Followers

Thursday, January 26, 2017

Sand Art Painting ~ IOI Mall Puchong

Assalamualaikum.....


Nampak tak tarikh yang tertera kat backdrop tu? Ye... bulan April 2015.  Kami pegi hari Ahad 19 April 2015. Jalan2 ke IOI Mall Puchong sebab ibu nak beli kasut kat Princess. Ibu ada kad ahli Princess, jika beli kasut atau handbag ada diskaun 10%. Untuk bulan kelahiran akan dapat 30% diskaun. Jadi setiap bulan April ibu akan laburkan duit kat Princess beli kasut 2 atau 3 pasang setiap tahun.... hehehe.... Kaki jenis kaki gajah, nak beli kasut kat kedai kasut biasa takde saiz. Hanya kat Princess je ada saiz kaki MaDiHaA....  Walaupun harga kasut kat situ mahal, tapi terpaksalah beli juga untuk kegunaan kerja atau jalan2... sob sob sob...  Ehh.. hari ni nak entry pasal kasut ke atau pasal Sand Art Painting? hahaha...

Ok kita balik ke pangkal jalan.... Lepas dah dapat barang yang dihajati, jalan2 sikit ronda2 cuci2 mata. Pastu ternampak budak2 dok buat sand art painting ni. Masing2 kreatif sangat. Semua budak2 dapat gambar yang sama & ianya percuma... so apa tunggu lagi.. budak2 ni pun nak join la juga. So masing2 ber'sand art' la hari tu.... 


Kusyuk memasing ber'sand art'



Itulah hasilnya bila dah siap.. cantik kan? hehe... Penutup setiap kali ke IOI Mall ni wajib la bebudak ni naik carousel ni. Tak boleh tidak memang kena pow... baru boleh balik dengan gumbira. Tapelah bagi anak2 gumbira sebab ibu pun gumbira dapat kasut baru... hehe...

Tuesday, January 24, 2017

Sukaneka Tadika Sri Anakanda

Assalamualaikum....


Kali ni update kisah sukaneka di tadika adik Alin 6 tahun pula. Masa dia umur 5 tahun MaDiHaA hantar dia di tadika lain. Kali ni dah masuk 6 tahun ubah angin sikit hantar ke tadika berhampiran dengan sekolah abangnya. Senang tadika & day care sekali di tempat yang sama. Tak perlu susah2 & terkejar2 MaDiHaA nak jemput dia balik sekolah.


Sukaneka di buat di padang sekolah rendah. Meriah & riuh rendah tengok gelagat anak2 bersukan.  Hanya kami bertiga je pegi masa ni. Ayah tak ikut sebab kena kerja. Kakak pun takde balik dari asrama. Jom layan gambar. 

Setiap murid semuanya ada acara masing2 yang wajib dorang sertai.  Lupa dah adik masuk acara apa... 


Semua acara dibuat secara berkumpulan. Oleh kerana adik Alin bersaiz besar, MaDiHaA selalu risau kalau2 dia tak boleh buat atau terjatuh masa lari. Tapi alhamdulillah, selama dia masuk acara bersukan masa umur 5 tahun & 6 tahun ni takde apa pun yang tak diingini berlaku. Itu cuma kerisauan ibunya semata2... hehehe...



Selepas acara anak2, kini tiba giliran ibubapa pula. MaDiHaA takde masuk acara apa pun. Jadi tukang tengok ajelah.. hihi..



Dapatlah 1 medal untuk adik.. hihihi... Pada hari sukan tu ada sorang hamba Allah yang sponsor aiskrim untuk anak2. Setiap anak2 akan dapat 1 aiskrim. Siapa2 yang dah ambil akan dichop di tangannya tanda sudah ambil... hihi... Pada hari sukan ni pun pihak sekolah tadika ada buat jualan. Budak2 ni nak beli lasagna... so belilah bagi dorang makan. Untuk anak2 tadika setiap sorang dibekalkan 1 goodies bag yang berisi air & pelbagai makanan.

