Assalamualaikum & salam sejahtera....
23 Ogos 2014 birthday anakanda sulung MaDiHaA yang ke 14 tahun. Kebetulan jatuh hari Sabtu tarikh tu & kebetulan juga en. suami cuti, jadi kami ambil kesempatan pulang ke kampung en. suami kat Raub. Anakanda yang dok asrama kat Raub pun terus balik rumah opah dia kat sana. Malam tu baru kami bersua muka. Dek kesibukan bekerja, MaDiHaA tak sempat nak buat kek besday pun utk dia.. tapi hanya sempat bakar cheese brownies je. Jadilah kan daripada takde. Anakanda rindu air tangan ibunya... tapi ibunya ni mood nak membaking & mendeko dah ke Laut Cina Selatan dah.. hahaha...
Malam kami sampai tu.. terus suruh kakak Dini potong brownies birthday dia. Malam esoknya ibu open table belanja makan2 family mertua. Kebetulan adik2 ipar pun ada yang balik bercuti juga.. so.. ramailah yang dapat join. 2 orang sepupu en. suami pun kebetulan ada datang ziarah mertua.. so pelawalah sekali dorang dinner malam tu. Lokasi dinner kami kat Gerai Sri Kallang, Simpang Kallang Raub. Masakan kat gerai ni memang sedap2 belaka. Antara kedai makan yang popular kat Raub. Paling best, ikan bakar & kerang tu... super delicious.. eh eh ehh... lupa pulak bulan puasa dok cerita pasal makan2 best.. hehe...
Sebelum makanan sampai, possing2 dulu tapi kamera handphone cikai.. jadi gambar pun tak berkualiti la.. hihi.. Kena duduk meja panjang la nampaknya sebab ramai.... 3 buah kereta kitorang serang.. hihi.. Rezeki Allah bagi kita kongsi sama2... doakan kakak ipar ni dimurahkan rezeki selalu & bolehlah belanja korang selalu... hihi..
Antara lauk yang diorder.. ikan siakap tiga rasa, pari bakar, kerang bakar, tomyam, sup ayam, kangkung belacan & telur dadar. Yang lain lupa dah apa benda order.. maklumla.. cerita 2 tahun lepas... hihi..
Semoga bertemu lagi di lain entry... masih dalam proses mencari2 gambar2 yang masih dapat diselamatkan yang pernah di simpan dalam facebook. Sedih lagi hati ni sebab gambar dalam tumbdrive banyak yang tak dapat diselamatkan lagi... huhu...
tertarik yang kerang rebus tu. happy bday kakak dini
ReplyDelete