Followers

Showing posts with label Keratong. Show all posts
Showing posts with label Keratong. Show all posts

Monday, February 5, 2018

Hari Lahir Haziq 10 Tahun

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hujung Januari 2016 kebetulan kami pulang ke kampung MaDiHaA & adik2 yang lain turut sama pulang bercuti. Jadi MaDiHaA sambut sekali ulangtahun kelahiran Haziq ke 10 tahun di kampung. Bukan sambut apa sangat pun. Hanya potong kek & masak yang mudah2 saja. Meriahla sikit bila ramai2 ada kat kampung. Sambil makan2 sambil sembang2. Ikutkan hari lahir Haziq pada 29hb Januari. Tapi kita anjak sehari buat pada 30hb sebab 29hb tu masih di PJ lagi.. balik malam tu... esok malamnya baru kita buat makan2. 



Nyanyi la sikit lagu "Allah selamatkan kamuuuuu" barulah boleh potong kek... hehe...



Muka happy birthday boy. Yehhh... abang Haziq dah 10 tahun. Lepas ni tak boleh ponteng2 solat lagi dah ye...



Ramai pula yang nak temankan abang Haziq potong kek...



Tokma pun nak teman Haziq potong kek.  Adik2 dah bising... Bila boleh makan kek niiii..... sessi bergambar tak habis2... hehehe..



Inilah kek birthday abang Haziq. Ibu tempah je dengan kawan Cikbi kat kampung. 
Sedap juga kek dia... Kek span coklat. 



Ibu dengan tokma buat mee calong je. Tapi mengelat sebab guna bebola ayam readymade aje. hehehe...  Mee pula guna mee lidi sebab tu boleh masuk sekali dalam kuah sebab mee lidi tak mengembang macam mee kuning tu. Sedap. Ibu memang suka mee lidi.



Selain tu, kami buat sandwich telur, goreng nugget, sosej & french fries. Cukuplah tu.. simple2 aje.. janji kenyang perut..



Anak dara bertiga sedang menjamu selera. Terima kasih bantu ibu/maklong kat dapur.



Mak dara pun ada ni haa.... makngah & cikbi.. selamat menjamu selera ye....



Akhir sekali gambar abang Haziq dengan ibu...  buat kenang-kenangan.



Jemput makan semua....


Sekian dulu untuk entry hari ini.. ada masa nanti update lagi.. 

Thursday, May 18, 2017

Belanja Kawan-Kawan Makan Pulut Kuning & Rendang

Assalamualaikum & salam sejahtera..



25hb Disember 2015 cuti krismas tahun tu kami sekeluarga pulang ke kampung MaDiHaA di Keratong. Sempatlah juga tunaikan hajat nak belanja kawan2 merasa pulut kuning & rendang yang MaDiHaA masak sendiri. Semua sendiri buat tau termasuk kerisik tu pun digoreng & ditumbuk sendiri. Takde yang tolong pun. Tapi takpela... demi sehabat. Kesianlah pulak bila kawan2 dok terliur tengok MaDiHaA up gambar pulut kuning berhias tempahan customer. So cuti kali ni.. tertunailah sudah hajat yang satu. Semua kawan2 yang hadir ialah bekas kawan sekolah di SMKK satu batch dengan MaDiHaA. Sorang kawan pula iaitu en. Hashim pula supply 2kg daging rusa suruh MaDiHaA masak rendang. Oleh kerana pulut kuning yang dibuat tu sebanyak 3kg, jadi MaDiHaA tambah lagi 2 ekor ayam juga di masak rendang. Ayam masak rendang biasa, manakala daging rusa pula dimasak rendang tok. Alhamdulillah yang makan semua cakap sedap. Lepas makan adalah sikit baki & masing2 ada yang tapau bawa balik. Nak ulang makan kat rumah katanya. Syukur alhamdulillah.