Itu saja cerita untuk hari ni...

Monday, January 23, 2017

Berkelah di Templer Park

Assalamualaikum...


Di suatu cuti hujung minggu yang agak panjang kami kebosanan tak tau nak kemana2. Masa ni ada cuti bersambung dapat 3 hari. Kebetulan ma & adik2 datang jalan2 ke KL. So kami pun plan la kunun2 nak pegi berkelah. Tapi tak tau arah tujuannya kat Kl ni. hahaha... takpe.. yang penting kita bangun awal pagi & masak2. Kemana arah kita hanya masa yang menentukan. Ada jugak manusia pesen ni ye? haha... Bila dah terlampau bosan nak berfikir pun jadi buntu.  

Dah siap kemas barang2 semua dalam kereta, start kereta kita jalan je sampai kita jumpa signboard yang sesuai kita tuju je ke situ... haha... Last2 terjumpa signboard ke Templer Park. Hmm.... kita redah ajelah. Memang tak pernah sampai lagi ke sini selama tinggal di Selangor ni. Tapi pernah dengar makcik kita dulu2 masa anaknya kecik2 pernah bawak anak2nya jalan2 kat sini. Kami tak tau sangat apa yang best kat sini. Jadi kami hanya cari port dekat depan2 tu jelah.  Senang sikit nak angkut barang2. Rupanya ramai juga pengunjung yang singgah di sini selain kami.  Walaupun airnya cetek, tapi bolehlah buat lepas gian anak2 nak mandi manda. Mak2 & ayah2 takat boleh celup2 badan jadila. Tapi syok jugalah.. airnya jernih & bersih, sejuk sangat. Yang kurang syok, banyak betul cik nyet dok mundar mandir & mengecek makanan. Pantang lepa nanti adalah yang datang melawat makanan kami. Tapi bila kena sergah bertempiaran depa2 ni lari... haha...

Okla tepek gambar pulak...

Sampai2 je & lepas parking kereta, ada pula datang motor penjual aiskrim. Apalagi... kita layan aiskrim dululah.  Ada yang pilih aiskrim kon, ada yang pilih aiskrim roti.  MaDiHaA tak mau aiskrim roti nanti kenyang pulak.  Dok teringat2 bekalan yang dibawa tu. Tak sabar2 dah nak makan ni... haha..



Dah jumpa port bagus, teruslah buka bekalan kami. Bila dah buka semua bekalan... wahh.. meriahnya.. macam2 adoo.... rambang mata pulak dibuatnya.  Yang best tu siap ada ikan singgang & budu. Fuhh.. berselera makan.  Lepas dah kenyang makan nasi... makan pula mangga saiz giant yang en. suami beli kat pasar malam.  Perrghh... memang layan habis la....


Anak2 dah beransur2 masuk dalam air. Seronok bukan main mereka semua walaupun airnya cetek... hahaha... Ada juga tempat yang dalam sikit airnya... saja budak2 ni dok main2 pasir... 


Bukan budak2 je seronok berendam... kami mak2 & bapak2 pun layan juga... Tapi sekali sekala jeling2 sama dekat bekalan ye. Nanti kang tak pasal2 cik nyet buat kenduri pulak. Lama juga kami kat sini.  Santai2.. suasana pun best kat sini sebab redup je. Masuk waktu kami solat je kat sini bentang tikar. Cuma masa nak salin pakaian tu payah sikit sebab tandas terlalu kotor & gelap. Tak lalu nak masuk. Penyudahnya kami salin kat belakang bangunan tandas aje. Mujur kat situ jauh dari pandangan umum. Lagipun masa tu memang takde pun orang kat situ sebab semuanya masih mandi manda. Tapi sorang kena jaga la kot2 ada orang yang datang. haha.. kelakar je...


