Followers

Friday, October 21, 2016

Hantar Pengantin Ke Felda Padang Piol, Jerantut

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Pertama kali rasanya jejakkan kaki ke Felda Padang Piol, Jerantut ni.  Kami ikut rombongan hantar pengantin sepupu en. suami yang dapat orang Jerantut ni. Sepupu suami pun orang felda juga, Felda Keratong.. samalah dengan kampong MaDiHaA kat Keratong juga.. hihi.. 

Kami dari PJ bertolak 1 kereta sendiri2 je. Mak mertua MaDiHaA pula satu kereta dengan adik suami dari Raub. Anak sulung MaDiHaA yang sekolah kat Raub pun dapat ikut sekali naik satu kereta dengan opahnya sebab kebetulan minggu tu memang minggu dorang dapat balik rumah dari asramanya. Keluarga pakcik en. suami pula dari Keratong datang dengan 1 mpv & sebiji bas (siap sewa bas Mara Liner lagi..). Wah.. satu kampong dibawaknya.. hihi... Masing2 jalan asing2 & kami semua berjumpa kat Jerantut. Zaman teknologi ni apa yang nak dirisaukan. Telefon bimbit ada.. boleh calling2.. 



Seronok adik Alin dapat jumpa dengan mak sepupunya. Alin memang manja dengan anak2 pakcik suami ni. Sebab selalu jumpa tiap kali kami balik Keratong. Sepupu suami ni masa kami baru kawin dulu masing2 masih kecil & masih sekolah lagi. Sekarang semua dah besar2 dah bekerja & yang sulung pun dah kawin. Sekejap je masa berjalan kan...



Istimewanya kenduri kat Jerantut ni.. kami disajikan dengan gulai ikan patin tempoyak selain lauk pauk yang lain. Ikan patin ditempah khas dari Temerloh & dimasak dengan penuh kasih sayang khas untuk keluarga pengantin perempuan. Eh.. bukan untuk keluarga perempuan je tau.. sebab kat meja buffet untuk orang ramai pun ada tau ikan patin. Ingat senang ke nak jumpa kenduri kawin dihidang dengan ikan patin tempoyak ni? Susah nak jumpa kan? Memang special sangat ni.. Ikan patin pulak bukan patin yang murah & yang tak sedap tu.. tapi ni patin sangkar tau. Isi ikannya manis & sedap. MaDiHaA yang dulunya tak suka ikan patin dah jadi tersuka pulak. Barulah tau rupanya ikan patin memang sedap. Selama ni dok hairan kenapalah orang dok suka sangat makan ikan patin. Mahal pulak tu... rupanya selama ni yg MadiHa dok makan tu patin kolam... dibela dalam air tak mengalir.. patutlah ada rasa lumpur... Sekarang dah rasa ikan patin bela dalam sangkar/sungai barulah tau betapa sedapnya isi patin ni. Persepsi MaDiHaA terhadap ikan patin dah berubah 100%... hehe.. now ikan patin dah jadi feberat MaDiHaA... tapi dengan syarat mestilah patin sangkar ye.. bukan patin kolam. Kalau dapat patin buah lagilah sedap kan... patutla kat restoren kat Temerloh tu depa dok charge mahal...mmm... puas hati kami makan kenduri kat sini.. Siap dapat meratah lagi ikan patinnya... hehe... jangan marah ye tuan rumah...



Dah kenyang perut so apa lagi.... snap2lah gambar sikit untuk kenangan sebelum kami pulang meninggalkan pengantin perempuan bersama keluarga pengantin lelaki pula. Dok rumah mertua elok2 ye Wani... jangan nangis tau... hehehe...

Ayah & ibu pengantin perempuan yg baju kotak2 & baju warna pink belacan tu.... Mertua MaDiHaA ni kakak sulung pada pakcik suami ni. Kebetulan pula kan suami ada pakcik yang duduk sekampong dengan mak MaDiHaA.. so orang kata adalah sedara.. Masa kami kahwin dulu.. keluarga belah suami semua tidor rumah pakcik ni lah.. Takde nak kena sewa homestay ke apa.. banyak jasanya pada kami kan.. 

