Followers

Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Wednesday, November 9, 2016

Gambar Tertinggal....

Assalamualaikum alls......


Hihi.... jangan marahhh yer.....entah macamana gambar raja haji 2014 boleh tertinggal ni. Tak kira nak masukkan juga sebagai kenangan. Semua kenangan kena masukkan satu demi satu ok... tak boleh tinggal. Tengah rajin nak update ni.... layan jelah... hihi...



Raya Haji kali ni giliran beraya di kampung mertua di Raub, Pahang.  Seawal 5 pagi hari Sabtu kami dah bertolak dari PJ.  Sampai Petronas Gombak ngam2 dengar azan Subuh.. jadi sedang elokla isi petrol & solat dulu kat situ.  Sambung perjalanan & melepasi tol Gombak tak sampai pun 10 minit.. jalan dah mula sesak.  Wah! ada pesta lampu brek! hahaha... Masa tu baru pukul 6.30 am.  Wahhh.. rupanya ramai yang bertolak awal pagi.  Okay.. mengadap ajelah jem tak usah banyak komplen.  hehehe...  Tak kisah sangat sebab cuaca pagi kan nyaman.  5 jam lebih juga sampai bandar Raub, perjalanan biasa.. selalunya hanya 2 jam lebih je... Redha jelah... hehe...  Sempat singgah pasaraya TF beli barang2 dapur tambahan yang lain.  Daging, ayam & ikan dah beli siap2 kat PJ.. dah siap frozen.  Sampai Raub masih sejuk cuma dah ilang frozennya... mujur tak busuk.. hehe... Kat TF hanya beli barang2 kering je.  Anak dara MaDiHaA yang kat asrama tu petang Jumaat dia dah balik ke rumah opahnya.  Beli jugalah sekali barang2 kiriman si anak dara untuk bawak ke asrama.

copy gambar dari blog Dapur MaDiHaA


Menu raya kami kali ni.. pandai2 MaDiHaA & suami je berbincang nak masak apa.  Tak tanya pun mak mertua.. hehe.. memang biasa mak serahkan pada kami je nak masak apa kalau giliran kami beraya kat sana.  Tapi kalau raya puasa.. biasanya menu wajib mesti mak mertua buat lemang.  MaDiHaA hanya masak menu tambahan lain je macam rendang, ketupat nasi atau nasi impit dengan kuah kacang.  Bila raya haji ni.. biasanya menu ikut dan  & ikut suka anak menantu dia je.  MaDiHaA dok berangan2 hari tu memang nak masak menu gulai kawah.  Jadinya.. masaklah kami nasi hujan panas, 3 kg gulai kawah daging, 1 1/2 ekor ayam masak merah, 1 1/2 ekor gulai aserong ayam & acar timun.  Alhamdulillah.. laku... nasi sampai kena masak 2 kali... hehe... MaDiHaA hanya masak nasi & gulai kawah je. Ayam masak merah tu adik ipar masak, gulai aserong ayam mertua masak.. acar timun pun mertua yang buat.  Raya haji satu kuih pun takde.. hehehe...


ini pun gambar copy dari blog masak2 ku.. hihi..





Ini gambar kami sebelum keluar beraya. Hanya 4 beradik yang balik beraya kali ni. Adik yang dok dengan mak mertua pulak giliran raya rumah mertua dia kat Kuantan. Kakak & adik ipar masing2 pun tak balik sebab beraya dirumah sendiri. Sorang lagi adik bujang suami pula tak dapat cuti katanya. Jadi hanya kami jelah yang meriahkan rumah opah kat kampung kali ni..

Ok itu saja kisah raya haji kami.  Nanti update kisah lain pulok..

Thursday, October 13, 2016

Deerland Park, Lancang, Pahang

Assalamualaikum...