Saturday, January 21, 2017

Cendol Leman Dawi

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Tarikh kejadian dah lupa, tapi yang ingat masa ni bulan November 2015. Kami satu family buat plan mengejut jalan2 ke Seremban semata2 nak merasa Cendol Leman Dawi yang femes tu. Gigih betul... haha... Dah lama sebenarnya teringin, tapi belum tahap mengidam lagi. Kalau mengidam mungkinla en. suami dah lama bawak kita ke sini.. haha.. Ni plan ramai2 mengejut camni tiba2 pulak menjadi. Rezeki namanya kan...

Gerai Cendol Leman Dawi terletak di Jalan Sungai Gadut, Seremban, Negeri Sembilan. Masa kami sampai tu ada lebih kurang 7, 8 kereta yang sedang parking di kawasan parking bersebelahan kedai. Dalam kedai pun hampir penuh. Alhamdulillah ada tempat untuk kami.




Salah satu daya penarik di sini, pakcik Leman Dawi tidak mengenakan bayaran untuk pelanggan yang ingin menambah cendol. Boleh tambah beberapa kali pun yang anda suka. Sebab tu cendol ni popular & menjadi viral. Dah masuk tv pun. Selain cendol ada pelbagai lagi menu2 lain yang dijual di sini. Tapi kami tak order pun selain cendol. Sebab kami cadang nak makan2 kat Senawang lepas ke sini.




Satu lagi yang istimewa pasal pakcik Leman Dawi, dia sangat peramah orangnya. Beliau boleh ingat banyak fakta2 tak kira samada fakta sejarah atau fakta pengetahuan am. Tak perlu tanya apa2, dia yang rajin berceloteh memberi pelbagai fakta. Sebut  jumlah penduduk Negeri Sembilan. asal usul sana sini.. ehh.. tak terkiralah. Macam2 dia cerita. Tanya apa saja pasti dia boleh jawap & ada maklumat yang dia simpan. Dalam apron pakcik Leman ada beberapa buku scrab & buku nota yang penuh dengan berbagai2 pengetahuan am. Adik MaDiHaA tukang jahit, sajalah tanya soalan yg takde kena mengena dengan cendol. Dia tanya siapa pencipta mesin jahit. Pakcik Leman jawap tanpa ragu2 & terus belek buku nota dia & tunjukkan pada kami nota yang dia simpan yang diambil dari mana2 majalah/buku. Melopong masing2.. hahaha... Suami pula tanya soalan asal usul cendol... terus pakcik jawap & tunjukan kami nota asal usul cendol... lucu pun ada dengar cerita pakcik... hahaha... Lagi satu pakcik sangat cekap buat kira2 congak. Wahh.. tak perlu pakai kalkulator. Jawapan pakcik dengan kalkulator memang tepat! Memang hebatlah pakcik. Salute! Dah jom layan gambar2 kami pula...




Kami 4 beradik semua ada masa ni... tak terkecuali termasuk ma juga..... terpaksa duduk 2 meja sebab tak muat satu meja...




Nak order cendol jagung, tapi jagung sudah abis... jadi hanya dapat cendol kacang merah sajalah...



Sedap layan cendol tengah cuaca panas2 ni. Ikut tekak kami cendolnya biasa2 saja. Takdela istimewa mana. Tapi bolehlah buat hilangkan dahaga. Yang benornya lepas makan manis2 ni tekak bertambah dahaga... hihi...



En. suami dengan pakcik Leman Dawi... tengok dalam kocek apron dia tu.... macam2 buku ada dalam tu... hihi...


Puan blog pun tak lepaskan peluang bergambar dengan pakcik Leman Dawi. Nak bergambar pun masih sempat lagi pakcik bercerita. Ramah betul... hihi..



Adik Ipar & pakcik Leman Dawi dengan tanda bagusss.... memang baguss... hehe..


Itu sajalah kisah kami di gerai Cendol Leman Dawi. Syukur akhirnya dapat juga jumpa dengan pakcik yang femes ni... hehehe... 

Friday, January 20, 2017

Kenangan Raya Haji...

Assalamualaikum...



