Assalamualaikum & bersua lagi..
Update jugalah kenangan warded
pada hujung tahun 2014. Dah puas ke sana sini & sibuk dengan aktiviti
seharian akhirnya hujung tahun tersebut MaDiHaA diberi cuti rehat yang panjang. Pada 29hb Disember 2014 MaDiHaA warded di Pusat Perubatan Universiti Malaya
kerana dah tak tertahan dengan kesakitan yang sudah 3, 4 hari menyerang.
Terpaksa bertahan beberapa hari kerana masih ada tugasan yang perlu
diselesaikan. 24hb Disember suami perlu ke sekolah anakanda sulung di
Raub untuk urusan pembayaran yuran dan sebagainya. 28hb Disember pula
MaDiHaA perlu hadir taklimat tadika anakanda yang bongsu. Bila segalanya
selesai.. tanpa berlengah lagi hari Isnin 29hb Disember terus pergi ke klinik
panel bersama2 suami untuk dapatkan pengesahan dari klinik panel syarikat yang
MaDiHaA perlukan rawatan lanjut di hospital. Balik dari klinik terus
ambil lunch kemudian suami hantar ke hospital & hari tu juga dimasukkan
ke wad gynea di PPUM.
Makcik & sepupu2 datang melawat
Oleh kerana kes MaDiHaA diklasifikasikan sebagai
kecemasan, doktor terus arahkan MaDiHaA berpuasa bermula dari masuk wad
hinggalah ke malamnya. Menurut doktor jika dewan bedah ada kekosongan
malam itu juga MaDiHaA akan dibawa ke bilik bedah, tapi nampaknya belum rezeki
sebab ada kes kecemasan yang lebih kronik yang perlu didahulukan. Maka
berpuasalah MaDiHaA sehingga esoknya.
Tepat jam 1 tengahari 30hb Disember
2014 MaDiHaA ditolak ke dewan bedah untuk menjalani pembedahan membuang
ketumbuhan di rahim. Selesai segalanya & MaDiHaA ditolak semula
ke wad pada pukul 5 petang. 4 jam juga dalam dewan bedah tu. Ini
merupakan kali ke 4 MaDiHaA jalani pembedahan termasuk yang terakhir iaitu
pembedahan bersalin anak yang bongsu pada tahun 2009 (dua anak yang lain semua
bersalin normal). Sangkaan MaDiHaA masa bersalin itulah kali terakhir MaDiHaA masuk
dewan bedah... rupa2nya merasa lagi masuk bilik OT di saat2 umur dah meningkat
ni... hai macam2 penyakit yang datang tanpa diduga... Orang kata sakit itu
penghapus dosa-dosa kecil... kalau benarlah begitu... MaDiHaA bersyukur kerana
diberi sedikit kesakitan tersebut. Maka bermulalah menjamu selera masakan hospital pula.. hihi.. Tangan ni pulak, dah 3 kali kena tukar jarum untuk masuk ubat & air disebabkan ada darah tersumbat. kejap cucuk tang tu, esok lusa cucuk tang ni.. aduiii sabor ajelah...
Bila ibu dikampung dapat tau
anaknya ini menjalani pembedahan.. bersusah payah ibu datang ke PJ untuk
menjenguk anaknya ni walaupun dah cakap tak payah susah2, bukan operate besar pun. Beberapa hari
juga ma datang rumah kami jadi tukang masak untuk anak2 MaDiHaA semasa ketiadaan MaDiHaA di rumah. Tiap2 petang husband bawak ma & anak2 ke hospital. Terima
kasih ma. Terima kasih en. suami. Terima kasih juga pada semua yang datang melawat MaDiHaA masa tu..
Beberapa hari juga MaDiHaA kena warded & alhamdulillah bila doktor berpuas hati dengan kesan pembedahan tu, MaDiHaA pun dibenarkan pulang ke rumah. Dapatlah MC & berehat panjang... hihi...
Jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment