Followers

Showing posts with label Check In. Show all posts
Showing posts with label Check In. Show all posts

Tuesday, November 8, 2016

Port Dickson Episod 2 ~ Corus Paradise Resort

Assalamualaikum & bersua lagi...


Kali ni MaDiHaA update episod 2 di PD pula ye. Lepas semua dah kenyang bersarapan masing2 terus siap2 nak mandi kolam lagi kat hotel. Gambar-gambar yang ada ni sebenarnya gambar dalam masa 2 hari ye. MaDiHaA edit pun campur2 je. Sebab tu ada gambar Alin pakai baju belang2, ada yang pakai baju warna kuning.. hehe.. biarkan jelahh sebab saja untuk episod kali ni nak pos gambar kat resort/hotel ni je.


Pemandangan mengadap pantai dari hotel sangatlah cantik. Subhanallah.... terpegun seketika melihatkan pemandangan yang indah ini. Walaupun lagoon tu lagoon buatan manusia.. tapi ia tetap cantik apabila ada susunan pohon kelapa kat hujung lagoon tersebut. Kalaulah en. suami MaDiHaA jenis suka ambik gambar macam mem dia ni, dah lama ajak suami ke tepi lagoon tu posing2 kat situ, mesti cantik. Tapi malas nak suarakan hasrat di hati sebab nanti mesti dia takmau dengan alasan panas, jauh dan sebagainya.. sob sob sob.. hahaha...



Ini pula view mengadap hotel dan ada juga view yang MaDiHaA snap dari tingkat 1 hotel. Gigih panjat tangga ajak adik Alin temankan & klik2 view dari tingkat 1. Syok tengok orang lain mandi. Ehh! bukan skodeng tau... dorang mandi kawasan terbuka kot.. semua orang nampak... lainlah tengok orang mandi dalam bilik baru boleh chop skodeng.. hihi...



En. suami, kakak Dini & Haziq mandi di kolam dewasa, manakala adik Alin mandi kat kolam kanak2 je. Banyak tempat kanak2 boleh mandi ada banyak segmen2 yang dorang buat. Boleh je pilih nak mandi kat mana2. Semuanya berada dibawah bumbung hotel. Redup je. Kat kolan dewasa pun redup sebab dah terlindung dengan bangunan hotel yang tinggi tu.  Best sangat..




Puas adik Alin berendam.. kesian dia takde geng. Kakak & abang join ayah kat kolam dewasa. Ibu jugakla yang kena temankan adik dan lepas tu adik pulak teman ibu panjat tangga tingkat 1 semata2 nak snap gambar dari balkoni tu.  Mujur adik dah faham dah minat ibu dia ni... hahaha... 




Selesai mandi manda perjalanan nak balik ke apartment.. sempatlah posing sedas dua. Itupun en. suami laju je menonong nak balik ke apartment. Suruh kakak Dini je tolong snapkan gambar ibu pose tepi lagoon tu.  Rugi kot tak bergambar kenangan kat sini.. lepas ni tak tau bila lagi boleh jejak kaki kat sini. Kita bukan orang ada2 nak bercuti kerap-kerap macam orang lain. Dapat bercuti setahun sekali pun kira dah mujur dah... 



Dan ini je sekeping gambar Corus Paradise Resort sempat snap dari kawasan parking lepas check out dari apartment. Ada rezeki bolehlah datang lagi insyaAllah. Tahun bila tu belum pasti.. haha...

Tamatlah kisah percutian di PD... jumpa lagi di lain episod..

Monday, November 7, 2016

Port Dickson Episod 1 ~ Corus Paradise Apartment

Assalamualaikum & salam sejahtera.....


Cuti sekolah hujung tahun 2014 sempat bawa anak2 bercuti di Port Dickson je. Pilih destinasi yang dekat2 dan murah2 je. Itupun kira plan di saat2 akhir jugak ni tapi mujurlah masih ada apartment yang kosong. Kami pilih menginap di apartment Corus Paradise. Janji boleh mandi manda anak2 dah cukup seronok dah. Nak menyewa kat Corus Paradise Resort, kami ni bukan jenis yang reti nak booking online.  Booking apartment ni mujurlah dorang terima deposit bank transfer. Kalau nak minta no kad kredit bagai minta maaf awal2 kitorang ni bukannya ada kad kredit pun... hihi.. Tak kisahlah dok mana2 pun, janji ada tempat boleh lelapkan mata sudah. Budak2 ni dah cukup seronok dan selesa tambah pulak bila bilik ada aircond.. kat rumah mana ada aircond2 bagai. Tak mampu haihh nak bayar bil letrik mahal2... kehidupan kami ni serba sederhana je.. syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan... masih ada yang lebih susah dari kami.. maka nikmat manakah lagi yang kamu ingin dustakan?

11/12/2014

Kami pilih apartment 2 bilik je. Cukuplah untuk kami 5 beranak. Katil pun ngam2 untuk 5 orang.  Boleh masak2, ada dapur & peti ais.  Semua bilik ada aircond & balkoni belakang boleh nampak pantai. Boleh bbq kat situ kalau mahu. Cukup selesa dah bagi kami. Cuma view sebelah depan rumah agak scarry sikit sebab apartment ni letaknya bersebelahan dengan bukit dan dilereng2 bukit tu memang banyak pokok2 besar umpama ko duduk tepi hutan. Pokok tu memang sengaja di simpan untuk mengekalkan flora sekelilingnya. Sebelah hutan tu kawasan parking kereta. Ada nampak tukang sapu dok cakar2 daun2 kering kat tepi bukit tu kiranya bukit tu memang dijaga & sengaja tak ditebang pokok2nya. Kalau siang ok lagi, tapi kalau kau keluar malam dan sorang2 pulak...makk oi... terasa juga seram2 sejuk. Tambah pulak apartment tu sunyi sangat. Macam takde penghuni lain je.. padahal ada je penyewa2 lain kat tiap2 apartment. Buktinya ada lampu yang terpasang & kawasan parking pun penuh dengan kereta.  Kalau takde orang takkan kawasan parkingnya penuh dengan kereta ye dok? hehe...


Lepas check in, rehat2 kan badan & tunaikan kewajipan dulu sambil tunggu teduh2 sikit barulah kami jalan2 tepi pantai. Anak2 celup2 kaki je kat pantai. Tak mandi pun, tapi kami bawak anak2 pegi mandi pool kat hotel je. Nak mandi kat pool hotel ni wajib ada pass kalau tak dikenakan bayaran kalau tak silap. Budak yang kami berurusan sewa apartment ni dah cakap kalau nak mandi pool hotel tunjuk je pass tu.


Posing2 dulu sebelum menuju ke pool hotel. Anak2 dah tak sabar nak mandi kolam. Huk aloh... padahalnya kat rumah pun ada kolam.. hihihi... Yelah kolam kat rumah mana nak sama dengan kolam hotel kan? Yang hotel jugak yang sedapnya.. hihi.. Masa dorang mandi adalah juga ambik gambar sikit2. Yang tu nanti MaDiHaA upload dalam episod ke dua ye.


Sebelah malamnya kami jalan2 cari makan kat bandar PD. Bandar PD ni tak besar sangat, so ko pusing2 takdelah sampai sesat.  Sebelum singgah makan sempat pegi pasaraya dulu beli jajan untuk budak2, bahan mentah & kopi 3 in 1 nanti senang pagi esok nak sarapan bila stok makanan dah ada. Dah siap shopping serba sikit terus ronda2 cari makan. Kami tuju je kat restoren dalam bandar yang senang nak dapat parking. Kami order siakap 3 rasa, sotong celup tepong, kailan ikan masin, tomyam putih, sup ayam & Haziq pulak order chicken chop. Air pulak pilihan masing2 dan MaDiHaA order air feberet iaitu jus amra/kedondong asamboi.  Alhamdulillah bolehla masakannya MaDiHaA bagi 3.5 bintang dari 5 bintang sebab sotong tu failed celup tepong tebal camtu.. tak ikut citarasa MadiHaa.. hihihi.... Lupa apa nama restoren ni. Letaknya bersebelahan je dengan funfair. Lepas makan2 ni terus anak2 ajak pegi funfair pulak. Hmm.. layankan ajelah... tak ambik gambar pun kat funfair sebab handphone cikai bukan cantik pun ambik gambar dalam gelap.. huhu...


