Followers

Showing posts with label Raikan Ulang Tahun Hari Lahir. Show all posts
Showing posts with label Raikan Ulang Tahun Hari Lahir. Show all posts

Friday, December 7, 2018

Kenangan 2 Tahun Lalu... Birthday Ibu...

Assalamualaikum...


Bismillahirrohmanirrohim...
Lemau sungguh rasanya nak update blog sekarang ni. Gambar berderet2 dalam simpanan. Nak edit gambar sikit punya malas.  Yang pelik ambik gambar rajin bebenor, nak update blog yang lemau... sejenis penyakit barangkali.... hehe...
Sebenarnya disamping kemalasan tu, hakikatnya... masa pun kurang mengizinkan juga sebenarnya. Banyak sangat komitmen lain yang perlu diutamakan. Jadi yang wajib kita dahulukan, yang update2 blog ni... bila berkesempatan dan free baru boleh layan. Macam hari ni, rasa macam free pulak, so layan sementara ada mood nak update.

Sajalah nak cerita yang 2 tahun lepas adik no.3 Cikbi buat surprise sambut besday kakaknya bila kami balik kampung. Terima kasih Cikbi. Susah2 je siap tempah2 kek bagai. Sebenarnya jarang pun nak sambut2 birthday untuk diri sendiri ni. Dapat suami pula bukanla sejenis yang pandai nak surprise2. Sekadar makan2 kat luar gitu2 jelah. Kalau ada pun sesekali adalah dia belikan kek. Itupun bukan setiap tahun.. hehe.. Memang tak dibiasakan sejak dari budak2 lagi memang takde nak sambut2 sangat birthday ni. Malah untuk anak2 pun sama... simple celebration memadai. Kita bukan orang ada-ada pun.


Buat en. suami terima kasih sudi menjadi suami & teman yang baik untuk saya. Terima saya seadanya walaupun banyak sangat kekurangan dalam diri saya. Terima kasih sudi membimbing saya. Banyak yang dikongsi susah & senang bersama-sama. 


 Kepada ma tersayang, terima kasih melahirkan saya ke dunia ini. Membesarkan saya dengan penuh kasih dan sayang. Mendidik & menjaga saya hingga saya menjadi dewasa. Ilmu kehidupan dikongsi dan memberi peluang melalui pengalaman susah & senang menjalani kehidupan. Ia menjadi bekalan untuk melalui kehidupan apabila sudah menjadi isteri orang. Hidup ini bukan semua yang indah2 belaka. Kadang kala kita diuji dengan pelbagai ujian. Syukur segalanya mampu dilalui dan dihadapi dengan sabar dan redho.


 Inilah keluarga kecil kami. Adik no. 2 je takde masa ni sebab tak balik kampung. Kakak Dini pun takde sebab duduk di asrama.


Inilah dia Cikbi yang susah2 buat surprise untuk kaklongnya. Terima kasih Cikbi...


Dah 45 masa ni.... umur sekarang tambah lagi 2 tahun.... dah masuk veteren dah ni.. hehehe...


 Ini pula gambar masa kakak Dini balik cuti. Kakak & ayah share belanja makan sempena birthday ibu. Makan kat restoren kegemaran ibu. Terima kasih kakak & en. suami...


Add caption
 Yang depan tu sipi2 je gambarnya. Budak paling happy dapat makan kat luar. Biasalah dia.... hehehe..... So setakat ni je dulu update hari ni. Kot ada kerajinan nanti update lagi. Bila? Jangan tanya... hehe...

Friday, April 13, 2018

Hari Ulangtahun Alin 7 Tahun

Assalamualaikum dan salam sayang...



5hb Mac 2016 genap usia anak bongsu ibu 7 tahun. Cepat betul masa berlalu. Sekejap je dah masuk tahun 1 anak dara bongsu ibu ni. Macam biasa birthday anak2 takde buat sambutan luar biasa pun. Hanya biasa2 saja dengan hanya membeli kek & ajak kawan2 sepermainan datang makan kat rumah je. Kawannya pun bukan ramai. Hanya ada 3 orang kawan yang rapat. Sebabnya anak2 MaDiHaA ni bersekolah agak jauh dari rumah jadi memang tak ramai mengenali kawan2 lain selain anak2 jiran yang terdekat sahaja.