Hanya gambar ni je kenangan kami berhari raya pada tahun 2015. Ini pun waktu raya haji di kampong MaDiHaA. Raya puasa kat rumah mertua langsung takde gambar.  Jadilah buat kenangan kami sekeluarga. 


24 September 2015
Tema biru & kelabu di tahun 2015.



Kalau raya puasa kat kampong tokma ni biasanya anak2 payah nak ajak bergambar. Tak sabar2 dorang nak gi jalan raya. Tapi raya haji ni mood nak beraya dah tak berapa. So bolehlah ambik gambar sekeluarga..


Menu kami biasa2 je. Masak ketupat segera lawan dengan kuah kacang, rendang ayam, rendang daging & kuah lontong.  Lontong air tangan ma memang feberet kami adik beradik. Rindu tiap kali beraya rumah mertua sebab kat Raub memang takde orang masak lontong ke lodeh ke... yang banyak lemang & nasi impit je.

Itu saja alkisah raya kami... episod raya yang dah basi... 

Wedding Ayong (Anis & Rauf)

Assalamualaikum...



20hb September 2015
Dapat jemputan wedding ayong atau Anis anak kak Rohaya kat Sepang. Masa MaDiHaA anak dara dulu ayong ni kecik lagi. Dok sekolah rendah lagi. Waktu kak Rohaya tinggal di Shah Alam kami selalu jugak bertandang rumahnya, ikut makcik time kak Rohaya buat open house. Sekarang dia dah pindah Sepang & kami jarang dah pegi sebab jauh sangat. Bila dapat jemputan kahwin ni memang tak lepaskan peluang. Memang wajib pegi walaupun masa ni en. suami keje, kitorang pegi juga.  Asalnya kak Rohaya kawan baik makcik Sujah. Last2 jadi kawan MaDiHaA juga. Tambah kronik lagi kakak ipar kak Rohaya iaitu kak Ramlah dulu satu tempat kerja dengan MaDiHaA. Bukan sekali kerja tempat yang sama, tapi 2 kali kami kerja di tempat sama.  Punyalah takleh berpisah.. hehe.. Memang rapat sangat2. Oklah layan gambar yang tak seberapa ni pulak...

Gambar nikah ni kidnap kat fb cousin ku Naknie... hehe.. jangan marah ehh korang...


Pengantin bersanding. Gambar memang teruk, masa ni hp dah tak berapa sihat...


Bergambar kenangan dengan mak pengantin kak Rohaya & kakak iparnya kak Ramlah (juga kawan baik aka kakak angkat MaDiHaA)


Inilah kakak tempatku mengadu & berkongsi segala suka & duka. 



Gambar kenangan ramai2...



Sebelum balik berwefie lagi ramai2 gambar kenangan family kami yang pegi ke wedding ayong ni. Kemain ramai kan? Yelah.. best friend. Mak best friend dengan mak, anak2 pulak best friend dengan pengantin baru... sure la meriah... 

Ok itu saja cerita kali ni...

Thursday, January 19, 2017

Minum Petang Tanjung Harapan

Assalamualaikum....


Lepas cuti merdeka ma & adik2 ada datang ke Klang. Kebetulan suami cuti so kami pun turun la ke Klang rumah adik. Lepak2 santai ke Tanjung Harapan sambil2 makan petang. Syok je makan tepi laut camni. Orang punyalah ramai. Mujur ada meja & kerusi untuk kami satu group ni... haha..

Tauhu bakar dia marbeless...



Siap dengan nasi goreng, dengan satay... ini bukan minum petang ni... hahaha... ni kira dinner awal ni...


Adik menung aje... fikir apa? Jangan risau... bil nanti kitorang yang bayar... hihihi..


Makan ajelah jangan malu2...


Menantu dengan mertua....


Angin sepoi2 bahasa... syok je santai tepi laut camni...


Apalah yang direbut tu? hihi...

Okla itu saja kisah kali ni...


Makan-makan Family Mamawandiha

Assalamualaikum & salam sejahtera.....