Oklah.. setakat ni saja kisah untuk kali ni..

Wednesday, October 19, 2016

Pantai Penyabong, Endau

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Sementara ada mood nak update & ada masa terluang.. layan lanjutan kisah post semalam tu ye. Ehh! nak kata sambungan macam bukan sambungan sebab ni kisah sebelum & selepasnya. Kira ni episod lainla ye sebab cerita lain2.. hihi...

Sebenarnya kami sampai di Endau Beach Resort ni awal dalam sejam, jadi tak dapatlah nak check in terus memandangkan waktu check in pukul 2 petang. Jadi kami lepakla dulu di kedai makan hadapan resort ni tumpang duduk2 di kerusi sebab kedainya belum dibuka lagi waktu tu. Tumpang minum2 air bekalan kami kat situ sambil2 ambil angin laut. Kedai tu tak taulah nama apa.. tapi ada tertulis kat depan tu trademark dia "Mok Maroh Jual Mahal". Ye ke tu..... kalau ye, baguslah kan, nanti malam kita test tengok mahal ke murah ye.... hihii....

Tepat jam 2 petang kami pun terus ke kaunter untuk check in. Angkat beg semua & masing2 check in di bilik masing2. Ma, Abby (adik) & anaknya di bilik lain kena naik tangga simen sebelum ke depan pintu biliknya. Mujur naik tangga setingkat je. Kami pula satu family ke bilik depan kolam renang. Pun kena naik tangga juga, tapi hanya tangga kayu bentuknya seakan2 spiral untuk naik ke tingkat satu bilik kami. Bilik kami berada ditengah2. Kanan bilik kami ada family orang putih sebab pernah terserempak mereka 3 beranak kat depan pintu. Sebelah kiri bilik kami pula family orang Melayu. Dapatlah rehat2 sejukkan badan sekejap. Mandi & solat zuhur sebelum kami semua turun semula untuk berkelah kat Pantai Penyabong.



Semua dah tukar baju untuk bersantai2 tepi pantai. Tunggu cuaca redup sikit barulah kami gerak ke tepi pantai. Pantai ni nak pegi kena naik kereta sebab letaknya agak jauh juga. Kalau nak jalan kaki tu memang berpeluh jugala kot. Tapi agak seram jugak nak berjalan kaki sebab jalannya kena lalu ikut jalan denai dalam hutan. Walaupun jalannya elok untuk kereta lalu, tapi keadaan kiri kanannya yang berhutan tu rasa mcm seram jugak kalau nak jalan kaki.. haha Tak sampai pun 5 minit naik kereta dah sampai pantai yang dimaksudkan. Kat situ ramai sangat orang yang bersantai, berkelah & mandi manda. Kat situ juga terdapat banyak chalet yang disewakan pada pengunjung. Pilih saja nak yang macamana. Betul2 terletak depan pantai. Nak bilas badan lepas mandi pun ada bilik air disediakan, tapi kena bayarlah ye. Jadi kat sinilah kami bentang tikar & picnic bekalan kami dari rumah sambil layan anak2 mandi laut. Orang dewasa tak mandi pun sebab malas nak bilas badan. 


Sebelah malamnya, malas dah nak keluar dari resort ni naik kereta, jadi kami makan malam kat kedai makan 'Mok Maroh Jual Mahal' tu je. Jalan kaki je keluar pagar resort ni dah boleh makan. Ramai jugak pengunjung kedai ni yang rasanya rata2 terdiri dari pengunjung yang menyewa di resort ni juga. Ada juga nampak family mat saleh jiran bilik kami yang juga makan kat situ. Kami decide makan nasi & masakan panas so orderlah siakap sweet sour, ikan pari bakar, tomyam campur, sup ayam & kailan ikan masin. Budak2 pula takmau makan nasi, dorang awal2 order satay kemudian order burger pulak yang juga ada jual kat kedai ni. Masa kami makan nasi, budak2 pegi makan burger kat meja lain betul2 mengadap pantai... amboi2 korang... santai betul yek! Waktu membayar.. didapati... tidaklah begitu murah harganya... kira biasa2 je... hehe...