Kawan yang paling rapat, muka dorang dua beradik ni dah macam kembar. Abang muka sama, adik pun muka sama. Kalau berjalan sama2 mesti orang ingat kembar.. hehe..  Inilah kawan sepermainan anak2 MaDiHaA bila hujung minggu. Ada sorang lagi anak jiran depan rumah tapi waktu ni dia takde kat rumah, balik rumah opahnya.


Ibu tak berapa rajin nak memasak kali ni. Hanya goreng mee & sosej je. Lepas tu potong buah tembikai. Itu je rezeki untuk anak2.




Bergambar kenangan, nanti bila dah besar mesti gambar ni sangat bermakna.




Masa untuk potong kek & lepas tu bolehlah kita makan.. 




Ini adik dapat advance hadiah dari ayahnya. Birthday abang bulan satu, birthday adik bulan 3 so beli sekaliarung jelah. Abang dapat hadiah lambat sikit, tapi adik dapat hadiah awal. Kita oklah tu kan... janji dua2 dapat..





Bila dah buka hadiah masing2, taraaaaa.... adik & abang dapat hadiah jam tangan & adik dapat ektra hadiah minyak wangi. Semoga anak2 ibu jadi anak yang soleh & solehah & berjaya dunia & akhirat hendaknya.

Sekian untuk kali ni.... jumpa lagi di lain waktu.

Monday, February 5, 2018

Hari Lahir Haziq 10 Tahun

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hujung Januari 2016 kebetulan kami pulang ke kampung MaDiHaA & adik2 yang lain turut sama pulang bercuti. Jadi MaDiHaA sambut sekali ulangtahun kelahiran Haziq ke 10 tahun di kampung. Bukan sambut apa sangat pun. Hanya potong kek & masak yang mudah2 saja. Meriahla sikit bila ramai2 ada kat kampung. Sambil makan2 sambil sembang2. Ikutkan hari lahir Haziq pada 29hb Januari. Tapi kita anjak sehari buat pada 30hb sebab 29hb tu masih di PJ lagi.. balik malam tu... esok malamnya baru kita buat makan2. 



Nyanyi la sikit lagu "Allah selamatkan kamuuuuu" barulah boleh potong kek... hehe...



Muka happy birthday boy. Yehhh... abang Haziq dah 10 tahun. Lepas ni tak boleh ponteng2 solat lagi dah ye...



Ramai pula yang nak temankan abang Haziq potong kek...



Tokma pun nak teman Haziq potong kek.  Adik2 dah bising... Bila boleh makan kek niiii..... sessi bergambar tak habis2... hehehe..



Inilah kek birthday abang Haziq. Ibu tempah je dengan kawan Cikbi kat kampung. 
Sedap juga kek dia... Kek span coklat. 



Ibu dengan tokma buat mee calong je. Tapi mengelat sebab guna bebola ayam readymade aje. hehehe...  Mee pula guna mee lidi sebab tu boleh masuk sekali dalam kuah sebab mee lidi tak mengembang macam mee kuning tu. Sedap. Ibu memang suka mee lidi.



Selain tu, kami buat sandwich telur, goreng nugget, sosej & french fries. Cukuplah tu.. simple2 aje.. janji kenyang perut..



Anak dara bertiga sedang menjamu selera. Terima kasih bantu ibu/maklong kat dapur.



Mak dara pun ada ni haa.... makngah & cikbi.. selamat menjamu selera ye....



Akhir sekali gambar abang Haziq dengan ibu...  buat kenang-kenangan.



Jemput makan semua....


Sekian dulu untuk entry hari ini.. ada masa nanti update lagi.. 

Friday, December 9, 2016

Sambut Hari Lahir Alin ke 6 Tahun

Assalamaualaikum...