Sambung lagi kisah selepas Aidilfitri 2015. Biasalah bila tiba lepas raya sana sini ada rumah terbuka kan? Meriah betul tinggal kat Malaysia ni. Asyik ingat pasal makan2 saja.  MaDiHaA sejak beberapa tahun lepas dah tak mampu nak adakan open house bagai. Kalau masak pun hanya masak sikit2 jemput jiran tetangga terdekat & juga family terdekat sahaja. Maksud terdekat tu, family yang ada dalam Selangor ni lah.. hihihhi... Tak kisahlah duduk jauh ke dekat, asal mereka ada kelapangan bolehla datang. Nak masak banyak2 & jemput kawan2 dah kurang berkemampuan rasanya. Bukan saja poket kurang mampu, kudrat pun dah tak berapa mampu sejak2 dah masuk era veteren ni. Maklum sajalah bila nak masak ni... perlukan ramai kerahan tenaga. Yang ada dalam rumah ni hanya 3 orang je yang buat buat kerja. MaDiHaA, suami & anak sulung. Nak siapkan pelbagai hidangan, dalam otak ni dah ada kertas kerja seawal seminggu sebelum majlis.. hari sekian nak kena buat apa, hari sekian nak kena siapkan apa.. hehe.. Yang pasti malam sebelum jamuan memang tak cukup tidorlah dibuatnya. Antara 3 orang yang boleh buat kerja tu... MaDiHaA la yang paling teruk kena buat macam2. 2 orang lagi tu sekadar membantu mana yang patut saja.  Sebab tulah rasa dah tak mampu nak masak banyak2 macam dulu.  

Tapi sebenarnya seronok ajak orang datang rumah makan2. Seronok tengok tetamu menjamu selera. Makan bertambah2 & memuji apa yang kita hidangkan sedap.. kembang semangkuk si tukang masak.. hahaha... Biasanya kami tak pernah order apa2 juadah bila buat makan2 atau jamuan kecil2 kat rumah. Semuanya homemade. Puas hati buat semua sendiri. Buat pun setakat yang mampu... syukur di atas rezeki...

Ok jom layan gambar2 yang ada ni...

15 August 2015 bersamaan dengan 30 Syawal 1436 H. Hari terakhir Syawal baru sempat masak2 ajak familymamawandiha datang makan2 kat rumah.  Menu utama kami laksam & mee bandung.  Gigih kukus laksam sendiri tau... hahaha.. Sebenarnya laksam tu hanya menu tambahan. Mee bandung menu utama. Tapi tak sangka pulak laksam yang lebih mendapat tempat di hati tetamu.  Alhamdulillah... 


Selain menu utama adalah buat kek buah sikit & pencuci mulut puding kiwi & puding rich coklat. Nak buat yang remeh temeh dah tak sempat.. senang buat kuih yang sedebuk gitu tak perlu nak mettek2 kata orang Tganu. Malam sikit ada plak requested dari suami sepupu nak makan gulai asamrom. So tuan rumah pun masaklah nasi, gulai asamrom ayam & ikan masin sebagai pelengkap.  Seronok tengok dia makan bertambah2 & berselera. Orang lain pun tak lepas peluang jugak menjamah nasi sebab dah lama tak jumpa gulai kaklongnya ni. haha.. Gulai asamrom memang selalu je mendapat permintaan sepupu2 MaDiHaA sebab kalau nak cari kat kedai2 memang takkan jumpa kecuali kalau berjalan2 ke Raub, Lipis atau daerah2 Pahang. Itupun tak semua daerah Pahang yang ada masakan asamrom ni.


So inilah dia wajah2 familymamawandiha yang ada kat Selangor & KL ni. Kalau u alls dah biasa kisah kami di fotopages dulu2 mesti dah kenal dengan muka2 ni semua..hehehe... Keluarga makcik Sujah & anak2, sepupu Marlida, sepupu Rubiah, sepupu Abang Gee. Itu jelah yang selalu pegi mari kata orang Tganu lagi.. kekeke... Adik MaDiHaA kat Klang & adik en. suami kat Kajang masa ni ada hal & tak dapat nak datang. So ini ajelah family yang dapat hadirkan diri.  Gambar jiran2 tak berani la nak snap...haha.. gambar family kita sendiri tak kisahla kan. 


