Followers

Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Friday, January 26, 2018

Alin Tahun 1

Assalamualaikum & salam sejahtera..

4/1/2016
Anak ke tiga atau boleh dikatakan anak bongsu MaDiHaA telah memasuki sekolah rendah. Maka bermulalah episod baru bagi dia di tahun satu di sekolah yang sama dengan abangnya. Senang hantar sekolah setempat. Nak hantar sekolah sama dengan kakaknya dulu bimbang susah nak hantar & ambil sebab sekolah lain2 tempat. Jadi kita hantar satu sekolah jelah. Sekolah kakaknya dulu hanya ada murid perempuan saja. Cikgu pun semua perempuan. Sekolah abang Haziq & adik Alin sekarang campur murid lelaki & perempuan. Begitu juga dengan cikgu2nya. 

Kenangan adik Alin hari pertama sekolah takmau pakai tudung. Rambutnya yang asal panjang ibu dah potong pendek. Puas juga pujuk2 ayah nak potong rambut. hehehe...
Jam 5.30 pagi dah bangun untuk bersiap2 ke sekolah. Mata tu macam mengantuk je lagi.



Belum jumpa kawan lagi masa ni. Kawan satu tadika hanya ada beberapa orang je.  Tapi masa ni kelas berbeza. Masing2 ada yang memilih sekolah berlainan. Ikut pilihan ibubapa mereka lah kan. 

Ini semua murid yang ada di sekolah ni. Tak ramai sangat. Satu2 tahun hanya ada 3 kelas anggaran 40 orang murid dalam setiap kelas.

Hari ke dua sekolah nak pakai tudung pulak. Ibu ikut je... Janji nak pegi sekolah. Ibu tunggu hanya 2 hari je kat sekolah. Nak ajar adik macamana nak membeli di kantin dan nak ajar macamana nak tunggu transport lepas habis sekolah sebab abang Haziq dah masuk tahap 2 waktu habis sekolah berbeza. Kelas Alin habis dulu jadi ibu kenalah ajar adik betul2 sebab lepas ni adik dah tau kat mana nak tunggu transport & nak naik van yang mana satu untuk ke rumah transit. Hari ke 3 adik dah pandai berdikari. Alhamdulillah.


Selamat belajar adik. Belajar rajin2 semoga berjaya dunia & akhirat.


Friday, March 31, 2017

Kenangan Alin di Tadika Sri Anakanda

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Sebelum mengakhiri kisah zaman tadika Alin di tadika Sri Anakanda ni, MaDiHaA nak selitkan juga beberapa gambar yang sempat MaDiHaA ambil dari FB tadika. Ini pun antara yang sempat di ambil. Apapun terima kasih pada cikgu yang rajin update aktiviti anak2 semasa di tadika tersebut.

Ini gambar semasa anak2 tadika nak dibawa mengikuti rombongan ke muzium coklat di Damansara. Lupa dah nama muzium tu. Ada gambar semasa di muzium yang dikongsi oleh Cikgu Syikin kat whatsapp ku (my kazen yg jd cikgu tadika sementara kat situ) tapi sayangnya gambarnya dah hilang dari simpanan akibat tumbdrive rosak. Hanya gambar ni je yang ada waktu mereka di dalam bas.


Ini pula gambar kenangan semasa hari sambutan hari raya Aidilfitri yang dibuat di sekolah. Seronok anak2 tadika dibenarkan memakai baju raya. Macam2 kuih muih terhidang. Cikgu dah khaskan anak2 dari kelas masing2 membawa jenis makanan yang berlainan. Waktu ini Alin kena bawa biskut raya. Gambarnya MaDiHaA ada kongsikan dalam entry yang lepas tapi MaDiHaA kongsikan sekali lagi di bawah.. hehehe.... 

Gambar siaran ulangan... hehehe...


Setiap hari Jumaat murid wajib pakai baju sukan kerana ada aktiviti luar yang dijalankan.



Waktu ni pula, anak2 tadika berada dalam bas untuk rombongan ke Kiz Sports & Gym.


Bergambar beramai2 di hadapan Kiz Sports & Gym. Bukan main seronok lagi Alin balik bercerita dengan ibu. Berseronoklah anak. Nanti dah masuk tahun 1 dah tiada lagi pengalaman sebegini.

Hanya setakat ini dulu untuk entry hari ini. Tuan blog terlalu sibuk dengan tugasan. Nanti ada kelapangan MaDiHaA update lagi ye entry2 tertunda yang masih menunggu giliran tu.