Sepatutnya ulangtahun kelahiran Alin pada 5hb Mac, tapi oleh kerana ayahnya masih di hospital pada tarikh tu, jadi MaDiHaA tak buat apa2 pun pada hari tu. Kat tadika pun MaDiHaA tak sempat nak beli kek. Terlalu sibuk tiap2 petang balik dari kerja singgah hospital dulu jenguk en. suami. Anak2 terpaksa tinggalkan kat rumah mak saudara sebab budak2 bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk wad. Mujurlah anak2 faham. Kakak sulungnya pula masih di asrama, jadi setiap hari MaDiHaA jenguk en. suami sorang2 je kat wad 7D (ENT) kat menara Timur PPUM. Tiap2 hari balik dari wad pukul 8 malam. Tawakkal je sorang2 dari Menara Timur nak ke Menara Utama dalam keadaan persekitaran yang sunyi sebab biasanya parking limited kat Menara Timur tu, jadi MaDiHaA lebih suka park di atas Trauma & Kecemasan tu. Hari pertama rasa lain macam, jadi hari2 sterusnya bila nak balik tu minta en. suami temankan sampai ke Menara Utama. Tapi kesian juga kat suami bila dia nak balik ke wad jalan sorang2 pulak. Tapi takpe.. orang lelaki kena berani kan? hihi...

Bila suami dah dibenarnya pulang barulah lega rasanya. Takdelah kelam kabut urusan harian.  Yelah setiap hari sampai rumah lewat, nak uruskan kerja rumah, memasak & persekolahan anak2. Letih juga dibuatnya. Hari Ahad tu barulah sempat beli kek & masak ala kadar jemput kawan2 anak iaitu anak2 jiran yang berdekatan. Kebetulan pula adik ipar & anak saudara dari Kajang pun nak datang melawat abang/pak saudaranya tu, jadi elok sangatlah sambut hari tu. Meriah sikit ramai2 walaupun masak pun seadanya saja. Tuan rumah kepenatan.. hihi...


Sambut sederhana je. Janji Alin happy dapat jemput kawan2 makan kat rumah..


En. suami tengok ajelah orang lain makan. Untuk dia hanya boleh makan bubur nasi saja.

Begitulah alkisah kami kali ni... until next entry pula ye...

Saturday, November 12, 2016

Sambut Hari Lahir Haziq 9 Tahun Ringkas2 Je...

Assalamualaikum  & jumpa lagi....


29 Januari hari lahir anak teruna MaDiHaA yang sorang tu. Tahun 2015 yang lepas genaplah umur dia 9 tahun. Sambut ala kadar je maklumlah jatuh hari bekerja. Yang penting anak2 happy.  Hanya sempat beli kek, nugget & cocktail Ayamas pastu pegi tapau KFC. Kat Ayamas kan senang kalau kita beli produck frozen dia boleh terus request dorang gorengkan terus. Mudah kerja kita. Balik rumah tambah2 goreng bihun sikit dengan potong buah. Jemput la jiran2 depan & tepi rumah ajak makan2 malam tu. Dalam gambar hanya ada gambar anak2 dengan anak2 jiran iaitu kawan sepermainan anak2 MaDiHaA. Gambar mak2nya tak snaplah.. seganlah pulok... hehe... 



Ini jelah gambar2 kenangan yang ada. Moga anak ibu jadi anak yang soleh & berjaya dunia & akhirat hendaknya..



Jumpa lagi.. Terima kasih sudi singgah..

Friday, June 10, 2016

Open Table Sempena Birthday Kakak Dini 14 Tahun kat Gerai Sri Kallang, Simpang Kallang, Raub

Assalamualaikum & salam sejahtera....


23 Ogos 2014 birthday anakanda sulung MaDiHaA yang ke 14 tahun. Kebetulan jatuh hari Sabtu tarikh tu & kebetulan juga en. suami cuti, jadi kami ambil kesempatan pulang ke kampung en. suami kat Raub. Anakanda yang dok asrama kat Raub pun terus balik rumah opah dia kat sana. Malam tu baru kami bersua muka. Dek kesibukan bekerja, MaDiHaA tak sempat nak buat kek besday pun utk dia.. tapi hanya sempat bakar cheese brownies je. Jadilah kan daripada takde. Anakanda rindu air tangan ibunya... tapi ibunya ni mood nak membaking & mendeko dah ke Laut Cina Selatan dah.. hahaha...

