Followers

Friday, December 7, 2018

Kenangan 2 Tahun Lalu... Birthday Ibu...

Assalamualaikum...


Bismillahirrohmanirrohim...
Lemau sungguh rasanya nak update blog sekarang ni. Gambar berderet2 dalam simpanan. Nak edit gambar sikit punya malas.  Yang pelik ambik gambar rajin bebenor, nak update blog yang lemau... sejenis penyakit barangkali.... hehe...
Sebenarnya disamping kemalasan tu, hakikatnya... masa pun kurang mengizinkan juga sebenarnya. Banyak sangat komitmen lain yang perlu diutamakan. Jadi yang wajib kita dahulukan, yang update2 blog ni... bila berkesempatan dan free baru boleh layan. Macam hari ni, rasa macam free pulak, so layan sementara ada mood nak update.

Sajalah nak cerita yang 2 tahun lepas adik no.3 Cikbi buat surprise sambut besday kakaknya bila kami balik kampung. Terima kasih Cikbi. Susah2 je siap tempah2 kek bagai. Sebenarnya jarang pun nak sambut2 birthday untuk diri sendiri ni. Dapat suami pula bukanla sejenis yang pandai nak surprise2. Sekadar makan2 kat luar gitu2 jelah. Kalau ada pun sesekali adalah dia belikan kek. Itupun bukan setiap tahun.. hehe.. Memang tak dibiasakan sejak dari budak2 lagi memang takde nak sambut2 sangat birthday ni. Malah untuk anak2 pun sama... simple celebration memadai. Kita bukan orang ada-ada pun.


Buat en. suami terima kasih sudi menjadi suami & teman yang baik untuk saya. Terima saya seadanya walaupun banyak sangat kekurangan dalam diri saya. Terima kasih sudi membimbing saya. Banyak yang dikongsi susah & senang bersama-sama. 


 Kepada ma tersayang, terima kasih melahirkan saya ke dunia ini. Membesarkan saya dengan penuh kasih dan sayang. Mendidik & menjaga saya hingga saya menjadi dewasa. Ilmu kehidupan dikongsi dan memberi peluang melalui pengalaman susah & senang menjalani kehidupan. Ia menjadi bekalan untuk melalui kehidupan apabila sudah menjadi isteri orang. Hidup ini bukan semua yang indah2 belaka. Kadang kala kita diuji dengan pelbagai ujian. Syukur segalanya mampu dilalui dan dihadapi dengan sabar dan redho.


 Inilah keluarga kecil kami. Adik no. 2 je takde masa ni sebab tak balik kampung. Kakak Dini pun takde sebab duduk di asrama.


Inilah dia Cikbi yang susah2 buat surprise untuk kaklongnya. Terima kasih Cikbi...


Dah 45 masa ni.... umur sekarang tambah lagi 2 tahun.... dah masuk veteren dah ni.. hehehe...


 Ini pula gambar masa kakak Dini balik cuti. Kakak & ayah share belanja makan sempena birthday ibu. Makan kat restoren kegemaran ibu. Terima kasih kakak & en. suami...


Add caption
 Yang depan tu sipi2 je gambarnya. Budak paling happy dapat makan kat luar. Biasalah dia.... hehehe..... So setakat ni je dulu update hari ni. Kot ada kerajinan nanti update lagi. Bila? Jangan tanya... hehe...

Friday, April 27, 2018

Pertunangan Daus & Dayah

Assalamualaikum dan salam sayang...


Hampir lupa tarikh kejadian. Tak silap dalam bulan April atau Mei 2016 gitulah adik bongsu en. suami melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan hatinya.  Satu sekolah kekdahnya tapi berlainan batch. Sekampung tapi rumah jauh dan tunangannya ni keturunan Jawa yang berasal dari Selangor. Wahh... menantu mak nampaknya dari macam2 negeri. Perak ada, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Selangor lepas ni dari mana pulak agaknya ye... hehehe...