Esoknya lepas bersarapan & lepas budak2 ni dah puas mandi kolam, kami pun bersiap2 untuk check out. Sempatla MaDiHaA ajak dorang singgah bergambar kat jeti tepi pantai Penyabong ni waktu dah keluar resort. Dah lama berhasrat nak bergambar kat sini. MaDiHaA memang dah selalu datang ke sini, cuma belum berkesempatan untuk bergambar kat jeti tu. Kali ni baru berpeluang. Memang cantik pemandangan kat sini. Kalau ada kamera dslr memang puas hati bergambar. 



Semua tak lepaskan peluang berposing... 


Subhanallah... cantik sangat pemandangannya... insyaAllah ada rezeki nanti kami datang lagi...


Dalam perjalanan nak balik, sempat kami singgah kat kedai tepi jalan Rompin untuk membeli jagung, telur masin, keledek, pisang lemak manis dan mcm2 lagi.. 

Sekian cerita di Endau...

Tuesday, October 18, 2016

Endau Beach Resort

Assalamuaalaikum...



Cuti Deepavali 2014 kebetulan jatuh hari Khamis, jadi kami semua ambik cuti sampai ke Ahad tu. Sekolah kakak pun cuti jadi dapatlah kami spend cuti bersama2. Dapat balik kampung jenguk tokma & kami memang dah plan nak berehat di Penyabong, Endau, Mersing. Siap dah MaDiHaA booking kat Endau Beach Resort untuk kami sekeluarga satu bilik & untuk ma satu bilik share dengan Abby.  Sesiapa yang nak bercuti ke Endau, Mersing ni MaDiHaA sertakan alamat & no contactnya.


Endau Beach Resort
Lot 321 Pantai Pasir Lanun, 
Kampung Penyabong, Endau, 
86900 Mersing, Johor
Tel : 607-7942611

Resort ni bagi kami ok je. Selesala jugak. Cuma untuk orang tua2 macam kurang friendly sebab kat sini banyak sangat tangga. Nak pulak bagi orang tua yang sakit lutut.. memang kesianlah. Yelah kan lokasi resort ni memang dibuat dikaki bukit jadi memang ada banyak tanggalah.  Kat sini korang jangan terkejut ye sebab agak banyak monyet yang akan keluar di waktu pagi untuk mencari makanan. Sempat gak MaDiHaA perhatikan telatah monyet2 ni dok selongkar tong sampah untuk cari sisa2 makanan. Tapi takdela pulak dengar monyet2 ni mencederakan pengunjung kat situ. Tapi walaupun begitu, kita kena hati2 jelah kan. Kalau boleh pagi2 tu jangan biarkan anak2 main2 kat luar bilik sorang2 bagi bilik2 yang ada tangga menuju ke atas bukit tu. Bagi bilik kami kat depan kolam renang tu, monyet takde pegi sampai ke situ.  Landskap kat sini memang terjaga rapi. Pagi2 lagi dah nampak pekerjanya menyiram pokok2 yang ada dalam kawasan resort ni. Memang cantik sangat lanskap kat sini. Tapi MaDiHaA tak sempat nak capture gambar cantik2 lagipun takde kamera canggih. Yang ada hanya handphone cap ayam yang dah hampir2 nak tamat tempoh ni.. haha...

Bilik yang kami ambik ni dapat bilik tingkat atas yang letaknya betul2 dihadapan kolam renang. Memang syokla tengok orang mandi manda dari tingkat atas sambil2 bersantai di bangku sambil2 hirup kopi panas.. hihi..  Bilik kami ada 1 katil queen & 1 katil single yang boleh tarik tilam bawahnya. So bolehlah tidor untuk 2 orang. Sorang lagi kenala bentang toto kat lantai. Memang muat sangat untuk kami 5 beranak. Bilik ma pulak ada 1 katil queen & 1 katil bujang. Bilik pun besar & selesa. 