Malam kami sampai tu.. terus suruh kakak Dini potong brownies birthday dia. Malam esoknya ibu open table belanja makan2 family mertua. Kebetulan adik2 ipar pun ada yang balik bercuti juga.. so.. ramailah yang dapat join.  2 orang sepupu en. suami pun kebetulan ada datang ziarah mertua.. so pelawalah sekali dorang dinner malam tu.  Lokasi dinner kami kat Gerai Sri Kallang, Simpang Kallang Raub.  Masakan kat gerai ni memang sedap2 belaka. Antara kedai makan yang popular kat Raub.  Paling best, ikan bakar & kerang tu... super delicious.. eh eh ehh... lupa pulak bulan puasa dok cerita pasal makan2 best.. hehe...


Sebelum makanan sampai, possing2 dulu tapi kamera handphone cikai.. jadi gambar pun tak berkualiti la.. hihi..  Kena duduk meja panjang la nampaknya sebab ramai.... 3 buah kereta kitorang serang.. hihi.. Rezeki Allah bagi kita kongsi sama2... doakan kakak ipar ni dimurahkan rezeki selalu & bolehlah belanja korang selalu... hihi..


Antara lauk yang diorder.. ikan siakap tiga rasa, pari bakar, kerang bakar, tomyam, sup ayam, kangkung belacan & telur dadar.  Yang lain lupa dah apa benda order.. maklumla.. cerita 2 tahun lepas... hihi..


Semoga bertemu lagi di lain entry... masih dalam proses mencari2 gambar2 yang masih dapat diselamatkan yang pernah di simpan dalam facebook. Sedih lagi hati ni sebab gambar dalam tumbdrive banyak yang tak dapat diselamatkan lagi... huhu...




Wednesday, November 4, 2015

Hari Jadi Irfan...

Assalamualaikum....
 
30/5/2014
Masa tu hari Jumaat & waktu cuti sekolah, jadi anak2 MaDiHaA duduk rumah pengasuh semuanya.  Mama Irfan order kek choc moist & macam biasalah... deko bodo-bodo je yang mampu buat. kekeke... Selain tu.. MaDiHaA buatkan juga sikit apam polkadot.. sesekali sedekah.. hihi.. Alhamdulillah.. majlis berjalan lancar. Macam biasa pengasuh iaitu mak ani masak2 makanan & mama Irfan pun ada beli KFC untuk tambahan.  Meriah makan2 kat rumah mak petang tu.  Irfan ni anak campuran.. mak melayu ayah macam mamak2 sikit.  Memang hensem sangat Irfan ni.. masa tu mama Irfan sedang pregnant anak no. 2.  Sekarang ni dah bersalin dan semua pun masih duduk ngan mak ani lagi. Hanya anak2 MaDiHaA je dah tak duduk sana sejak awal tahun 2015 ni sejak MaDiHaA dah hantar Alin ke tadika yang lain yang sekali ada day care.  Tapi kami tetap berhubungan.  Mak ani memang pengasuh yang baik. Kami takkan lupakan segala jasa2 dia menjaga Haziq & Alin sejak dari umur 2 bulan lagi. Anak2 pun selalu je ajak pegi jalan umah mak aninya... Oklah.. jom layan gambar yang tak seberapa ni...

 Dah jadi kebiasaaan bila birthday anak2 asuhan mak ani... dorang akan sambut kat rumah maknya... 



Itu je kisah kali ni... moga jumpa lagi..
 

Friday, October 16, 2015

Alin dah 5 Tahun...

Assalamualaikum....

5/3/2014


Hari lahir adik Alin 5hb Mac. Kena hari kerja iaitu hari Rabu pada tahun 2014 tu... jadi hanya sempat belikan Alin kek sebiji & potong2 kat rumah malam tu tanpa jemput kawan2nya pun.  Itupun dah buat adik Alin happy sesangat.  Tambah2 bila balik dari rumah pengasuh sampai rumah nampak ayah siap2 tulis ucapan hari jadi kat whiteboard khas untuk adik Alin... senyum simpol adik dibuatnya... ehehe... Potong kek pun dengan baju tidor jer... kikiki....