Sebelum menjamu selera, Ustaz Mito (suami sahabat kami Haslina) diminta untuk membaca doa malam tu. Semoga hubungan persahabatan kami semua akan berkekalan hendaknya. Yang hadir malam itu, bukan saja kawan2 yang tinggal di Keratong, malah ada yang berhijrah di Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan sebagainya. Yelah masing2 dah berhijrah mencari rezeki di luar. Bila sesekali cuti macam tu dapatlah bersua. Itupun gara2 ditemukan dalam group whatapps sekolah. Kalau tidak ramai yang dah terputus hubungan.  En. suami pun join sekali dalam majlis tu. Tak nampak kekok pun dia walaupun kebanyakan yang hadir malam tu ramai yang baru pertama kali berjumpa. Yelah, walaupun pernah beberapa kali berjumpa dengan kawan2 sekolah MaDiHaA, tapi bukannya jumpa dengan kawan yang sama. Hanya sorang dua je yang kami dah kerap jumpa dlm pertemuan kecil2an masa ngeteh. Kira oklah sebab suami sporting layan kerenah isterinya ni yang banyak sangat acara dengan kawan2... hehe...



Pertemuan kami dibuat di kedai makan di benteng Bandar Tun Abdul Razak. Kebetulan ada sorang kawan yang bekerja di situ, jadi dia minta izin dari majikannya untuk kami booking satu meja panjang kat kedai tu. Mujur majikannya sporting sebab kami datang situ hanya order beberapa jug air aje. Tiada makanan lain yang diorder selain pulut kuning yang MaDiHaA bawa. hehe.. Tapi takpe.. kita pun pandai kenang budi. Bagi juga kat tuan kedai pulut kuning sebagai tanda terima kasih kami.



Sambil makan tak habis2 bersembang sambil2 berpossing. Lepas makan pun possing lagi. Bukan selalu dapat jumpa2an macam ni. Semoga ada rezeki kita jumpa lagi di lain waktu. Terima kasih sahabat yang sudi luangkan masa untuk gathering kita malam ni. 

Cukup dulu cerita untuk hari ini.

Monday, January 18, 2016

SMKK71 Re-Union Yang Pertama...

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Selepas bertemu rakan2 sekolah di FB.... hubungan yang terputus dengan rakan2 sekolah kini bertaut kembali.  Masing2 ada yang merantau keluar jauh dari Pahang dan ada juga yang masih berada di kampong halaman. Masing2 dengan karier yang berbeza2. Seronok melihat kejayaan kawan2. Hubungan kami bertambah akrab bila masing2 ada di group WhatsApp.  Maka pada cuti raya puasa 2014, kami mengambil kesempatan untuk sama2 berkumpul dalam re-union iaitu khasnya buat bekas pelajar SMKK yang lahir pada 1971 iaitu yang berada di tingkatan 5 pada tahun 1988 di SMKK.  Kebanyakan kami adalah anak2 peneroka Felda Keratong 1 hingga 5 yang bersekolah di situ.  Bayangkan... setelah hampir 26 tahun berpisah tak bertemu dengan kawan2 semua.  Bila dapat berjumpa pada masa tu.. seronoknya tak dapat nak diucapkan.  Macam2lah cerita yang keluar.. hehe... Masing2 ada yang tak berubah wajah, dan ada juga yang hampir2 tak kenal. Masing2 ada yang datang secara solo dan ada juga yang membawa bersama pasangan masing2 serta anak2. Riuh rendah dibuatnya...

Inilah kenangan terindah buat kami... re-union yang pertama kali dibuat & insyaAllah akan kami jadikan acara tahunan.  Setakat ni dah 2 kali re-union seumpama ini dibuat. Cuma... setiap kali pertemuan... ada yang dapat datang dan ada yang tak dapat datang. Maklumlah masing2 ada agenda keluarga masing2. Raya pun setiap tahun kena bergilir2... Jadi mana2 yang kebetulan beraya di Keratong.. bolehlah join. MaDiHaA dapat ikut serta re-union yang pertama kali diadakan ini, tetapi pada tahun 2015 yang lepas... tak dapatlah nak ikut serta sebab beraya dirumah mertua. 

Ini antara gambar2 yang sempat di snap. Ada juga dari kamera rakan2 yang lain... Terima kasih semua...

30/7/2014 bersamaan 3 Syawal1435
Re-union kali ini disponsor oleh en. Azmi Fatahulkarim. Majlis berlangsung di rumah mertuanya di Keratong 5. TQ Mie for everything... Ni kira macam open house raya jugalah ni... En. Azmi kita hidang mee bandung & mee kari pada hari kejadian.




Bergambar kenangan dengan kawan2 lama...


Inilah di antara wajah2 bekas pelajar SMKK 1984-1988.  Seronok tak terkata dapat bersua kembali dengan mereka semua.  Semoga kita semua dipanjangkan umur dan dapat berkumpul lagi di masa akan datang... InsyaAllah..

Jumpa lagi..