MaDiHaA memang suka bercuti kat belah2 Rompin/Endau ni sebab ia umpama bercuti disebelah Pantai Timur. Nak tau sebab apa? Sebab makanan yang terdapat di sini rata2 macam kita berada di sebelah Terengganu. Pagi2 lagi lepas solat subuh MaDiHaA, suami & Alin dah bersiap2 nak beli sarapan. Orang lain sambung tidor lagi dalam selimut.. kan syok je tidor dalam bilik ada aircond ni.. hihi... Seronok memilih sarapan kat sini banyak kedai makan berhampiran, tapi kena keluar sikit dari resort ni. Antara sarapan yang kami beli ialah nasi dagang, nasi lemak, pulut lepa (pulut panggang style Terengganu ada inti ikan), paung goreng, kuih tepong kapur dan nasi kapit sambal ikan. Haa... semua menu tu (kecuali nasi lemak) memang menu Pantai Timur. Pelik tak? Berada di Johor/sempadan Pahang tapi jumpa menu2 Terengganu... hihi... Sebenarnya kebanyakan penduduk kat sini memang asalnya dari Pantai Timur sejak beberapa generasi. Jadi tak hairanlah jika peniaga2 kat sini menjual juadah Pantai Timur semetelah kat sini memang letaknya di tepi pantai... jadi memang sesuailah sangat jual menu2 ni... Umpamanya dibelah petang pula ada orang jual satar, keropok leko, kuih akok, kuih bakar & macam2 lagi yang ada... Happy sangat. Hilang rindu makanan Terengganu... hihi...




Bilik kami letaknya kat tengah kat tingkat atas tempat en. suami landing atas kerusi tu.  Anak2 ni dah 2 round mandi. Sebelah petang lepas kami check in dah mandi sekali. Esoknya pagi2 lepas sarapan mandi lagi satu round. Lantak koranglah nak.. mandilah puas2. Ayah je yang join anak2 mandi. Ibu jadi tukang pantau dengan tukang ambik gambar je sambil hirup abc yang kakak Dini beli kat kedai depan resort ni.  


Sebenarnya petang selepas kami check in kat sini, kami sempat picnic kejap kat pantai Penyabong siap bawak bekal lagi. Pastu sebelah malamnya pulak kami makan kat gerai di hadapan resort ni. Tapi yang tu nanti MaDiHaA buat entry yang lain pulak ye. Dah banyak sangat dah gambar ni. Gambar yang ada ni pun dah memang campur2 je ada yang awal, ada yang akhir.. hihi... jangan pening2 ye, layan kan jelahh...

Thursday, October 13, 2016

Deerland Park, Lancang, Pahang

Assalamualaikum...


Tak lengkap rasanya sesiapa yang melawat ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah jika tidak terus singgah ke Deerland Park yang jaraknya hanya kira-kira 3km sahaja antara keduanya.  Jadi kami pun tidak akan lepaskan peluang untuk ke situ.  Seronok dapat melihat rusa dari jarak dekat. Selain rusa terdapat juga pelbagai haiwan lain yang diletakkan di sini. Ada yang boleh dipegang dan disentuh sekiranya anda ingin membelai haiwan2 tersebut. Ada yang hanya boleh dilihat dari luar sangkarnya.  Antara haiwan yang sempat kami lihat seperti rusa, burung unta, ular albino, ular sawa, ular ball phyton, hedgehog, kucing hutan, pelbagai jenis burung & lain-lain lagi yang MaDiHaA dah lupa haiwan apa lagi yang ada sebab kebanyakkannya tengok sekali lalu macam tu je.  Jom tengok gambar yang sempat MaDiHaA snap ni. Ada beberapa jenis haiwan yang tak sempat ambil gambar pun sebab dah kepenatan & lagipun kami hanya lalu macam tu je, jadi memang tak sempat ambil gambar. Hanya di port2 tertentu je kami lepak lama siap duduk2, jadi kat situ je lah yg ada banyak gambar.. hihi..  Jom layan...






