Followers

Friday, October 21, 2016

Hantar Pengantin Ke Felda Padang Piol, Jerantut

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Pertama kali rasanya jejakkan kaki ke Felda Padang Piol, Jerantut ni.  Kami ikut rombongan hantar pengantin sepupu en. suami yang dapat orang Jerantut ni. Sepupu suami pun orang felda juga, Felda Keratong.. samalah dengan kampong MaDiHaA kat Keratong juga.. hihi.. 

Kami dari PJ bertolak 1 kereta sendiri2 je. Mak mertua MaDiHaA pula satu kereta dengan adik suami dari Raub. Anak sulung MaDiHaA yang sekolah kat Raub pun dapat ikut sekali naik satu kereta dengan opahnya sebab kebetulan minggu tu memang minggu dorang dapat balik rumah dari asramanya. Keluarga pakcik en. suami pula dari Keratong datang dengan 1 mpv & sebiji bas (siap sewa bas Mara Liner lagi..). Wah.. satu kampong dibawaknya.. hihi... Masing2 jalan asing2 & kami semua berjumpa kat Jerantut. Zaman teknologi ni apa yang nak dirisaukan. Telefon bimbit ada.. boleh calling2.. 



Seronok adik Alin dapat jumpa dengan mak sepupunya. Alin memang manja dengan anak2 pakcik suami ni. Sebab selalu jumpa tiap kali kami balik Keratong. Sepupu suami ni masa kami baru kawin dulu masing2 masih kecil & masih sekolah lagi. Sekarang semua dah besar2 dah bekerja & yang sulung pun dah kawin. Sekejap je masa berjalan kan...



Istimewanya kenduri kat Jerantut ni.. kami disajikan dengan gulai ikan patin tempoyak selain lauk pauk yang lain. Ikan patin ditempah khas dari Temerloh & dimasak dengan penuh kasih sayang khas untuk keluarga pengantin perempuan. Eh.. bukan untuk keluarga perempuan je tau.. sebab kat meja buffet untuk orang ramai pun ada tau ikan patin. Ingat senang ke nak jumpa kenduri kawin dihidang dengan ikan patin tempoyak ni? Susah nak jumpa kan? Memang special sangat ni.. Ikan patin pulak bukan patin yang murah & yang tak sedap tu.. tapi ni patin sangkar tau. Isi ikannya manis & sedap. MaDiHaA yang dulunya tak suka ikan patin dah jadi tersuka pulak. Barulah tau rupanya ikan patin memang sedap. Selama ni dok hairan kenapalah orang dok suka sangat makan ikan patin. Mahal pulak tu... rupanya selama ni yg MadiHa dok makan tu patin kolam... dibela dalam air tak mengalir.. patutlah ada rasa lumpur... Sekarang dah rasa ikan patin bela dalam sangkar/sungai barulah tau betapa sedapnya isi patin ni. Persepsi MaDiHaA terhadap ikan patin dah berubah 100%... hehe.. now ikan patin dah jadi feberat MaDiHaA... tapi dengan syarat mestilah patin sangkar ye.. bukan patin kolam. Kalau dapat patin buah lagilah sedap kan... patutla kat restoren kat Temerloh tu depa dok charge mahal...mmm... puas hati kami makan kenduri kat sini.. Siap dapat meratah lagi ikan patinnya... hehe... jangan marah ye tuan rumah...



Dah kenyang perut so apa lagi.... snap2lah gambar sikit untuk kenangan sebelum kami pulang meninggalkan pengantin perempuan bersama keluarga pengantin lelaki pula. Dok rumah mertua elok2 ye Wani... jangan nangis tau... hehehe...

Ayah & ibu pengantin perempuan yg baju kotak2 & baju warna pink belacan tu.... Mertua MaDiHaA ni kakak sulung pada pakcik suami ni. Kebetulan pula kan suami ada pakcik yang duduk sekampong dengan mak MaDiHaA.. so orang kata adalah sedara.. Masa kami kahwin dulu.. keluarga belah suami semua tidor rumah pakcik ni lah.. Takde nak kena sewa homestay ke apa.. banyak jasanya pada kami kan.. 

Oklah.. setakat ni saja kisah untuk kali ni..

1 comment:

  1. ramainya rombongan..seronok pulak rasanya..

    tahniah dan selamat pengantin baru, both pengantin...

    ReplyDelete