Pagi esoknya kitorang sarapan mee segera, bubur segera, roti & sosej rebus je. Cukuplah rezeki untuk pagi tu.. Siap sarapan sekali lagi bawak anak2 mandi kolam sebelum check out. Tak puas2 dorang ni mandi kolam.  MaDiHaA tak mandi pun, jadi tukang pantau & tukang snap gambar jelah... gitu lah sokmo2 pun memang malas nak terjun kolam sebab kita kan selalu jadi photographer. Kalau mandi nanti siapa pula nak jagakan kita punya hanphone.. hihi...

Ok nanti sambung episod ke 2 di PD pulak ye... jumpa lagi..

Wednesday, October 19, 2016

Pantai Penyabong, Endau

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Sementara ada mood nak update & ada masa terluang.. layan lanjutan kisah post semalam tu ye. Ehh! nak kata sambungan macam bukan sambungan sebab ni kisah sebelum & selepasnya. Kira ni episod lainla ye sebab cerita lain2.. hihi...

Sebenarnya kami sampai di Endau Beach Resort ni awal dalam sejam, jadi tak dapatlah nak check in terus memandangkan waktu check in pukul 2 petang. Jadi kami lepakla dulu di kedai makan hadapan resort ni tumpang duduk2 di kerusi sebab kedainya belum dibuka lagi waktu tu. Tumpang minum2 air bekalan kami kat situ sambil2 ambil angin laut. Kedai tu tak taulah nama apa.. tapi ada tertulis kat depan tu trademark dia "Mok Maroh Jual Mahal". Ye ke tu..... kalau ye, baguslah kan, nanti malam kita test tengok mahal ke murah ye.... hihii....

Tepat jam 2 petang kami pun terus ke kaunter untuk check in. Angkat beg semua & masing2 check in di bilik masing2. Ma, Abby (adik) & anaknya di bilik lain kena naik tangga simen sebelum ke depan pintu biliknya. Mujur naik tangga setingkat je. Kami pula satu family ke bilik depan kolam renang. Pun kena naik tangga juga, tapi hanya tangga kayu bentuknya seakan2 spiral untuk naik ke tingkat satu bilik kami. Bilik kami berada ditengah2. Kanan bilik kami ada family orang putih sebab pernah terserempak mereka 3 beranak kat depan pintu. Sebelah kiri bilik kami pula family orang Melayu. Dapatlah rehat2 sejukkan badan sekejap. Mandi & solat zuhur sebelum kami semua turun semula untuk berkelah kat Pantai Penyabong.



Semua dah tukar baju untuk bersantai2 tepi pantai. Tunggu cuaca redup sikit barulah kami gerak ke tepi pantai. Pantai ni nak pegi kena naik kereta sebab letaknya agak jauh juga. Kalau nak jalan kaki tu memang berpeluh jugala kot. Tapi agak seram jugak nak berjalan kaki sebab jalannya kena lalu ikut jalan denai dalam hutan. Walaupun jalannya elok untuk kereta lalu, tapi keadaan kiri kanannya yang berhutan tu rasa mcm seram jugak kalau nak jalan kaki.. haha Tak sampai pun 5 minit naik kereta dah sampai pantai yang dimaksudkan. Kat situ ramai sangat orang yang bersantai, berkelah & mandi manda. Kat situ juga terdapat banyak chalet yang disewakan pada pengunjung. Pilih saja nak yang macamana. Betul2 terletak depan pantai. Nak bilas badan lepas mandi pun ada bilik air disediakan, tapi kena bayarlah ye. Jadi kat sinilah kami bentang tikar & picnic bekalan kami dari rumah sambil layan anak2 mandi laut. Orang dewasa tak mandi pun sebab malas nak bilas badan. 