Pastu... hari Jumaat 7hb Mac pulak anak asuhan cik ani yang sorang lagi pulak sambut besday hari tu.  Maknya tempah kek coklat moist dari MaDiHaA... jadi MaDiHaA pun buatlah 2 biji terus satu untuk tempahan, satu untuk adik Alin.  Deko sempoi2 je yang sempatnya sebab buat kek hari bekerja kan. Mana sempat nak siapkan cantik2... dah malam buta baru sempat nak deko lepas siap semua tugasan rumah tangga yang lain.  Dah beritahun mak Dhia ni awal2 yang tak sempat nak deko lawo2.  Dia kata bab deko takpe.. yang penting kek rasa tiptop! hihi... Dhia ni adik pada si Adam yang sama sekolah tadika dengan Alin tu....  semua adik beradik duduk dengan pengasuh yang sama je semua. Memang penuh rumah mak ani dengan anak2 asuhan.  Meriahlah petang tu sambut besday Dhia.  Alin tumpang potong kek sekakilah... kasi lagi meriah majlis.. hihi..


7/3/2014

Macam2 makanan ada hari tu. Tapi ibu tak sempat nak snap gambar.  Yang dok ingat dalam kepala... ada laksa, bihun goreng & fries yang mak ani masak, puding sagu bersantan yang mak Dhia tempah dan macam2 lagilah.  Makanan yang dok ingat tu sebab yang tu yang dok pulun.. tu yang ingat tu.  Kenyang perut malam tu.. balik dah tak payah masak sebab petang tu sempat jemput abang Haziq dulu kat skolah sebelum ke rumah mak ani.... en. suami pun ada join sekali.. so memang tak payah nak masak masing2 dah kenyang.. hihi... 



Itu saja kisah besday anak2 untuk kali ni.... lenkali sambung lagi ye...

Wednesday, September 30, 2015

Tahlil Arwah... Selit Sambut Besday Haziq 8 Tahun..

Assalamualaikum...

1 Februari 2014

Mertua suarakan hajat hatinya nak buat kenduri tahlil arwah kat en. suami. Jadi kami pun balikla merealisasikan hajat mertua. Koreklah duit sana sikit, sini sikit.. almaklumla anak2 baru masuk sekolah banyak betul guna duit untuk bayar yuran sekolah.  Pheww... semput dibuatnya.  Anak 3 orang je pun. Abis beribu2 juga nak sekolahkan dorang.  Tapi alhamdulillah... adalah juga rezeki sikit utk buat kenduri.  Tak jemput orang luar pun.. hanya anak beranak. Mertua ramai adik beradik yang duduk sekampong, jadi sepupu2 suami pun tentulah ramai.  Padan sedara mara je pun dah penuh rumah mertua.  Tahlil diketuai sepupu suami yang keje kat lembaga zakat Pahang.  Alhamdulillah majlis berjalan lancar.



Hajat mertua nak buat mee kari... jadi mee kari lah jadi menu utama.  MaDiHaA sediakan pencuci mulutnya kuih serimuka & puding pelangi.  Sempat juga buat 2 biji kek coklat untuk besday abang Haziq.  Besday Haziq 29hb Januari.... kira lewat 2 hari sambutnya.... ala bukan sambut apa pun... sekadar potong kek aje... kek tu tuan punya besday tak makan pun... dia bukan jenis suka makan sgt benda manis2... Kek tu jamu kat tetamu je... sebab tu buat 2 biji ... kalau sebiji nanti tak cukup pulak.. hihi...



Oklah itu jelah untuk entry kali ni... banyak cerita dah lupa.. hihi..

Wednesday, July 15, 2015

Anakanda Sulung 13 Tahun...

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Tarikh hari lahir anakanda sulung Wan Amalia Nur Dini ialah pada 23hb Ogos 2000. Jadi tahun 2013 tu anakanda sulung MaDiHaA dah masuk 13 tahunlah.  Oleh kerana pada tarikh tersebut jatuh pada hari sekolah (Jumaat) iaitu kira2 2 minggu selepas cuti raya Aidilfitri 1434 Hijrah & seminggu selepas cuti sekolah.. jadi kami sambut besday dia awal seminggu sebelum cuti sekolah berakhir. Sebenarnya bukanlah sambut apa pun.. cuma belanja dia makan pizza je ikut kehendak besday girl lah... dia minta makan pizza.. kami ikut jelah.  Takde potong kek pun... tak sempat ibu nak buat aka mim alif lam sim... hihi...

