Followers

Showing posts with label Warded. Show all posts
Showing posts with label Warded. Show all posts

Thursday, December 8, 2016

Operation Tonsil @ Tonsillectomy

Assalamualaikum semua...


Inilah sebabnya MaDiHaA belanja makan 1 family sedap sikit dalam entry sebelum ni sebab en. suami akan menjalani pembedahan tonsil pada 4hb Mac 2015. En. suami warded pada 3hb Mac & esoknya pembedahan dijalankan setelah beberapa kali tarikh pembedahan tertunda.


Sepatutnya bulan Ogos tahun 2014 dah operate, dah siap warded dah. Tapi belum ada rezeki sebab tiba2 ada kes kecemasan & tiada kekosongan katil ICU, maka pembedahan en. suami terpaksa ditunda. En. suami ada masalah OSA (Obstructive Sleep Apnea) dengan kata mudah faham gangguan pernafasan ketika tidur, jadi bila kena buat pembedahan ada 2 syarat yang wajib dipatuhi. Pertama wajib beli mesin CPAP (Continuous Positive Airway Pressure) di mana mesin ini wajib dibawa bersama semasa pembedahan dijalankan sebagai langkah siap sedia sekiranya berlaku kecemasan pada pesakit. Alhamdulillah mesin ini berjaya dimiliki hasil bantuan dari Zakat Selangor dengan harga RM7,800 sebuah pada tahun itu. Kalau harap nak beli sendiri memang tak mampulah nak beli dalam masa hanya beberapa bulan. 


Pas pelawat perlu dibawa setiap kali nak melawat en. suami. 
Kanak2 bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk wad.

Syarat kedua pula, sebelum pembedahan dijalankan wajib ada satu katil di ICU untuk en. suami, in case kecemasan pesakit terus akan ditolak ke ICU selepas pembedahan. Itulah sebabnya jadual pembedahan asyik tertunda sebab banyak sangat halangannya. Bila mesin CPAP dah dibeli, dah warded masa bulan 8 tu, tak jadi pulak sebab katil ICU ada pesakit kecemasan lain masuk. Jadi terpaksa tunda lagi. Alhamdulillah, pada 4hb Mac warded lagi dan akhirnya pembedahan tonsil en. suami berjaya dijalankan. Dalam hati MaDiHaA ni Allah saja yang tau betapa risaunya semasa pembedahan tersebut. Menurut doktor pembedahan ni agak berisiko walaupun ia hanya pembedahan membuang tonsil kerana kes en. suami dengan kes pesakit biasa berkenaan masalah tonsil tak sama sebab en. suami ada masalah OSA tu. Pembedahan boleh dikatakan 50/50. Allahurobbi bimbang bukan kepalang. Nak setuju dengan tak setuju sama banyak, sebab kalau tak operate pun bahaya juga orang ada OSA ni pun ada kes boleh mati dalam tidor kerana tak cukup oksigen semasa tidor. Banyak sebenarnya prosidur yang perlu en. suami lalui sebelum pembedahan ni antaranya kena buat sleep study. Bila dah berakhir semua prosidur & dah tiba masa nak kena operation, dalam hati ni sentiasa berdoa moga Allah permudahkan segalanya untuk en. suami. Syukurlah segalanya selamat.


Sayu hati seorang isteri melihat suami terlantar di katil ICU sebegini. Waktu ini langsung tak boleh makan, hanya boleh minum sahaja.  Bila di wad pun doktor pesan suruh bagi makanan yang lembut2 & sejuk2 seperti jeli, aiskrim atau yogurt. Kasihan en. suami.. siksa tengok dia bila menelan. Maklumlah.. semua makanan terpaksa lalu di bahagian yang luka... tentulah sakit. Makan bubur pun sakit inikan pula nak makan makanan2 lain. Bila dah keluar wad MaDiHaA sediakan bubur yang diblender untuk suami. Memang tak boleh masuk makanan yang kasar langsung, boleh berdarah semula nanti. Pernah MaDiHaA masak bubur letak ikan bilis & dikisar bila suami makan berdarah tekak dia mungkin sebab ada ikan bilis yang tak betul2 halus masa kisar tu.  Selepas beberapa minggu barulah boleh makan bubur nasi yang kasar sikit, nestum atau oat.  Begitulah lebih kurang kisah yang masih MaDiHaA ingat. En. suami cakap jika perlu dibedah lagi.. memang dia serik dah.. hehe.. Memang takla kan sebab tonsil pun dah dibuang dua2... mana mungkin akan dibedah lagi. Begitulah nak nyatakan betapa dia serik dah nak lalui semuanya tu. Apa2pun.. syukur alhamdulillah sekarang ni kesihatan en. suami semakin baik, tidor dah tak berdengkur & dah takde gangguan pernafasan terhenti masa tidor. Syukur sangat2. 