Sebelah malamnya, malas dah nak keluar dari resort ni naik kereta, jadi kami makan malam kat kedai makan 'Mok Maroh Jual Mahal' tu je. Jalan kaki je keluar pagar resort ni dah boleh makan. Ramai jugak pengunjung kedai ni yang rasanya rata2 terdiri dari pengunjung yang menyewa di resort ni juga. Ada juga nampak family mat saleh jiran bilik kami yang juga makan kat situ. Kami decide makan nasi & masakan panas so orderlah siakap sweet sour, ikan pari bakar, tomyam campur, sup ayam & kailan ikan masin. Budak2 pula takmau makan nasi, dorang awal2 order satay kemudian order burger pulak yang juga ada jual kat kedai ni. Masa kami makan nasi, budak2 pegi makan burger kat meja lain betul2 mengadap pantai... amboi2 korang... santai betul yek! Waktu membayar.. didapati... tidaklah begitu murah harganya... kira biasa2 je... hehe...


Esoknya lepas bersarapan & lepas budak2 ni dah puas mandi kolam, kami pun bersiap2 untuk check out. Sempatla MaDiHaA ajak dorang singgah bergambar kat jeti tepi pantai Penyabong ni waktu dah keluar resort. Dah lama berhasrat nak bergambar kat sini. MaDiHaA memang dah selalu datang ke sini, cuma belum berkesempatan untuk bergambar kat jeti tu. Kali ni baru berpeluang. Memang cantik pemandangan kat sini. Kalau ada kamera dslr memang puas hati bergambar. 



Semua tak lepaskan peluang berposing... 


Subhanallah... cantik sangat pemandangannya... insyaAllah ada rezeki nanti kami datang lagi...


Dalam perjalanan nak balik, sempat kami singgah kat kedai tepi jalan Rompin untuk membeli jagung, telur masin, keledek, pisang lemak manis dan mcm2 lagi.. 

Sekian cerita di Endau...

Tuesday, October 18, 2016

Endau Beach Resort

Assalamuaalaikum...



Cuti Deepavali 2014 kebetulan jatuh hari Khamis, jadi kami semua ambik cuti sampai ke Ahad tu. Sekolah kakak pun cuti jadi dapatlah kami spend cuti bersama2. Dapat balik kampung jenguk tokma & kami memang dah plan nak berehat di Penyabong, Endau, Mersing. Siap dah MaDiHaA booking kat Endau Beach Resort untuk kami sekeluarga satu bilik & untuk ma satu bilik share dengan Abby.  Sesiapa yang nak bercuti ke Endau, Mersing ni MaDiHaA sertakan alamat & no contactnya.


Endau Beach Resort
Lot 321 Pantai Pasir Lanun, 
Kampung Penyabong, Endau, 
86900 Mersing, Johor
Tel : 607-7942611

Resort ni bagi kami ok je. Selesala jugak. Cuma untuk orang tua2 macam kurang friendly sebab kat sini banyak sangat tangga. Nak pulak bagi orang tua yang sakit lutut.. memang kesianlah. Yelah kan lokasi resort ni memang dibuat dikaki bukit jadi memang ada banyak tanggalah.  Kat sini korang jangan terkejut ye sebab agak banyak monyet yang akan keluar di waktu pagi untuk mencari makanan. Sempat gak MaDiHaA perhatikan telatah monyet2 ni dok selongkar tong sampah untuk cari sisa2 makanan. Tapi takdela pulak dengar monyet2 ni mencederakan pengunjung kat situ. Tapi walaupun begitu, kita kena hati2 jelah kan. Kalau boleh pagi2 tu jangan biarkan anak2 main2 kat luar bilik sorang2 bagi bilik2 yang ada tangga menuju ke atas bukit tu. Bagi bilik kami kat depan kolam renang tu, monyet takde pegi sampai ke situ.  Landskap kat sini memang terjaga rapi. Pagi2 lagi dah nampak pekerjanya menyiram pokok2 yang ada dalam kawasan resort ni. Memang cantik sangat lanskap kat sini. Tapi MaDiHaA tak sempat nak capture gambar cantik2 lagipun takde kamera canggih. Yang ada hanya handphone cap ayam yang dah hampir2 nak tamat tempoh ni.. haha...

