Assalamualaikum...
Tak lengkap rasanya sesiapa yang melawat ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah jika tidak terus singgah ke Deerland Park yang jaraknya hanya kira-kira 3km sahaja antara keduanya. Jadi kami pun tidak akan lepaskan peluang untuk ke situ. Seronok dapat melihat rusa dari jarak dekat. Selain rusa terdapat juga pelbagai haiwan lain yang diletakkan di sini. Ada yang boleh dipegang dan disentuh sekiranya anda ingin membelai haiwan2 tersebut. Ada yang hanya boleh dilihat dari luar sangkarnya. Antara haiwan yang sempat kami lihat seperti rusa, burung unta, ular albino, ular sawa, ular ball phyton, hedgehog, kucing hutan, pelbagai jenis burung & lain-lain lagi yang MaDiHaA dah lupa haiwan apa lagi yang ada sebab kebanyakkannya tengok sekali lalu macam tu je. Jom tengok gambar yang sempat MaDiHaA snap ni. Ada beberapa jenis haiwan yang tak sempat ambil gambar pun sebab dah kepenatan & lagipun kami hanya lalu macam tu je, jadi memang tak sempat ambil gambar. Hanya di port2 tertentu je kami lepak lama siap duduk2, jadi kat situ je lah yg ada banyak gambar.. hihi.. Jom layan...
Sesampai saja di situ, cepat2 beratur beli tiket. Tiket dewasa RM5 & kanak2 RM3 (tahun 2014). Kita akan melalui lorong yang disediakan dengan suasana yang amat redup & nyaman dikelilingi hutan & pepohon. Tak lama lepas tu nanti kita akan jumpa pondok pemeriksaan tiket & kita akan diberikan bakul berisi ubi keledek yang siap dipotong-potong. Ubi keledek tu nanti adalah untuk diberikan kepada rusa2 yang berada di dalam kandang. Semua rusa jinak-jinak belaka. Semua rusa datang kerumun berhampiran kita di tepi pagar untuk berebut mendapatkan keledek yang kita suakan. Ada yang sampai berdiri 2 kaki! Amboii... lapar sangat gamaknya.. hihi... Seronok tengok telatah rusa2 tu. Anak2 pun happy tapi ada yang takut2 nak bagi rusa makan. hihi.. Dapat bagi makan rusa2 tu dan dapat pula menyentuhnya, itu satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Tak jauh dari kandang rusa ni ada juga kandang burung unta. Tapi burung unta ni tak friendly macam rusa. Jadi tak banyaklah gambarnya.. hihi... maklumla jurufoto pun ambil gambar dari kamera handphone yang tak berapa canggih je.
Gerak ke depan sikit ada macam2 lagi haiwan yang kami jumpa. Tapi yang menarik perhatian kami bila ada ular jinak yang boleh disentuh & dipegang ni. Selain tu, ada juga beberapa ekor hedgehog yang comel. Eiii... geram je tengok dia sebab comel sangat. Mula tu takut-takut juga nak pegang sebab berduri. Rupanya duri hedgehog ni lembut je, tak macam duri landak tu. Ada juga ular sawa & ular ball phyton yang jinak. Boleh angkat & pegang untuk ambil gambar.. so memang tak lepaskan peluanglah untuk pegang. Dah tak rasa geli sebab dah pernah pegang ball phyton kepunyaan kawan dulu tu kan. Cuma, ular sawa tu malas nak angkat sebab besar sangat. Beratnya pun mau berpuluh kilo! Yang menarik perhatian kami waktu tu, ada sepasang pengantin baru yang sedang buat outdoor shoot. Mereka disuruh letak ular2 di bahu untuk ambil gambar. Lucu tengok gelagat si suami (pengantin lelaki) yang nampak geli geleman dengan ular2 tu asyik nak lari-lari je.. haha.. Si isteri nampak rileks je. Yang paling lucu, ada ke patut lepas siap je snap gambar, si suami cepat-cepat cabut lari tinggalkan si isteri keseorangan dengan ular yang berat gila tu masih di bahu. Dah sampai senget bahu si isteri menahan berat ular sawa tu sambil menjerit2 menahan berat ular tu keseorangan... hahaha... adoii.... bertuah punya suami.. hihihi....
Oklah... itu saja kenangan kami kat sana. Anak2 semua seronok dapat bermesra dengan haiwan2 di sini. Cuma adik Alin je penggeli tegar. Semua haiwan pun dia geli, tak berani nak dekat. Selesai bermain dengan haiwan semua ke sinki yang disediakan untuk mencuci tangan. Kemudian sempat juga kami masuk kedai cenderahati & belikan anak2 cenderahati keychain & t-shirt sebagai kenang-kenangan. Keluar je dari Deerland ni kami terus bergegas mencari surau dikampong berdekatan untuk solat jamak. InsyaAllah ada kelapangan nanti boleh singgah lagi.
Jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment