan. Maklumlah.. semua makanan terpaksa lalu di bahagian yang luka... tentulah sakit. Makan bubur pun sakit inikan pula nak makan makanan2 lain. Bila dah keluar wad MaDiHaA sediakan bubur yang diblender untuk suami. Memang tak boleh masuk makanan yang kasar langsung, boleh berdarah semula nanti. Pernah MaDiHaA masak bubur letak ikan bilis & dikisar bila suami makan berdarah tekak dia mungkin sebab ada ikan bilis yang tak betul2 halus masa kisar tu.  Selepas beberapa minggu barulah boleh makan bubur nasi yang kasar sikit, nestum atau oat.  Begitulah lebih kurang kisah yang masih MaDiHaA ingat. En. suami cakap jika perlu dibedah lagi.. memang dia serik dah.. hehe.. Memang takla kan sebab tonsil pun dah dibuang dua2... mana mungkin akan dibedah lagi. Begitulah nak nyatakan betapa dia serik dah nak lalui semuanya tu. Apa2pun.. syukur alhamdulillah sekarang ni kesihatan en. suami semakin baik, tidor dah tak berdengkur & dah takde gangguan pernafasan terhenti masa tidor. Syukur sangat2. 


Wednesday, December 7, 2016

Makan2 di Restoren Ayam Golek Nara Seafood

Assalamualaikum....


Kejadian awal bulan Mac 2015 Puan blog belanja satu family makan di Restoran Ayam Golek Nara Seafood yang terletak di Sri Sentosa, KL. Khabarnya restoren ni begitu femes di Pantai Dalam. Mungkin kat Sri Sentosa ni cawangannya barangkali. Tak pula dapat dipastikan.  Puan blog belanja ni ada sebabnya... nanti kita cerita di next entry ye...


Inilah ayam golek yang sedap itu. Memang sedap, tapi sayangnya rezeki kami kurang baik malam tu sebab isi ayam sebelah dalamnya kurang masak masih merah2. Hanya dapat makan bahagian luar... bahagian tebal tak dapat dimakan. Sudahnya dibungkus bawa balik konon nanti kat rumah boleh masuk oven bakar semula. Dah sampai kawasan rumah on the way dari parking nak ke rumah terjumpa kucing yang sedang kelaparan. Jadi rezeki kucing malam tu. Memang indah aturan Allah...



En. husband sedang kusyuk tengok menu...



Akhirnya kami pilih set ini. Ada ayam golek, kerabu mangga, kailan ikan masin, tomyam campur dan telur dadar kalau tak salah. Almaklumlah dah lama sangat kejadiannya. Alhamdulillah.. kenyang...

Jalan-Jalan CNY

Assalamualaikum semua...


Haii... entah bilalah nak habis kisah 2015 ni yer... haha... Puan blog ni sekejap semangat, sekejap kang hilang mood. Takpelah kita kayuh slow2... haha...

Kisah Tahun Baru Cina 2015 pulak kali ni. Berkesempatan balik kampong a.k.a rumah ma MaDiHaA di Keratong. Kebetulan mak saudara (Sujah) yang kat PJ pun ikut balik juga. Jadi kami ramai2 beraya berjemaah ke rumah kawan2 baik ma. Kami ni tiap kali raya atau tahun baru Cina memang wajib kunjung mengunjung. Dah berkawan lama sejak ma masuk Felda lagi. Tiba raya kita, dorang datang rumah kami, tiba tahun baru Cina, kami pulak pegi rumah dorang. Makan apa yang boleh dimakan. Dorang pun hidang makanan2 ringan & limau je. Air pun air kotak atau air gas. Ada sebuah rumah lagi tu, ada anak dara dia sorang dah masuk Islam kawin dengan orang Perak. Jadi anak dia masak laksa Penang. So kami pun makan jela.. Dorang pun dah lama tau pasal halal & haram ni. InsyaAllah takde apa yang meragukan. Dah lama kami berkawan. Masa kenduri kawin anak2 dorang pun dorang panggil orang Melayu masak. Banyak jemputan dorang dikalangan orang Melayu. Dah ramai juga dikalangan anak beranak dorang yang dah masuk Islam juga. Mudah2an yang belum terbuka pintu hati tu satu hari nanti akan terbuka pintu hati mereka untuk masuk Islam... Aamin..


Rumah pertama kami singgah rumah ni dulu. Tuan rumahnya hanya tinggal suaminya aje, dah berumur pun. Isterinya dah lama mati. Masa isterinya mati MaDiHaA pun sempat pegi melawat dengan ma & arwah ayah masa tu. Sekadar memberi penghormatan terakhir sebagai tanda persahabatan. Selalunya bila tiba Tahun Baru Cina, semua anak2, cucu cicit akan berkumpul rumah uncle ni..



Kami dihidang dengan makanan ringan & minum air kotak je. Yang paling laku asam2 & kekacang. Limau pun layan juga.. hihi...  Biasanya yang belum kahwin semua akan diberi angpau. Sekarang anak2 MaDiHaA la yang akan dapat angpau. Dulu2 sebelum kami adik beradik berkahwin, kami pun akan dapat angpau setiap kali datang beraya rumah dorang ni.... Yang untung MaDiHaAlah sebab kahwin lambat. hahaha.... 



Ini Nako & anak perempuan no. 2 dia. Nako tu pangkat cucu dengan tuan rumah ni.  Dorang  selalunya akan balik rumah datoknya ni setiap kali sambut Tahun Baru Cina. Baby tu kiranya cicit tuan rumah ni lah. Comel sangat... geram tengok! Gambar kak Agek (mak Nako) lupa plak nak snap. Dah puas borak2 kami gerak ke rumah ke dua pulak. Tak jauh pun dari rumah pertama tadi.



Sampai rumah ke dua.. kami dihidang dengan laksa asam. Anak perempuan rumah ni dah masuk Islam berkahwin dengan orang Perak. Jadi dah pandailah masak masakan Melayu.  Sebenarnya sebelum kami sampai sini, dah ada satu group Melayu lain yang sedang beraya... so bagi peluang dorang habis makan dululah. Dorang ni memang ramai kawan dengan Melayu.  Bila group tadi dah balik, giliran kami pulalah menjamu selera. hihi....




Laku laksa tuan rumah hidang, manakan tidak.. semua lapar dok makan makanan ringan je dari tadi... ahaha... 



Sebelum kami pulang, ajak tuan rumah bergambar untuk kenang2an. Kami panggil dia Kak Wei. Dia ni berdarah campuran Cina + asli.  Memang rapat sangat dengan ma. Banyak berkongsi suka duka & rahsia bersama... hehe..

Oklah itu saja kisah kali ini... Jumpa lagi di lain siaran..