Bilik yang kami ambik ni dapat bilik tingkat atas yang letaknya betul2 dihadapan kolam renang. Memang syokla tengok orang mandi manda dari tingkat atas sambil2 bersantai di bangku sambil2 hirup kopi panas.. hihi..  Bilik kami ada 1 katil queen & 1 katil single yang boleh tarik tilam bawahnya. So bolehlah tidor untuk 2 orang. Sorang lagi kenala bentang toto kat lantai. Memang muat sangat untuk kami 5 beranak. Bilik ma pulak ada 1 katil queen & 1 katil bujang. Bilik pun besar & selesa. 




MaDiHaA memang suka bercuti kat belah2 Rompin/Endau ni sebab ia umpama bercuti disebelah Pantai Timur. Nak tau sebab apa? Sebab makanan yang terdapat di sini rata2 macam kita berada di sebelah Terengganu. Pagi2 lagi lepas solat subuh MaDiHaA, suami & Alin dah bersiap2 nak beli sarapan. Orang lain sambung tidor lagi dalam selimut.. kan syok je tidor dalam bilik ada aircond ni.. hihi... Seronok memilih sarapan kat sini banyak kedai makan berhampiran, tapi kena keluar sikit dari resort ni. Antara sarapan yang kami beli ialah nasi dagang, nasi lemak, pulut lepa (pulut panggang style Terengganu ada inti ikan), paung goreng, kuih tepong kapur dan nasi kapit sambal ikan. Haa... semua menu tu (kecuali nasi lemak) memang menu Pantai Timur. Pelik tak? Berada di Johor/sempadan Pahang tapi jumpa menu2 Terengganu... hihi... Sebenarnya kebanyakan penduduk kat sini memang asalnya dari Pantai Timur sejak beberapa generasi. Jadi tak hairanlah jika peniaga2 kat sini menjual juadah Pantai Timur semetelah kat sini memang letaknya di tepi pantai... jadi memang sesuailah sangat jual menu2 ni... Umpamanya dibelah petang pula ada orang jual satar, keropok leko, kuih akok, kuih bakar & macam2 lagi yang ada... Happy sangat. Hilang rindu makanan Terengganu... hihi...




Bilik kami letaknya kat tengah kat tingkat atas tempat en. suami landing atas kerusi tu.  Anak2 ni dah 2 round mandi. Sebelah petang lepas kami check in dah mandi sekali. Esoknya pagi2 lepas sarapan mandi lagi satu round. Lantak koranglah nak.. mandilah puas2. Ayah je yang join anak2 mandi. Ibu jadi tukang pantau dengan tukang ambik gambar je sambil hirup abc yang kakak Dini beli kat kedai depan resort ni.  


Sebenarnya petang selepas kami check in kat sini, kami sempat picnic kejap kat pantai Penyabong siap bawak bekal lagi. Pastu sebelah malamnya pulak kami makan kat gerai di hadapan resort ni. Tapi yang tu nanti MaDiHaA buat entry yang lain pulak ye. Dah banyak sangat dah gambar ni. Gambar yang ada ni pun dah memang campur2 je ada yang awal, ada yang akhir.. hihi... jangan pening2 ye, layan kan jelahh...

Monday, August 17, 2015

Seri Bayu Resort Hotel, Bagan Lalang, Sepang

Assalamualaikum...



