Followers

Wednesday, March 1, 2017

Majlis Konvokesyen & Anugerah Cemerlang Tadika Sri Anakanda

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Dah lupa tarikh kejadian majlis konvokesyen ni, tapi masih ingat ianya pada bulan November 2015. Majlis diadakan di Auditorium Dato Abdul Majid, Maktab Koperasi Malaysia, Jalan Templer, Petaling Jaya.  Masa ni suami kerja, kakak Dini pun tak balik dari asrama. Jadi hanya MaDiHa & abang Haziq yang pegi menemani adik Alin berkonvo.


Jika waktu 5 tahun di Tadika Sinar Merah, adik Alin kena pakai baju kurung masa hari konvokesyen. Tadika 6 tahun kali ni adik Alin kena pakai salwar kameez sebab adik Alin kena buat persembahan tarian punjab. Baju semua cikgu yang belikan, ibu2 hanya tinggal bayar je.  Tak sangka ehh anak ibu pandai menari punjab. Walaupun debab tapi lincah atas pentas. Gerak tari teratur. Pandai cikgu2 latih anak2 murid. Terpegun dengan persembahan semua murid2. Walaupun masih kecil, tapi dorang boleh buat yang terbaik! Tahniah cikgu2 Tadika Sri Anakanda & tahniah murid2 semua.  Banyak juga ibu laburkan duit ibu untuk beli aksesori semata2 nak bagi nampak betul2 macam anak Benggali.... hehehe... Siap dengan gelang2 di kiri kanan tangan, pengikat rambut baru, getah hiasan rambut, kasut baru, blusher baru & eye shadow kit baru sebab ibu ni manalah pakai mekap2 bagai. Macam biasa pesanan dari cikgu suruh ibu mekap anak2 dari rumah. Ibu mekap setakat yang ibu pandai ajelah... hehe...



Acara diselang-selikan antara persembahan murid2 dengan acara majlis konvokesyen.  Dapatlah ambik gambar adik Alin dari jauh je. Almaklumla masa ni pakai handphone cap ayam je. Tak boleh nak zoom sangat. Ibu pulak dapat seat belakang. Memang jauh la...



Ini pula gambar ehsan dari my cousin Naknie yang dapat seat VIP kat depan gantikan tempat mamanya yang tak dapat datang. Sebabnya principle/owner tadika ni Cikgu Fauziah kawan baik dengan makcik MaDiHaA so dia jemputlah makcik datang sekali memandangkan ada 3 orang cucu saudara yang bersekolah kat tadika milik Puan Fauziah ni. Memandangkan makcik MaDiHaA tak dapat hadir, diganti anaknya (cousin MaDiHaA no. 2) manakala kakaknya yg sulung sibuk menguruskan anak2 murid di belakang pentas sebab waktu ni juga anak sulung makcik pun jadi cikgu tadika kat sekolah tadika ni sementara dia dapat kerja yang sesuai dengan kelulusan masternya. Sekarang ni alhamdulillah Syikin dah dapat keje yang lebih bagus.  So inilah dia gambar2 kenangan yg sempat Naknie snap dari depan pentas. Alin, Yaya & Ica... pangkat 2 pupu dorang bertiga ni. Yaya & Ica anak cousin MaDiHaA Rubi & Nasa yang pernah MaDiHaA share gambar  weddingnya kat fotopages dulu.

So hanya setakat ni saja untuk kali ni... jumpa lagi di lain waktu.

No comments:

Post a Comment