Sesampai saja di situ, cepat2 beratur beli tiket. Tiket dewasa RM5 & kanak2 RM3 (tahun 2014). Kita akan melalui lorong yang disediakan dengan suasana yang amat redup & nyaman dikelilingi hutan & pepohon. Tak lama lepas tu nanti kita akan jumpa pondok pemeriksaan tiket & kita akan diberikan bakul berisi ubi keledek yang siap dipotong-potong. Ubi keledek tu nanti adalah untuk diberikan kepada rusa2 yang berada di dalam kandang. Semua rusa jinak-jinak belaka. Semua rusa datang kerumun berhampiran kita di tepi pagar untuk berebut mendapatkan keledek yang kita suakan. Ada yang sampai berdiri 2 kaki! Amboii... lapar sangat gamaknya.. hihi... Seronok tengok telatah rusa2 tu. Anak2 pun happy tapi ada yang takut2 nak bagi rusa makan. hihi.. Dapat bagi makan rusa2 tu dan dapat pula menyentuhnya, itu satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. 



Tak jauh dari kandang rusa ni ada juga kandang burung unta. Tapi burung unta ni tak friendly macam rusa. Jadi tak banyaklah gambarnya.. hihi... maklumla jurufoto pun ambil gambar dari kamera handphone yang tak berapa canggih je.



Gerak ke depan sikit ada macam2 lagi haiwan yang kami jumpa. Tapi yang menarik perhatian kami bila ada ular jinak yang boleh disentuh & dipegang ni. Selain tu, ada juga beberapa ekor hedgehog yang comel. Eiii... geram je tengok dia sebab comel sangat. Mula tu takut-takut juga nak pegang sebab berduri. Rupanya duri hedgehog ni lembut je, tak macam duri landak tu.  Ada juga ular sawa & ular ball phyton yang jinak. Boleh angkat & pegang untuk ambil gambar.. so memang tak lepaskan peluanglah untuk pegang.  Dah tak rasa geli sebab dah pernah pegang ball phyton kepunyaan kawan dulu tu kan. Cuma, ular sawa tu malas nak angkat sebab besar sangat.  Beratnya pun mau berpuluh kilo! Yang menarik perhatian kami waktu tu, ada sepasang pengantin baru yang sedang buat outdoor shoot. Mereka disuruh letak ular2 di bahu untuk ambil gambar. Lucu tengok gelagat si suami (pengantin lelaki) yang nampak geli geleman dengan ular2 tu asyik nak lari-lari je.. haha.. Si isteri nampak rileks je. Yang paling lucu, ada ke patut lepas siap je snap gambar, si suami cepat-cepat cabut lari tinggalkan si isteri keseorangan dengan ular yang berat gila tu masih di bahu. Dah sampai senget bahu si isteri menahan berat ular sawa tu sambil menjerit2 menahan berat ular tu keseorangan... hahaha... adoii.... bertuah punya suami.. hihihi....


Oklah... itu saja kenangan kami kat sana.  Anak2 semua seronok dapat bermesra dengan haiwan2 di sini. Cuma adik Alin je penggeli tegar. Semua haiwan pun dia geli, tak berani nak dekat. Selesai bermain dengan haiwan semua ke sinki yang disediakan untuk mencuci tangan. Kemudian sempat juga kami masuk kedai cenderahati & belikan anak2 cenderahati keychain & t-shirt sebagai kenang-kenangan. Keluar je dari Deerland ni kami terus bergegas mencari surau dikampong berdekatan untuk solat jamak. InsyaAllah ada kelapangan nanti boleh singgah lagi.

Jumpa lagi...