Ini hantaran dari pihak lelaki. 5 dulang ikut perjanjiannya.


Tak ingat dah berapa kereta yang pegi meminang. Kereta adik beradik saja dah 7 buah. Belum masuk sepupu2 lagi. Pendek kata, jenuh mencari parking nanti..


Macam biasa MaDiHaA dipertanggungjawap untuk buat sirih junjung. Hantaran yang lain biras MaDiHaA kat Kuantan yang siapkan sebab adik ipar yang bertunang ni duduk dekat Kuantan, so senang nak berurusan dengan biras MaDiHaA yang dok kat Kuantan tu. Beli barang kat sana & buat kat sana terus. Bawak yang dah siap gubah. Sirih junjung ni tak boleh buat awal... MaDiHaA sampai kampung baru buat paginya tu. 


Tukang bawak hantaran serah kat anak2 buah je sekarang ni. Ramai anak dara takyah susah2. Mak2 boleh jalan lenggang kangkung. Yang pegang hantaran tu semua cucu2 opah. Anak kakak ipar yang sulung 2 orang, anak adik ipar 2 orang, anak dara MaDiHaA sorang.

Bergambar lagi untuk kenangan...



Manis2 juga cucu2 opah ni rupanya ye... tapi macam2 saiz kekdahnya... yg gemuk ada, yang tinggi ada, yang kemetot pun ada... semua ikut baka mak masing2... hahaha......


Dah sampai rumah pihak perempuan... sesi dialog serah kat orang tua2 la... yang lain2 tukang dengar & tokok tambahla sikit2...



Orang tua2 dalam rumah sedang berbincang, anak2 dara sibuk berwefie kat anjung rumah....


 Mak2 pula tekun mendengar perbincangan dua pihak...


Inilah dia gadis pilihan hati En. Firdaus... Hidayah namanya.. cantik manis orangnya... bersopan santun pula tu... 


Mertua bergambar dengan bakal menantu. Kalau ikut perjanjian hantaran dari pihak lelaki 5 berbalas 7. Tapi nampaknya pihak perempuan dah bagi lebih tanpa pengetahuan kami sebabnya hantaran2 lain banyak disponsor oleh mak2 saudara katanya. Rezeki kamilah nampaknya kan.

Cincin di sarung ke jari manis tanda ikatan pertunangan telah rasmi terjalin...
InshaAllah moga kekal ke jinjang pelamin...


Bersalaman dengan bakal mertua...


Eh eh... ada juga yang nak ambik berkat.  InshaAllah... moga kak Dini pun berakhlak mulia sama macam moksu Dayah juga. Moksu Dayah pun sekolah sama kat sekolah kakak.. samalah juga dengan paksu Daus... Bukan nak puji, tapi memang baik akhlaknya... 
hormat pada mak & orang tua... Memang secocok sangat dorang berdua tu..


Dah selesai semua perbincangan.. tibalah masa menjamu selera.  Wahh.. macam tak percaya menu kegemaran MaDiHaA pun disajikan pada hari kejadian. Pecal ada, masak lemak umbut kelapa pun ada. Yeeeaaaa.... seronoknya lah.. rindu sangat dengan sayur umbut kelapa tu... Selain tu ada menu Jawa iaitu sambal tahun. Pertama kali MaDiHaA dapat rasa... sedap... ini untungnya bila kita bertandang kenduri yang tak sama sekampung dengan kita. Dapat rasa macam2 menu yang berlainan. Walaupun family Dayah ni tinggal sekampung tapi mereka masih mengekalkan menu asal usulnya iaitu menu Jawa. Antara lain ada juga menu pecal lele yang memang MaDiHaA tak pernah rasa sebelum ni.


Ini pinggan MaDiHaA. Blur pulak..maaf ye. Tapi memang puas hatilah jamuan untuk kami pihak lelaki. Semua kekenyangan. Nak balik pun siap bagi goodies bag lagi.

Terima kasih tuan rumah.