Assalamualaikum alls......
Hihi.... jangan marahhh yer.....entah macamana gambar raja haji 2014 boleh tertinggal ni. Tak kira nak masukkan juga sebagai kenangan. Semua kenangan kena masukkan satu demi satu ok... tak boleh tinggal. Tengah rajin nak update ni.... layan jelah... hihi...
Raya Haji kali ni giliran beraya
di kampung mertua di Raub, Pahang. Seawal 5 pagi hari Sabtu kami dah
bertolak dari PJ. Sampai Petronas Gombak ngam2 dengar azan Subuh.. jadi
sedang elokla isi petrol & solat dulu kat situ. Sambung perjalanan
& melepasi tol Gombak tak sampai pun 10 minit.. jalan dah mula sesak.
Wah! ada pesta lampu brek! hahaha... Masa tu baru pukul 6.30 am. Wahhh..
rupanya ramai yang bertolak awal pagi. Okay.. mengadap ajelah jem tak
usah banyak komplen. hehehe... Tak kisah sangat sebab cuaca pagi
kan nyaman. 5 jam lebih juga sampai bandar Raub, perjalanan biasa..
selalunya hanya 2 jam lebih je... Redha jelah... hehe... Sempat singgah
pasaraya TF beli barang2 dapur tambahan yang lain. Daging, ayam &
ikan dah beli siap2 kat PJ.. dah siap frozen. Sampai Raub masih sejuk
cuma dah ilang frozennya... mujur tak busuk.. hehe... Kat TF hanya beli barang2
kering je. Anak dara MaDiHaA yang kat asrama tu petang Jumaat dia dah
balik ke rumah opahnya. Beli jugalah sekali barang2 kiriman si anak dara
untuk bawak ke asrama.
copy gambar dari blog Dapur MaDiHaA
Menu raya kami kali ni.. pandai2
MaDiHaA & suami je berbincang nak masak apa. Tak tanya pun mak
mertua.. hehe.. memang biasa mak serahkan pada kami je nak masak apa kalau
giliran kami beraya kat sana. Tapi kalau raya puasa.. biasanya menu wajib
mesti mak mertua buat lemang. MaDiHaA hanya masak menu tambahan lain je
macam rendang, ketupat nasi atau nasi impit dengan kuah kacang. Bila raya
haji ni.. biasanya menu ikut dan & ikut suka anak menantu dia
je. MaDiHaA dok berangan2 hari tu memang nak masak menu gulai kawah.
Jadinya.. masaklah kami nasi hujan panas, 3 kg gulai kawah daging, 1 1/2 ekor
ayam masak merah, 1 1/2 ekor gulai aserong ayam & acar timun.
Alhamdulillah.. laku... nasi sampai kena masak 2 kali... hehe... MaDiHaA hanya
masak nasi & gulai kawah je. Ayam masak merah tu adik ipar masak, gulai
aserong ayam mertua masak.. acar timun pun mertua yang buat. Raya haji
satu kuih pun takde.. hehehe...
ini pun gambar copy dari blog masak2 ku.. hihi..
Ini gambar kami sebelum keluar beraya. Hanya 4 beradik yang balik beraya kali ni. Adik yang dok dengan mak mertua pulak giliran raya rumah mertua dia kat Kuantan. Kakak & adik ipar masing2 pun tak balik sebab beraya dirumah sendiri. Sorang lagi adik bujang suami pula tak dapat cuti katanya. Jadi hanya kami jelah yang meriahkan rumah opah kat kampung kali ni..
Ok itu saja kisah raya haji kami. Nanti update kisah lain pulok..
Ok itu saja kisah raya haji kami. Nanti update kisah lain pulok..
No comments:
Post a Comment