Sabtu 21/12/2013

Cuti sekolah tahun tu kami bawa anak2 cuti2 kat Bagan Lalang je.  Masa tu pun abang Haziq dah sembuh lepas bersunat tu.  Seminggu je dah baik.  Alhamdulillah. Dah janji dengan anak2 kalau ada rezeki bolehlah kita jalan2 & tidor hotel. Kalau takde rezeki.. pegi balik hari jelah... hihi.. Alhamdulillah diberikan rezeki & dapatlah kami berlama2 sikit kat Bagan Lalang tu. Kalau balik hari mesti letih & anak2 pun tak puas nak bersantai2.  Dorang semua dok berangan nak main layang-layang.
Adalah bawak bekal karipap & makanan ringan sikit, senang kalau anak2 lapar dalam perjalanan tu tak payah nak singgah2 beli makanan dah.  Sebelum check in, kami singgah kat Restoren Rosli untuk makan tengahari.  Lauknya sedap2, lauk ala kampong. Kakak order mee goreng basah, kurang sedap katanya hihi... Ibu tak tau sebab ibu selera dengan lauk kampong tu... nampak rebung dengan tempe terus meleleh air liur. En. suami punya tak ingat dah dia makan apa tapi nasi berlauk jugak.  Haziq & adik plak order nasi goreng cina. Kitorang semua order air kelapa.. tapi en. suami belum boleh minum air kelapa sebab kena pantang patah tu masih baru lagi... kata pakcik yang ubat suami tu katanya kena pantang air kelapa 2 tahun.. uishh lamanya! 


Siap makan bagai... kami pun check in hotel dulu. Rehat2kan diri & solat zuhur dulu. Nak keluar pun masa tu masih panas lagi. So santai2 je dulu dalam hotel. Minum petang pun kat hotel jugak. Pastu baru bawak anak2 gi santai2 kat tepi pantai.  Sebenarnya kami ada possing2 dalam hotel tu. Tapi sayangnya banyak gambar hilang.. rasanya dah sync dalam FB dah.. Mungkin sebab hp MaDiHaA rosak baru ni kot... yang tinggal yang ni je... yang lain semua gambar gone! Mana2 gambar yang MaDiHaA ada up kat FB je selamat.. yang sync semua hilang.. huhu... sedih betul.. 
Jadilah buat kenangan... ini je gambar yang ada... 

bersambung...

Thursday, July 2, 2015

Santai Di Pantai Batu Pelanduk, Kuala Abang, Terengganu

Assalamualaikum...

Kesinambungan kisah pulang ke Terengganu meraikan kenduri anak sepupu dalam entry sebelum ni... petang tu kami meneruskan misi seterusnya iaitu mencuba rawatan akupuntur dengan sepupu sebelah ma yang rumahnya pun dalam daerah Dungun juga.  MaDiHaA dan en. suami dua2 pertama kali mencuba.  Mula2 tu takut juga.. tapi alhamdulillah.. takdelah sakit sangat. Siap rawatan semua.. kami check in chalet yang dah booking sebelum kami bertolak ke Terengganu. Chalet biasa2 je.... iaitu chalet yang pernah kami menginap masa buat family day beberapa tahun sebelum tu. Boleh tengok sini, sini dan sini untuk kisah family day kami.  Yang best sebab chalet tu tepi pantai...senang anak2 nak mandi pantai.  Chalet ni letaknya berhampiran Pantai Batu Pelanduk, Kuala Abang, Terengganu.

22 September 2013

Jika u all dalam perjalanan nak ke Kuala Terengganu.. bolehlah singgah di pantai ni untuk ambik angin atau ambik2 gambar.  Viewnya sangat menarik. 

Esoknya pagi2 lagi anak2 dah sibuk ajak mandi pantai.  Memang wajib mandilah kan kalau dah tidor tepi pantai.  Ibu2 pun turunlah ke pantai temankan anak2. Tak mandi pun. En. suami tak turun pun.. rehat2 je sambil baring2 berhampiran chalet sambil ambil angin pantai.


Anak2 pun mandi kat gigi air je sebab masa tu ombak agak kuat.  Maklumlah dah masuk bulan September kan.  Dah nak masuk musim tengkujuh.  


 Seronok le bebudak ni kalau dah jumpa air.  Sampai matahari dah naik pun takmau balik lagi.  Rentung semuanya.. hihi...



Dah siap2 mandi kitorang pun bersiap2la nak check out. Sebelum tu sempat posing2 dulu untuk kenangan sebelum meneruskan perjalanan kami untuk balik semula ke Selangor & ma ke Pahang.  Gerak sama2 & kami berpecah bila dah nak masuk LPT & ma lalu ikut Kuantan.

Oklah itu je untuk entry kali ni.  Ada masa nanti sambung lagi dengan entry2 yang dah lama Q tu.. hehe...