Wednesday, March 1, 2017

Majlis Konvokesyen & Anugerah Cemerlang Tadika Sri Anakanda

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Dah lupa tarikh kejadian majlis konvokesyen ni, tapi masih ingat ianya pada bulan November 2015. Majlis diadakan di Auditorium Dato Abdul Majid, Maktab Koperasi Malaysia, Jalan Templer, Petaling Jaya.  Masa ni suami kerja, kakak Dini pun tak balik dari asrama. Jadi hanya MaDiHa & abang Haziq yang pegi menemani adik Alin berkonvo.


Jika waktu 5 tahun di Tadika Sinar Merah, adik Alin kena pakai baju kurung masa hari konvokesyen. Tadika 6 tahun kali ni adik Alin kena pakai salwar kameez sebab adik Alin kena buat persembahan tarian punjab. Baju semua cikgu yang belikan, ibu2 hanya tinggal bayar je.  Tak sangka ehh anak ibu pandai menari punjab. Walaupun debab tapi lincah atas pentas. Gerak tari teratur. Pandai cikgu2 latih anak2 murid. Terpegun dengan persembahan semua murid2. Walaupun masih kecil, tapi dorang boleh buat yang terbaik! Tahniah cikgu2 Tadika Sri Anakanda & tahniah murid2 semua.  Banyak juga ibu laburkan duit ibu untuk beli aksesori semata2 nak bagi nampak betul2 macam anak Benggali.... hehehe... Siap dengan gelang2 di kiri kanan tangan, pengikat rambut baru, getah hiasan rambut, kasut baru, blusher baru & eye shadow kit baru sebab ibu ni manalah pakai mekap2 bagai. Macam biasa pesanan dari cikgu suruh ibu mekap anak2 dari rumah. Ibu mekap setakat yang ibu pandai ajelah... hehe...



Acara diselang-selikan antara persembahan murid2 dengan acara majlis konvokesyen.  Dapatlah ambik gambar adik Alin dari jauh je. Almaklumla masa ni pakai handphone cap ayam je. Tak boleh nak zoom sangat. Ibu pulak dapat seat belakang. Memang jauh la...



Ini pula gambar ehsan dari my cousin Naknie yang dapat seat VIP kat depan gantikan tempat mamanya yang tak dapat datang. Sebabnya principle/owner tadika ni Cikgu Fauziah kawan baik dengan makcik MaDiHaA so dia jemputlah makcik datang sekali memandangkan ada 3 orang cucu saudara yang bersekolah kat tadika milik Puan Fauziah ni. Memandangkan makcik MaDiHaA tak dapat hadir, diganti anaknya (cousin MaDiHaA no. 2) manakala kakaknya yg sulung sibuk menguruskan anak2 murid di belakang pentas sebab waktu ni juga anak sulung makcik pun jadi cikgu tadika kat sekolah tadika ni sementara dia dapat kerja yang sesuai dengan kelulusan masternya. Sekarang ni alhamdulillah Syikin dah dapat keje yang lebih bagus.  So inilah dia gambar2 kenangan yg sempat Naknie snap dari depan pentas. Alin, Yaya & Ica... pangkat 2 pupu dorang bertiga ni. Yaya & Ica anak cousin MaDiHaA Rubi & Nasa yang pernah MaDiHaA share gambar  weddingnya kat fotopages dulu.

So hanya setakat ni saja untuk kali ni... jumpa lagi di lain waktu.

Tuesday, January 24, 2017

Sukaneka Tadika Sri Anakanda

Assalamualaikum....


Kali ni update kisah sukaneka di tadika adik Alin 6 tahun pula. Masa dia umur 5 tahun MaDiHaA hantar dia di tadika lain. Kali ni dah masuk 6 tahun ubah angin sikit hantar ke tadika berhampiran dengan sekolah abangnya. Senang tadika & day care sekali di tempat yang sama. Tak perlu susah2 & terkejar2 MaDiHaA nak jemput dia balik sekolah.


Sukaneka di buat di padang sekolah rendah. Meriah & riuh rendah tengok gelagat anak2 bersukan.  Hanya kami bertiga je pegi masa ni. Ayah tak ikut sebab kena kerja. Kakak pun takde balik dari asrama. Jom layan gambar. 

Setiap murid semuanya ada acara masing2 yang wajib dorang sertai.  Lupa dah adik masuk acara apa... 


Semua acara dibuat secara berkumpulan. Oleh kerana adik Alin bersaiz besar, MaDiHaA selalu risau kalau2 dia tak boleh buat atau terjatuh masa lari. Tapi alhamdulillah, selama dia masuk acara bersukan masa umur 5 tahun & 6 tahun ni takde apa pun yang tak diingini berlaku. Itu cuma kerisauan ibunya semata2... hehehe...