Wednesday, November 9, 2016

Apabila Allah Bagi Cuti Rehat...

Assalamualaikum & bersua lagi..


Update jugalah kenangan warded pada hujung tahun 2014. Dah puas ke sana sini & sibuk dengan aktiviti seharian akhirnya hujung tahun tersebut MaDiHaA diberi cuti rehat yang panjang. Pada 29hb Disember 2014 MaDiHaA warded di Pusat Perubatan Universiti Malaya kerana dah tak tertahan dengan kesakitan yang sudah 3, 4 hari menyerang.  Terpaksa bertahan beberapa hari kerana masih ada tugasan yang perlu diselesaikan.  24hb Disember suami perlu ke sekolah anakanda sulung di Raub untuk urusan pembayaran yuran dan sebagainya.  28hb Disember pula MaDiHaA perlu hadir taklimat tadika anakanda yang bongsu.  Bila segalanya selesai.. tanpa berlengah lagi hari Isnin 29hb Disember terus pergi ke klinik panel bersama2 suami untuk dapatkan pengesahan dari klinik panel syarikat yang MaDiHaA perlukan rawatan lanjut di hospital.  Balik dari klinik terus ambil lunch kemudian suami hantar ke hospital & hari tu juga dimasukkan ke wad gynea di PPUM.  

Makcik & sepupu2 datang melawat

Oleh kerana kes MaDiHaA diklasifikasikan sebagai kecemasan, doktor terus arahkan MaDiHaA berpuasa bermula dari masuk wad hinggalah ke malamnya.  Menurut doktor jika dewan bedah ada kekosongan malam itu juga MaDiHaA akan dibawa ke bilik bedah, tapi nampaknya belum rezeki sebab ada kes kecemasan yang lebih kronik yang perlu didahulukan.  Maka berpuasalah MaDiHaA sehingga esoknya.  



Tepat jam 1 tengahari 30hb Disember 2014 MaDiHaA ditolak ke dewan bedah untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di rahim.  Selesai segalanya & MaDiHaA ditolak semula ke wad pada pukul 5 petang. 4 jam juga dalam dewan bedah tu.  Ini merupakan kali ke 4 MaDiHaA jalani pembedahan termasuk yang terakhir iaitu pembedahan bersalin anak yang bongsu pada tahun 2009 (dua anak yang lain semua bersalin normal).  Sangkaan MaDiHaA masa bersalin itulah kali terakhir MaDiHaA masuk dewan bedah... rupa2nya merasa lagi masuk bilik OT di saat2 umur dah meningkat ni... hai macam2 penyakit yang datang tanpa diduga... Orang kata sakit itu penghapus dosa-dosa kecil... kalau benarlah begitu... MaDiHaA bersyukur kerana diberi sedikit kesakitan tersebut.  Maka bermulalah menjamu selera masakan hospital pula.. hihi.. Tangan ni pulak, dah 3 kali kena tukar jarum untuk masuk ubat & air disebabkan ada darah tersumbat. kejap cucuk tang tu, esok lusa cucuk tang ni.. aduiii sabor ajelah...



Bila ibu dikampung dapat tau anaknya ini menjalani pembedahan.. bersusah payah ibu datang ke PJ untuk menjenguk anaknya ni walaupun dah cakap tak payah susah2, bukan operate besar pun.  Beberapa hari juga ma datang rumah kami jadi tukang masak untuk anak2 MaDiHaA semasa ketiadaan MaDiHaA di rumah. Tiap2 petang husband bawak ma & anak2 ke hospital.  Terima kasih ma. Terima kasih en. suami.  Terima kasih juga pada semua yang datang melawat MaDiHaA masa tu..


Beberapa hari juga MaDiHaA kena warded & alhamdulillah bila doktor berpuas hati dengan kesan pembedahan tu, MaDiHaA pun dibenarkan pulang ke rumah. Dapatlah MC & berehat panjang... hihi...

Jumpa lagi..