Tak lengkap rasanya sesiapa yang melawat ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah jika tidak terus singgah ke Deerland Park yang jaraknya hanya kira-kira 3km sahaja antara keduanya.  Jadi kami pun tidak akan lepaskan peluang untuk ke situ.  Seronok dapat melihat rusa dari jarak dekat. Selain rusa terdapat juga pelbagai haiwan lain yang diletakkan di sini. Ada yang boleh dipegang dan disentuh sekiranya anda ingin membelai haiwan2 tersebut. Ada yang hanya boleh dilihat dari luar sangkarnya.  Antara haiwan yang sempat kami lihat seperti rusa, burung unta, ular albino, ular sawa, ular ball phyton, hedgehog, kucing hutan, pelbagai jenis burung & lain-lain lagi yang MaDiHaA dah lupa haiwan apa lagi yang ada sebab kebanyakkannya tengok sekali lalu macam tu je.  Jom tengok gambar yang sempat MaDiHaA snap ni. Ada beberapa jenis haiwan yang tak sempat ambil gambar pun sebab dah kepenatan & lagipun kami hanya lalu macam tu je, jadi memang tak sempat ambil gambar. Hanya di port2 tertentu je kami lepak lama siap duduk2, jadi kat situ je lah yg ada banyak gambar.. hihi..  Jom layan...






Sesampai saja di situ, cepat2 beratur beli tiket. Tiket dewasa RM5 & kanak2 RM3 (tahun 2014). Kita akan melalui lorong yang disediakan dengan suasana yang amat redup & nyaman dikelilingi hutan & pepohon. Tak lama lepas tu nanti kita akan jumpa pondok pemeriksaan tiket & kita akan diberikan bakul berisi ubi keledek yang siap dipotong-potong. Ubi keledek tu nanti adalah untuk diberikan kepada rusa2 yang berada di dalam kandang. Semua rusa jinak-jinak belaka. Semua rusa datang kerumun berhampiran kita di tepi pagar untuk berebut mendapatkan keledek yang kita suakan. Ada yang sampai berdiri 2 kaki! Amboii... lapar sangat gamaknya.. hihi... Seronok tengok telatah rusa2 tu. Anak2 pun happy tapi ada yang takut2 nak bagi rusa makan. hihi.. Dapat bagi makan rusa2 tu dan dapat pula menyentuhnya, itu satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. 



Tak jauh dari kandang rusa ni ada juga kandang burung unta. Tapi burung unta ni tak friendly macam rusa. Jadi tak banyaklah gambarnya.. hihi... maklumla jurufoto pun ambil gambar dari kamera handphone yang tak berapa canggih je.



Gerak ke depan sikit ada macam2 lagi haiwan yang kami jumpa. Tapi yang menarik perhatian kami bila ada ular jinak yang boleh disentuh & dipegang ni. Selain tu, ada juga beberapa ekor hedgehog yang comel. Eiii... geram je tengok dia sebab comel sangat. Mula tu takut-takut juga nak pegang sebab berduri. Rupanya duri hedgehog ni lembut je, tak macam duri landak tu.  Ada juga ular sawa & ular ball phyton yang jinak. Boleh angkat & pegang untuk ambil gambar.. so memang tak lepaskan peluanglah untuk pegang.  Dah tak rasa geli sebab dah pernah pegang ball phyton kepunyaan kawan dulu tu kan. Cuma, ular sawa tu malas nak angkat sebab besar sangat.  Beratnya pun mau berpuluh kilo! Yang menarik perhatian kami waktu tu, ada sepasang pengantin baru yang sedang buat outdoor shoot. Mereka disuruh letak ular2 di bahu untuk ambil gambar. Lucu tengok gelagat si suami (pengantin lelaki) yang nampak geli geleman dengan ular2 tu asyik nak lari-lari je.. haha.. Si isteri nampak rileks je. Yang paling lucu, ada ke patut lepas siap je snap gambar, si suami cepat-cepat cabut lari tinggalkan si isteri keseorangan dengan ular yang berat gila tu masih di bahu. Dah sampai senget bahu si isteri menahan berat ular sawa tu sambil menjerit2 menahan berat ular tu keseorangan... hahaha... adoii.... bertuah punya suami.. hihihi....


