Followers

Wednesday, May 24, 2017

Company Annual Lunch @ Serai Subang Empire

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...


Adeeiiii mengah nak habiskan entry 2015. Lepas entry ni ada beberapa lagi entry terakhir 2015. Tapi kali ni MaDiHaA langkau sikit entry tak ikut turutan sebab gambar2 ni dah siap edit. Jangan mareeee... kekeke...

Macam biasa setiap hujung tahun company belanja staff lunch hujung tahun. Tahun ni ada rezeki MaDiHaA join company lunch kali ni. Tahun sebelumnya takde rezeki sebab masuk wad operation cycst. hehehe....


31/12/2015


Tak silap MaDiHaA hujung tahun 2014 yang MaDiHaA tak dapat join tu, company belanja kat restoren Jepun (Xenri) kat Jalan Klang Lama. Tahun 2013 kat Italiannes Pasta Pizza juga di Subang Empire.  Kali ni tukar menu sikit kami lunch di Serai juga di Subang Empire. Oklah juga sebab kat sini pun ada banyak menu boleh pilih. Tak semestinya menu2 melayu je. Western pun ada.  Possing dulu sebelum makanan sampai. 



Ada muka2 baru kali ni & ada juga staff yang dah berhenti. Biasalah patah tumbuh hilang berganti. Staff yang selalu bertukar2 kat ofis kami ni biasanya kat akaun department.  Memang payah staff yang dapat bertahan kat situ. Kat depatment lain masih muka2 lama... Tengok tu.... big boss kami bukan main sporting berposing bila MaDiHaA nak snap gambar. hehehe... Thank you Mr. Soo belanja kami semua... 




Ini antara menu2 yang kami order. Dapat snap menu yang dekat2 dengan MaDiHaA je. Mana2 yang dok jauh tu takdelah MaDiHaA nak mengendeng untuk snap gambar.. hehehe... Nama2 menu malas nak tulis & recall balik. Cuma nak bagitau menu yang MaDiHaA pilih ialah menu Nasi Ambeng!  Kenyang wehh satu plate tu macam2 lauk ada. Selain makan menu sendiri, boss order juga additional menu yang lain so sama2 makan juga yg tu.... mau tak sendat perut!


Dah kenyang, order pula dessert.  Oder 2 set je setiap dessert & kami share sama2. Tak boleh nak habiskan kalau order satu sorang. 





Tengok atas tu air big boss order. Cantik diaorang lukiskan?





Minta tolong staff Serai tolong snap gambar kami semua. Cuba tengok meja sebelah kami yang hujung sekali tu. Perasan tak? Lelaki tu macam buka Barrack Obama kan? hehehee....




Last sekali... pose terakhir kami depan Serai. Bergambar ramai2 kat sini. Thank you very much boss belanja kami semua. Harap2 ada rezeki lagi makan free macam ni.. hahaha...

Ok cukup dulu untuk entry hari ni... free2 nanti MaDiHaA update lagi ye....

Thursday, May 18, 2017

Belanja Kawan-Kawan Makan Pulut Kuning & Rendang

Assalamualaikum & salam sejahtera..



25hb Disember 2015 cuti krismas tahun tu kami sekeluarga pulang ke kampung MaDiHaA di Keratong. Sempatlah juga tunaikan hajat nak belanja kawan2 merasa pulut kuning & rendang yang MaDiHaA masak sendiri. Semua sendiri buat tau termasuk kerisik tu pun digoreng & ditumbuk sendiri. Takde yang tolong pun. Tapi takpela... demi sehabat. Kesianlah pulak bila kawan2 dok terliur tengok MaDiHaA up gambar pulut kuning berhias tempahan customer. So cuti kali ni.. tertunailah sudah hajat yang satu. Semua kawan2 yang hadir ialah bekas kawan sekolah di SMKK satu batch dengan MaDiHaA. Sorang kawan pula iaitu en. Hashim pula supply 2kg daging rusa suruh MaDiHaA masak rendang. Oleh kerana pulut kuning yang dibuat tu sebanyak 3kg, jadi MaDiHaA tambah lagi 2 ekor ayam juga di masak rendang. Ayam masak rendang biasa, manakala daging rusa pula dimasak rendang tok. Alhamdulillah yang makan semua cakap sedap. Lepas makan adalah sikit baki & masing2 ada yang tapau bawa balik. Nak ulang makan kat rumah katanya. Syukur alhamdulillah.



Sebelum menjamu selera, Ustaz Mito (suami sahabat kami Haslina) diminta untuk membaca doa malam tu. Semoga hubungan persahabatan kami semua akan berkekalan hendaknya. Yang hadir malam itu, bukan saja kawan2 yang tinggal di Keratong, malah ada yang berhijrah di Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan sebagainya. Yelah masing2 dah berhijrah mencari rezeki di luar. Bila sesekali cuti macam tu dapatlah bersua. Itupun gara2 ditemukan dalam group whatapps sekolah. Kalau tidak ramai yang dah terputus hubungan.  En. suami pun join sekali dalam majlis tu. Tak nampak kekok pun dia walaupun kebanyakan yang hadir malam tu ramai yang baru pertama kali berjumpa. Yelah, walaupun pernah beberapa kali berjumpa dengan kawan2 sekolah MaDiHaA, tapi bukannya jumpa dengan kawan yang sama. Hanya sorang dua je yang kami dah kerap jumpa dlm pertemuan kecil2an masa ngeteh. Kira oklah sebab suami sporting layan kerenah isterinya ni yang banyak sangat acara dengan kawan2... hehe...



Pertemuan kami dibuat di kedai makan di benteng Bandar Tun Abdul Razak. Kebetulan ada sorang kawan yang bekerja di situ, jadi dia minta izin dari majikannya untuk kami booking satu meja panjang kat kedai tu. Mujur majikannya sporting sebab kami datang situ hanya order beberapa jug air aje. Tiada makanan lain yang diorder selain pulut kuning yang MaDiHaA bawa. hehe.. Tapi takpe.. kita pun pandai kenang budi. Bagi juga kat tuan kedai pulut kuning sebagai tanda terima kasih kami.



Sambil makan tak habis2 bersembang sambil2 berpossing. Lepas makan pun possing lagi. Bukan selalu dapat jumpa2an macam ni. Semoga ada rezeki kita jumpa lagi di lain waktu. Terima kasih sahabat yang sudi luangkan masa untuk gathering kita malam ni. 

Cukup dulu cerita untuk hari ini.