Followers

Wednesday, May 18, 2016

Bermanja-Manja Dengan Ball Phyton

Assalamualaikum...


Lama betul tak update blog. Blog resepi pun terabai dah masuk 2 bulan.  Tiba2 mood merudum & sedih sangat sebab tumbdrive MaDiHaA yang dok simpan banyak gambar2 & details peristiwa yang MaDiHaA catatkan semua rosak binasa.  Sedih sangat2.  Sekarang ni update pun harap gambar2 yang masih ada dalam simpanan facebook.  Itupun banyak yang tak dapat nak ambik sebab banyak gambar yg dah di sync kat fb dah tak boleh buka sebab dah pindah ke moment.  Nak godek2 tak reti... maka sebab tulah hati ni gundah gulana sangat2... 

Lepas ni kalau ada pun berupdate gambar2 semua tak ikut turutan peristiwa dan takde tarikh sebenar sebab details catatan MadiHaA dah takde.. Mana nak ingat dalam kepala mana yg dulu, mana yang kemudian & bila tarikh kejadian... huhu...  Itupun update ikut gambar mana yang ada ajelah.... Yang tak sempat diselamatkan tu... simpan dalam kenangan jelah... sob sob...

Tapi gambar kali ni MaDiHaA masih ingat ianya memang kejadian sehari selepas gathering tu.  Kira masih dalam cuti raya la ni.  Sahabat MaDiHaA Ani beria2 ajak jalan raya rumah dia hari tu sebab petang lepas gathering tu MaDiHaA tak sempat nak singgah rumah dia. Jadi esoknya kami pegi rumah dia.  Kebetulan ada juga sorang kawan lagi yang beraya rumah dia dengan family dia. So adalah geng sembang2.

Tapi apa yang menyeronokkan anak2 MaDiHaA bila dapat bermain-main & bermanja-manja dengan ular peliharaan sahabat MaDiHaA tu.  Ular ni jenis Ball Phyton dan ianya memang jinak & dijadikan pets. Ada 2 ekor yang Ani bela. Sekor dinamakan Obama, sekor lagi Anuar... hehehehe... 

Jom tengok gambar2 kami bermain dengan ular2 ni.... Mula2 nak pegang tu takut2 la jugak.. naik merah juga muka dibuatnya.. hahaha... tapi lama2 ok dah.. Anak2 yang 2 orang tu tak geli... tapi yang bongsu tu penggeli yang amat. Semua benda dia takmau pegang... baik ular, tikus, ulat semua geli.. hehe... Budak perempuan yang kecik tu anak saudara MaDiHaA... dia berani yang amat... selamba dia je peluk ular tu.  Yang mama dia pulak tau rumah Ani ada ular... tak senang duduk dibuatnya.. bila Ani keluarkan ular dia dah lari jauh2.. hahaha..



Semua seronok dapat pegang Obama & Anuar... hehehe... En. suami yang dulu geli pun beranikan diri pegang jugak.. syabass!



Seronok pulak dapat manja2 dengan ular ni.  Sebelum ni pernahla jugak usik2 ular masa kat zoo dan sebagainya. Tapi belum pernah lagi pegang atas tapak tangan macam tu... takat gosok2 badan dia je.  Kali ni memang pegang dia betul2... Thank you Ani bagi peluang kat kami main2 ngan ular ni.  Sampaikan dengan tuan ular tak ingat nak bergambar... dok sibuk bergambar dengan ular je... hahaha....

Oklah itu jelah update untuk hari ni... jumpa lagi ye...

1 comment:

  1. Berani sungguh madiha ye..
    Akak ular plastik pun takut..
    Apa lagi ular betul ni..
    Walaupun jinak..
    Tak lah sanggup nak buat mcm tu letak kat leher..

    ReplyDelete