Oklah... itu saja kenangan kami kat sana.  Anak2 semua seronok dapat bermesra dengan haiwan2 di sini. Cuma adik Alin je penggeli tegar. Semua haiwan pun dia geli, tak berani nak dekat. Selesai bermain dengan haiwan semua ke sinki yang disediakan untuk mencuci tangan. Kemudian sempat juga kami masuk kedai cenderahati & belikan anak2 cenderahati keychain & t-shirt sebagai kenang-kenangan. Keluar je dari Deerland ni kami terus bergegas mencari surau dikampong berdekatan untuk solat jamak. InsyaAllah ada kelapangan nanti boleh singgah lagi.

Jumpa lagi...

Friday, September 9, 2016

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lancang, Pahang

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Setengah sekian lama menyepi, kini baru terasa nak update semula entry tertunda. Agak sibuk kebelakangan ni dengan pelbagai komitmen. Hari ni ada sikit masa terluang. Ini pun dah berhari2 dok edit2 gambar. Nak mengarang dok menunggu2 waktu terluang. Gambar2 memang tak sempat nak edit satu2, jadi macam biasa MaDiHaA edit je banyak2 kat photoscape. hihi..

Walaupun ini entry dah basi tahap gaban.. tapi tak kira, nak juga masukkan kat blog. hehe... Kisah musim cuti sekolah bulan September 2014 okeh! Biar lambat asal ada orang kata.. hihi..


 

Minggu terakhir cuti sekolah bulan September tu dalam perjalanan nak hantar kakak Dini balik asrama kat Raub, kami ambil kesempatan singgah ke Lanchang untuk melawat Pusat Konservati Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah. Tempatnya memang agak terpencil sikit kena masuk jalan kampong, ada hutan2 kiri kanan, tapi suasananya sangat tenang kerana jauh dari kesibukan.  Sebenarnya, ini kali ke dua dah kami pegi ke sini. Kali pertama kami pernah singgah dalam perjalanan balik dari hantar pengantin di Jerantut, tapi kerana dah lewat petang, rupa2nya pusat ni dah ditutup kepada pengunjung. Jadi kami pun ubah haluan ke Deerland yang tak jauh dari situ kerana Deerland tutup lewat sikit dari tempat gajah tu. Oleh kerana lawatan kali pertama kami tak berpeluang masuk, jadi kami pun buatlah lawatan kedua. Pagi selepas sarapan  kami dah mulakan perjalanan ke Kuala Gandah. Anak2 semua teruja nak tengok gajah. Ibu pun sebenarnya memang minat tengok flora & fauna. Perjalanan jauh pun tak terasa kerana semua gembira.. hihi..






Sampai2 je kat situ kami kena daftar dulu. Kami diberikan sticker setiap seorang untuk ditampalkan pada pakaian kita. Yang paling seronok tu, masuk tengok gajah kat sini percuma je tau!  Tak perlu bayar, cuma pergi je kat kaunter, isi nama dan ambik sticker. Jimatkan? hihi... Walaupun tempat ni FREE, tapi tempat ni sangat terjaga. Bersih, cantik, tenang. Serius! Suka sangat.







Tempat ni dah wujud lebih kurang 30 tahun dah, sebelum ni tempat ni hanya untuk penempatan gajah liar atau sakit (untuk dirawat) tapi sekarang mereka dah buka kepada rakyat untuk mendekati dengan lebih dekat lagi hidupan gajah ini. Dulu Gajah ni boleh di tunggang, tapi skrg dah tak boleh, sbb ada kes.  Aktiviti yang ada sekarang hanya boleh bagi gajah makan dan boleh jugak join bagi gajah mandi. Ada pakej istimewa bagi yang ingin mendekati dengan lebih dekat dengan gajah2 ni antaranya boleh beri anak gajah minum susu, sediakan makanan untuk gajah2 & beri anak gajah makan secara dekat (dalam kandang), bersihkan kandang gajah & bermacam2 lagi selain ikut mandikan gajah di sungai. Tapi kami tak ambik apa2 pakej pun sebab hanya sekadar nak melihat gajah saja.  Waktu sesi bagi gajah makan, sempat juga kami suapkan gajah2 dalam kandang tu makan. Mereka sediakan beberapa bakul buah2 yang dah siap dipotong seperti betik, tembikai & tebu kemudian penontonboleh ambil buah tersebut & suapkan gajah2 tu makan. Ada juga gerai yang menjual makanan utk diberikan pada gajah. Mungkin itu untuk pengunjung yang teringin nak bagi gajah makan diluar waktu persembahan. Kalau tak silap MaDiHaA, waktu persembahan gajah2 ni bermula pada pukul 2 petang kot. Ingat2 lupa dah.