Dan gambar terakhir ni pula ialah gambar masa open house kat rumah sepupu MaDiHaA kat Semenyih iaitu rumah abang Gee & Kak Liza seminggu sebelum makan2 kat rumah MaDiHaA. En. suami tak dapat hadir masa ni sebab kena bertugas. So muka2 kami jugakla yang ada pun... hahaha...

Ok hingga jumpa lagi di lain siaran pula ye.. rasanya dah abis kot kisah raya 2015... haha...

Tuesday, January 17, 2017

Gambar campur2...

Assalamualaikum....


Kali ni masukkan gambar campur2 sebelum raya & selepas raya Aidilfitri. Tahun 2015 beraya di rumah mertua. Sayang sangat sebab takde gambar raya walau sekeping pun. Tak ingat sebab apa tak ambik gambar. Mungkin masa tu hp ada masalah kot... Yang ada hanya inilah gambar kenangan masa bulan puasa & gambar selepas raya.


Waktu ni kami jalan2 ke bandar Klang mencari persiapan raya terakhir. Seronok tengok meriahnya kat sana. Manusia penuh. Waktu kami pegi ni awal lagi sebelum berbuka. Kami berbuka dalam kereta je. Lepas berbuka manusia semakin ramai berduyun2 memenuhi ruangan niaga hinggakan nak berjalan pun susah. 
Abang Haziq susut badan sebab berpuasa masa ni. Alhamdulillah penuh puasa sebulan masa tu..


Ini pula gambar kenangan adik Alin masa hari jamuan hari raya di sekolah tadikanya yang baru. Cikgu suruh pakai baju raya. Ini baju raya kedua Alin. Kena bawa kuih raya & adik Alin bagi duit raya untuk rakan2 sekelas juga. Seronok dia.  Waktu balik sekolah Alin pun bawa balik beberapa sampul duit raya dari kawan2 yang lain pula...


Gambar terakhir ni pula gambar makan2 jamuan raya rumah adik MaDiHaA kat Klang. Macam2 dia masak masa ni. Paling laku bihun sup tulang. Yumyum...

Nanti kita sambung lagi ye...

Restoran BBB Tomyam Bangi

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Sambung lagi kisah hari yang sama pegi ke Royal Floria di entry sebelum ni.
Lepas siap solat Zuhur kat Masjid Putra, Putrajaya kami terus ke Kajang rumah adik ipar sorang lagi. Dia je sorang (selain adik beradik lain sebab yang lain takde datang KL) tak join kami sebab dia keje hari tu. So singgah rumah dia & tunggu dia balik keje petang tu. Lebih kurang setengah jam jugak kitorang lepak2 depan rumah dia. Bila dia balik tunggu dia siap2 sebab dia nak ajak kami pegi makan pulak petang tu. Orang nak belanja, rezeki jangan ditolak.. haha.. Sementara tu kami semua pun tumpang solat asar kat rumah dia terus.

Bertolaklah kami dari Kajang ke Bangi. Adik ipar Ida bawak kami makan kat Restoran BBB Tomyam Bangi. Rasanya ni kali kedua dah kitorang makan kat sini. Masa kali pertama dulu kami singgah makan lepas berubat adik MaDiHaA kat Darulsyifa, tak jauh pun tempat berubat tu dengan restoren ni.

Lupa dah masing2 order apa, tapi yang ingat anak2 nak makan otak2. Memang feberet dorang la otak2 ni.... hihi...




Itu sajahlah kisah yang dah tak berapa ingat.... dan malam tu kami semua tidor rumah adik ipar kat Kajang. Senang dia dah ada rumah sendiri walaupun belum kahwin, senang adik beradik nak berkumpul. Kumpul ramai2 seronok.