Selepas acara anak2, kini tiba giliran ibubapa pula. MaDiHaA takde masuk acara apa pun. Jadi tukang tengok ajelah.. hihi..



Dapatlah 1 medal untuk adik.. hihihi... Pada hari sukan tu ada sorang hamba Allah yang sponsor aiskrim untuk anak2. Setiap anak2 akan dapat 1 aiskrim. Siapa2 yang dah ambil akan dichop di tangannya tanda sudah ambil... hihi... Pada hari sukan ni pun pihak sekolah tadika ada buat jualan. Budak2 ni nak beli lasagna... so belilah bagi dorang makan. Untuk anak2 tadika setiap sorang dibekalkan 1 goodies bag yang berisi air & pelbagai makanan.

Itu saja cerita untuk hari ni...

Friday, November 4, 2016

Konsert & Konvokesyen Tadika Sinar Merah

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hari ni update kisah Konsert & Konvokesyen Tadika Sinar Merah 2014 masa Alin umur 5 tahun. Haha... punyalah lama terperam gambar2 ni semua. Ini je gambar yang dapat cari. Kalau ikutkan masih ada gambar2 lain yang en. suami snap kat belakang pentas. Tapi gambar2 tu semua tak dapat dikesan entah kat mana MaDiHaA simpan. Kot terjumpa nanti MaDiHaA update jelah semula entri ni. Saja untuk kenang2an. Gambar dah snap sayang pulak tak dientrikan.. layan jela...

Masa ni seingat MaDiHaA dah masuk bulan November.. dah hujung2 tahun biasanya tadika akan buat konsert. Seronok tengok anak2 comel buat persembahan. Kadang tu macam tak sangka dorang boleh perform dengan persembahan yang sangat menghiburkan. Ini kali kedua konsert Tadika Sinar Merah yang MaDiHaA tengok. Tahun sebelumnya, masa abang Haziq umur 6 tahun. Kali ni giliran adik Alin plak sebab MaDiHaA hantar di tadika yang sama sebab tadika ni agak bagus nak banding dengan tadika yang kakak Dini sekolah umur 5 & 6 tahun dulu. Abang Haziq pun pernah sekolah tadika yang sama kakaknya sekolah masa dia umur 5 tahun dulu. Dari pemerhatian MaDiHaA budak2 agak lambat belajar. Sebab tu MaDiHaA tukar tadika lain.Ada rezeki lebih, so hantar lah ke tadika yang bagus sikit. Maklumla yuran daftar tadika swasta ni mengalahkan orang sekolah rendah atau menengah. Begitulah juga dengan yuran bulanan memang agak tinggi la sikit.  Sabor ajela.. apa2pun ibu bapa yang mampu pasti akan mengutamakan pelajaran anak2 berbanding wang ringgit betul tak? 

Okla.. layan la gambar yang tak seberapa ni...

Masa ni masih kat rumah lagi. Konsertnya berlangsung sebelah malam. Cikgu pesan suruh siap2 dari rumah, jadi ibu pun mekapla lebih kurang anak dara montel ibu ni.. hihi... Adik masuk acara fashion show berpasangan dengan murid lelaki. Pastu ada gak masuk nyanyian & buat gaya ramai2. Mujurlah kena pakai baju kurung je. Kalau pakai baju gaun atau lain2 baju jenuh ibu nak kena beli baju lain... Bukan senang nak cari baju untuk adik Alin ni.. payah nak cari saiz...



Masa konsert ni, apak & mak Ani pun ada datang juga.. bagi sokongan sikit kat adik Alin. Wajiblah mak Ani datang sebab 2 orang anak asuhannya buat persembahan kan.. Alin & Adam. Eloklah tu.. memang Alin digandingkan dengan Adam pun masa buat fashion show tu, dorang berdua pun dah macam adik beradik hari2 main sama kat rumah mak Ani, jadi takdelah rasa kekok.. hehe..


Masa ni lagu Oppa Gangnam Style tengah hot. Jadi masa dorang buat fashion show ni lagu tu jadi pilihan cikgu.   Kira memang rancaklah dorang punya step.  Ibu dah risau je takut2 Alin tersalah langkah. Tapi alhamdulillah.. cantik je adik Alin jalan pergerakan pun lancar.. step berpegangan tangan pun ngam2 je dengan Adam. Yang 2 pasangan lagi yg pakai baju moden & baju India... step tak betul.. semua penonton gelak.. hehehe.. Tak banyak pun ambik gambar kat atas pentas sebab kedudukan kami agak jauh dari pentas. Setakat ambik gambar guna handphone cikai ni... memang kelabu asaplah gambar2nya.. so ini ajelah yang sempat snap.

