Assalamualaikum & salam sejahtera...
16/2/2014
Alhamdulillah..
seronok sangat dapat jumpa dengan mereka semua. Pertemuan kami ini
diatur seawal beberapa bulan sebelum pertemuan. Sempena kepulangan
& percutian Gert@Mykitchensnippets untuk menyambut Tahun Baru Cina di Malaysia pada tahun 2014... beliau menyatakan untuk bertemu dengan Kak Nor@Secubitgaramnor67
& juga beberapa blogger lain. Tapi nampaknya.. hanya kami berempat
saja yang berkelapangan & berpeluang bertemu mata. Kak Jun tak
dapat nak ikut serta kerana ada hal yang tak dapat nak dielakkan.
Terima kasih Gert sudi nak berjumpa dengan MaDiHaA. Terima kasih juga
pada Kak Nor yang war2kan pada MaDiHaA. Terima kasih pada semua yang
sudi datang hari tu termasuk Kak Nah@Makcik Manggis. Seronok dapat berbual2 dengan kakak2 semua. Bukan senang nak berjumpa macam ni tau...
The
Mines saksi pertemuan kami pada 16 Feb 2014... walaupun baru pertama
kali bersua muka.. tapi berborak macam dah kenal bertahun2... hehehe.. MaDiHaA tak
lepaskan peluang bergambar dengan kak Nor Secubit Garam. Sapa yang tak
kenal dengan Kak Nor kan... handal & sangat rajin memasak... Comel
sangat orangnya.. hehehe..
Alhamdulillah..
sanggup turun dari Terengganu utk pertemuan ini.. TQ Kak Nor..
Gert
pun salah sorang yang MaDiHaA kagumi.. Suka intai2 blog beliau..
sesekali tinggalkan juga komen & kadang2 bertegur dalam FB.. mesra
sangat orangnya. hehe... Gert memang handal memasak macam2..
Memang tak sangka sangat2 dapat jumpa dengan Gert yang jauh merantau di
Northern California, USA mengikut suaminya di sana.. Thanks for
everything Gert..
Kak
Nah@Makcik Manggis orang terakhir sampai.. Alhamdulillah.. akhirnya
dapat juga jumpa dengan Kak Nah. Dah lama kenal Kak Nah di alam maya
sejak dari MaDiHaA aktif berfotopages hinggalah MaDiHaA ada blog
sendiri. Tetapi baru kini dapat bersua muka. Blog Kak Nah pun jadi
salah satu blog rujukan MaDiHaA juga.. Kak Nah sangat pentingkan
kesihatan dalam penyediaan makanan kepada keluarganya... salute sangat
dengan akak... Ada rezeki nanti kita jumpa lagi ye kak..
No comments:
Post a Comment