Friday, January 13, 2017

Royal Floria Putrajaya 2015

Assalamualaikum...

Lagi gambar2 basi yang wajib jadikan entry. hihi....


Sebenarnya kami pun tak sangka dapat pegi lagi floria tahun tu. Sebab dalam agenda pertama kami sepatutnya kami akan balik ke Dungun sebab sepupu buat kenduri akikah anaknya. Pastu tiba2 dapat call dari adik2 ipar dari Kuantan & Maran mengatakan nak datang KL jenjalan bersama mak mertua.  Jadi agenda kami nak balik Dungun kenalah kami batalkan. Takkan kita taknak alu2kan kedatangan tetamu kan. So untuk penuhi cuti masa tu kami bawak mereka jalan2 ke Putrajaya tengok Royal Floria.... so jom cuci mata dengan gambar2 yang ada ni... 



Sengih je pengantin baru... masih dalam mood bulan madu tu.... hihi....








Tengoklah muka anak2 tu... ada yang masam mencuka... dah penat & kepanasan.. ibu sibuk ajak bergambar.. haha..


Lepas pulang dari Putrajaya kami terus ke Kajang rumah adik ipar yang baru bertunang hari tu.. Sebelum tu singgah solat zuhur dulu kat Masjid Putra, Putrajaya ni...

Jumpa lagi...

Thursday, January 12, 2017

Pertunangan (Adik Iparku) Ida & Hairul


Assalamualaikum & salam sejahtera....


Nak kayuh lagilah walaupun slow2 sementara ada masa terluang ni. Janji luak juga gambar2 dalam simpanan ni. Cerita seterusnya kisah kenduri sambut menantu Lan & Laila & sekali harung buat majlis pertunangan adik ipar perempuan iaitu Ida & pasangannya Hairul. Senang sekali jalan buat kenduri. Gambar pengantin baru tak sempat nak snap sebab sibuk siapkan hantaran. Gambar pun tak banyak mana... sekadar jadikan kenangan je. Sebenarnya gambar2 banyak dah sync kat fb tapi sayangnya gambar tu dah dilupuskan. Fb dah bagi note suruh selamatkan kat moment, tapi apakan daya masa tu hp MaDiHaA tak cukup canggih tak boleh nak install moment. Jadinya... hilang macam tu je gambar2 semua. Memang banyak juga gambar2 selain gambar2 bertunang yang hilang. Sedih sangat rasanya... Mana yang dapat diselamatkan... yang ni jelah yang boleh simpan kat blog. Fikir positif jelah tentu ada hikmah gambar2 yang hilang tu, tak ke itu lagi cepat sikit dapat update blog takdelah jadi lambat sangat nak perabis mcm2 entry.. kikiki... 

Kali ni adik ipar minta tolong buatkan hantaran tunang dia. Bolehlah kakak iparnya ni asah2 bakat yang dah lama terperap. So jom layan gambar2 pulak ye...

2/5/2015

Inilah dia adik perempuan suami yang bertunang tu... tunangannya tu asal orang Melaka. Beza umur 10 tahun muda tunangnya tu tau.. jangan tak caya... hihi... 

Antara gubahan hantaran yang MaDiHaA buat antaranya sirih junjung.


Sejadah digubah jadikan katil...


Tuala MaDiHaA jadikan buah je. Dah takde idea nak buat apa. Gubahan pun buat last minit bila balik kampong.


Malam sebelum kenduri tu sempat godak puding betik ni. Pagi tu hanya touch up sikit2 masukkan dalam bekas plastik transparent tu je.

Yang lain hanya susun2 buah2an. Kek dibeli je & mak saudara suami ada buat coklat berbentuk ikan. Itu jelah hantarannya. Ringkas saja tanda ingatan dari pihak perempuan.

Bergambar dengan sirih junjung dari pihak lelaki.

Jumpa lagi di lain entry ye...