So itu jelah cerita untuk kali ni.. jumpa lagi..


Monday, October 26, 2015

Sukaneka Tadika Sinar Merah 2014

Assalamualaikum...

20/4/2014

Berlansungnya sukaneka Tadika Sinar Merah 2014 pada tarikh 20/4/2014 bersamaan hari Ahad. Terhibur dengan gelagat anak2 comey TSM ni membuat persembahan. Kalau masa abang Haziq tadika dulu lagu yang famous masa tu lagu chicken dance. Tapi tahun 2014 ni lagu yang famous masa tu lagu Korea, Gangnam Style.... kemain budak2 tu menari gangnam.. hihihi...


Dah abis persembahan anak2 tadika ni... sukaneka pun bermula. Riuh rendah suara ibu bapa bersorak memberi sokongan moral pada anak masing2 masa sukan berlangsung. hehe... Banyak juga video yang MaDiHaA ambik. Tapi tak taulah boleh share sini ke tidak. Untuk sementara share gambar2 jelah dulu, nanti bila dah pandai share video MaDiHaA akan update post ni semula.


Abis sukan.. sesi penyampaian hadiah pulak. Happy anak2 tadika dapat hadiah masing2, medal serta bungkusan makanan. Untuk ibu bapa yang hadir pun ada breakfast disediakan.  Jadi takdelah ibu bapa kelaparan mana2 yang tak sempat breakfast dari rumah tu.  Memang bagus pengurusan tadika ni.

Itu saja update untuk hari ni.

Tuesday, September 22, 2015

Adik Alin Dah Sekolah....

Assalamualaikum...


Alhamdulillah tahun 2014 adik dah masuk 5 tahun & ibu masukkan adik sekolah tadika yang sama masa abang 6 tahun dulu iaitu Sekolah Tadika Sinar Merah.  Nampak sekolah ni bagus sikit nak banding dengan sekolah yang pernah kakak & abangnya sekolah dulu. Masa abangnya 6 tahun, MaDiHaA daftarkan ke sekolah ni sebab tak jauh sangat dari rumah pengasuhnya. Nampak perbezaannya cara mereka belajar. Yang kesian kakak la.. masa tu ibu tak mampu lagi nak masukkan ke sekolah macam ni. Dua tahun berturut2 kakak sekolah tadika di sekolah tadika yang sama (tapi bukan tadika Kemas). Semua pun tadika berbayar, cuma yuran pendaftaran tadika ni agak tinggi sikit dari sekolah kakak yang lama tu.. tapi sekolah ni cara pembelajarannya agak bagus & anak2 diberi penekanan membaca, mengira, menulis & ejaan dalam BM maupun english.  Memang nampaklah bezanya tu. Cuma sekolah tadika kakak dulu lebih ditekankan bab2 Islamik.. di ajar wuduk, solat, mengaji selain pembelajaran asas yang lain.  Ada jugalah kebaikannya tu.. cuma kesianlah kat kakak sebab dah abis tadika 6 tahun pun membaca masih merangkak2.... hihi...