Layan gambar yang tak seberapa sebab ada beberapa gambar dalam FB tak dapat dicopy & paste kerana dah rosak kot.  Ini je yang dapat diselamatkan sebagai kenangan di blog ni.  Jadi gambar ibu, abang & adik nan hado.. yang hado gambar besday girl dengan gambar ayahanda nya aje... heee....

Kejadian ini pada 17 Ogos 2013
Waktu ni kakak memang nampak benor susut... al-maklum tahun pertama duduk di asrama la katakan... belum serasi dengan makanan asrama.. belum serasi dengan jadual sekolah & aktiviti sekolah yang memenatkan barangkali.  Kalau berterusan susut camni kan ke bagus kakak oiii... sekarang ni dah masuk tahun ke 3 duduk asrama.. kakak dah menambah saiz beberapa L... hehehe...

 Ini aje yang sempat disnap2.. order yang biasa2 je pun... alhamdulillah dengan rezeki dariNYA...

Ok cukup dulu untuk kali ni.. Selamat menyambut lebaran buat semua muslimin & muslimat sekelian. Ampun maaf zahir & batin dari MaDiHaA sekeluarga. Semoga kita semua bertemu lagi selepas aidilfitri nanti...

Tuesday, June 16, 2015

Raikan Ulangtahun Kelahiran Suamiku di Keratong & Segamat...

Assalamualaikum...

7 September 2013
Kebetulan kami pulang ke kampong ku di Keratong.  Jadi ambil kesempatan yang ada untuk sambut ulang tahun kelahiran suamiku bersama2 dengan ma & adikku di sana.  Ma pula ajak ke Segamat sebab nak belanja makan2 buat kami semua sempena hari jadi suami.   Sebenarnya kalau tak hari jadi pun memang dia nak belanja makan juga sebab katanya dah lama tak belanja cucu3nya yang tiga orang ni makan2.  Maklumla sebab kami jarang2 dapat balik ke kampong.  Tapi selain kami.. cucu2 kat Keratong pun dapat belanja juga. hihi...

Masing2 buat pilihan nak makan McD.  Errkkk!! Masa ni sebenarnya kami dah mula boikot McD. Rasanya hampir setahun tak makan kat sini.  Tapi entah macamana hari tu disebabkan anak2 dok bising pilih nak ke situ.. akhirnya kami ke situ jugak. Wuhh! Ketahuilah... inilah kali terakhir kami ke sini iaitu pada 7/9/2013 dan sehingga ke hari ini 16/6/2015 kami dah tak jejakkan kaki ke situ lagi.  Maafkan kami ye.  Jangan pula kata kami tak sensitif bila tengok gambar2 ni ye...

Balik dari Segamat, sempat juga MaDiHaA bakar sebiji kek kegemaran en. suami iaitu kek oren.  Jadi dapatlah suami potong kek kat rumah.  Tapi kek togel aje takde deko2... hehe... Selain tu MaDiHaA sempat buat sup lobak merah yang dimakan dengan kayu keramat... hehehe... pelik kan? Biasanya makan dengan roti bawang putih, tapi kami makan dengan kayu keramat.  Kalau ada yang tak tau apa itu kayu keramat.. ia adalah sejenis kuih tradisi negeri Terengganu.  Femes disediakan untuk sarapan pagi. Sedap cicah dengan minuman kegemaran atau boleh juga cicah dengan sambal tumis.  Nampak macam kuih cakoi, tapi ia sedikit padat tetapi lembut.  Kalau teringin nak mencubanya.. bolehlah klik di SINI untuk resepinya ye.


Selain sup lobak merah, kami masak juga nasi dan lauk ayam masak asamrom serta ikan goreng.  Simple2 je.. janji kenyang kan. hihi..

Sekian untuk kali entry kali ini.

p/s : Pada gambar dah siap edit mamawandiha.fotopages sebab MaDiHaA dah edit lama dulu konon2 nak update kat Fotopages.. hehehe..