Anak2 asuhan cik Ani lagi 2 orang pun semua sekolah situ. Jadi adalah geng Alin.  Sekelas pulak tu dengan Adam. Mia pulak baru 4 tahun.  Sebab semuanya sekolah setempat... makanya jadi rutin MaDiHaA lah hari2 waktu makan tengahari terkejar2 jemput Alin & the geng balik dari sekolah, lepas tu hantar mereka ke rumah pengasuh mereka pulak.  Kenalah korbankan lunch hour ibu setiap hari & tak dapat nak join geng opis lunch.. demi anak... huhu...   Sabar jelah.. Parents Adam & Mia kerja jauh... jauh sikit jelah.. hihi.. jadi MaDiHaA yang dekat sikit ni kenalah berkorban masa sikit.  Pasal lunch tu tak kisah sangat.. boleh tapau & lunch dalam opis je.. tapi bila ada keperluan nak mencari bahan2 tempahan, perlu ke bank atau urusan kat pejabat pos.. memang semput napas jadinya. Tau lah bila dah ramai2... macam2 la kerenah budak2 ni... Bila kita sampai tu walaupun dah lebih dari pukul 12.. ada yang baru nak kemas buku, ada yang nak terkencing.. (selalunya yg lembab si Adam lah) nak cepat pun boleh jadi lambat.  Kengkadang je ayah Adam & Mia jemput... boleh bilang dengan jari. Itupun kadang buat MaDiHaA bengang je sebab bila nak jemput tu sepatah pun tak bagitau MaDiHaA.. Kita ni ye ye lah bergegas ke sekolah tu.. tau2 dia dah ambik tiga2 orang anak2 tu. Kot ye pun. bagitaulah awal2 nak jemput.. senang takdelah MaDiHaA pegi sekolah dah kan. Takdelah buang masa. Kalau katakan Alin demam & tak datang sekolah... terpaksa call dorang bagitau Alin tak sekolah (maknanya.. pandai2 dorang la jemput anak masing2) Kengkadang terfikir jugak.. mak ayah dorang ni macam lepas tangan kat MaDiHaA sorang je pulak urusan jemput anak dari sekolah.  Yang parents Mia sepatah pun tak cakap apa2 kat MaDiHaA mintak tolong jemput ke apa ke.  Kalau bertembung masa balik dari keje kat rumah cik Ani.. berterima kasih pun tak pernah.. huhu..  Macam2 perangai orang ni kan.... Hmm.... muhasabah diri jelah... Mungkin yang baca apa yang MaDiHaA tulis ni akan kata MaDiHaA berkira. Bukan macam tu sebenarnya. Orang kata kalau ada budi bahasa tu mungkin kita tak kisah sangat walaupun kena korbankan lunch hour dengan kawan2. Cuba bayangkan... waktu lunch sejam MaDiHaA kelam kabut tepat jam 12 tengahari terus keluar ke sekolah dorang. Sampai sekolah, kena tunggu 3 orang bersiap2 pakai kasut bagai... tu belum lagi yg kadang kena tunggu yg nak kencing dulu... pastu siap semua.. hantar ke rumah pengasuhnya pulak. Rumah pengasuh tingkat atas sekali... MaDiHaA akan tunggu dorang naik atas... dah sampai atas baru MaDiHaA jalan... selalunya pesan dah sampai atas... lambai kat ibu dari atas then baru ibu pegi... Lepas tu barulah MaDiHaA bergegas singgah kedai tapau makanan. Pastu balik ofis.. cepat2 makan & kadang tu ngam2 je siap makan dah pukul 1 tengahari.  Phewww! Macam tu lah hari2.... Cuba pulak bayangkan.. parents dorang lunch macamana setiap hari? Mesti seronok je bleh pegi makan dengan aman dengan kawan2 tak payah fikir pasal anak kat sekolah... jalan lenggang kangkung.. borak2... order tu.. order ni. Lainkan jalan ceritanya? Padahal anak sekolah sama2... Tapi MaDiHaA sorang je pikul tanggungjawap jemput & pastikan anak2 selamat pulang dari sekolah hingga ke rumah pengasuh..... Sampaikan kawan ofis MaDiHaA sendiri cakap... kesian kat akak... sampaikan takleh nak sosial waktu lunch.  Yelah.. kalau hanya MaDiHaA dengan anak je mungkin boleh je angkut gi lunch sekali. Lagipun kalau sorang.. pergerakan tu cepat sikit.  Bila ramai tu yang jadi lambatnya... jadi... lu pikirlah sendiri....

Monday, August 3, 2015

Majlis Anugerah Kecemerlangan

Assalamualaikum...



13/11/2013
Dapat jemputan dari sekolah ke Majlis Anugerah Kecemerlangan pada tahun tu. Abang Haziq dapat nombor satu dalam kelas. So merasalah naik pentas. Mudah2an anak ibu sentiasa berjaya dalam pelajaran & menjadi anak yang soleh.. amin..

 Sebelum tengok anak naik pentas... kita dengarkan dulu ucapan dari tuan pengetua SKPJ & majlis dirasmikan oleh YDP PIBG SKPJ En. Abd Hayi bin Md. Noh.



 Dapatlah abang Haziq naik pentas 2 kali sebab dapat 2 anugerah.  Satu tempat pertama & satu lagi peningkatan prestasi.

Bergambar kenangan dengan 2 piala.  Esoknya... tup tup abang Haziq bawak satu lagi piala iaitu piala hadiah peningkatan Bahasa Inggeris.  Alhamdulillah... Tahniah abang Haziq dari ibu, ayah, kakak & adik.  Ayah & ibu bukan saja doakan untuk abang Haziq.. tapi juga untuk anak2 yang lain.. moga semua anak2 ibu berjaya menjadi insan yang berjaya dunia & akhirat.  Amin..
 Terima kasih... jumpa lagi dengan kisah yang lain pula...