Sempat juga kami intai2 gajah yang dimandikan dari jauh. Sebelum pulang, sempat juga belikan anak2 cenderahati untuk dibawa pulang.

Oklah itu saja gambar2 & kisah yang sempat dituliskan... ada rezeki nanti boleh datang ke sini lagi. Keluar je dari tempat gajah ni, kami terus menuju ke Deerlands. Nantikan entry di sana pula ye. Tapi tak berani janji bila lagi MaDiHaA akan update.. hihi...

Jumpa lagi.

Friday, June 10, 2016

Open Table Sempena Birthday Kakak Dini 14 Tahun kat Gerai Sri Kallang, Simpang Kallang, Raub

Assalamualaikum & salam sejahtera....


23 Ogos 2014 birthday anakanda sulung MaDiHaA yang ke 14 tahun. Kebetulan jatuh hari Sabtu tarikh tu & kebetulan juga en. suami cuti, jadi kami ambil kesempatan pulang ke kampung en. suami kat Raub. Anakanda yang dok asrama kat Raub pun terus balik rumah opah dia kat sana. Malam tu baru kami bersua muka. Dek kesibukan bekerja, MaDiHaA tak sempat nak buat kek besday pun utk dia.. tapi hanya sempat bakar cheese brownies je. Jadilah kan daripada takde. Anakanda rindu air tangan ibunya... tapi ibunya ni mood nak membaking & mendeko dah ke Laut Cina Selatan dah.. hahaha...

Malam kami sampai tu.. terus suruh kakak Dini potong brownies birthday dia. Malam esoknya ibu open table belanja makan2 family mertua. Kebetulan adik2 ipar pun ada yang balik bercuti juga.. so.. ramailah yang dapat join.  2 orang sepupu en. suami pun kebetulan ada datang ziarah mertua.. so pelawalah sekali dorang dinner malam tu.  Lokasi dinner kami kat Gerai Sri Kallang, Simpang Kallang Raub.  Masakan kat gerai ni memang sedap2 belaka. Antara kedai makan yang popular kat Raub.  Paling best, ikan bakar & kerang tu... super delicious.. eh eh ehh... lupa pulak bulan puasa dok cerita pasal makan2 best.. hehe...


Sebelum makanan sampai, possing2 dulu tapi kamera handphone cikai.. jadi gambar pun tak berkualiti la.. hihi..  Kena duduk meja panjang la nampaknya sebab ramai.... 3 buah kereta kitorang serang.. hihi.. Rezeki Allah bagi kita kongsi sama2... doakan kakak ipar ni dimurahkan rezeki selalu & bolehlah belanja korang selalu... hihi..


Antara lauk yang diorder.. ikan siakap tiga rasa, pari bakar, kerang bakar, tomyam, sup ayam, kangkung belacan & telur dadar.  Yang lain lupa dah apa benda order.. maklumla.. cerita 2 tahun lepas... hihi..


Semoga bertemu lagi di lain entry... masih dalam proses mencari2 gambar2 yang masih dapat diselamatkan yang pernah di simpan dalam facebook. Sedih lagi hati ni sebab gambar dalam tumbdrive banyak yang tak dapat diselamatkan lagi... huhu...




Monday, January 18, 2016

SMKK71 Re-Union Yang Pertama...

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Selepas bertemu rakan2 sekolah di FB.... hubungan yang terputus dengan rakan2 sekolah kini bertaut kembali.  Masing2 ada yang merantau keluar jauh dari Pahang dan ada juga yang masih berada di kampong halaman. Masing2 dengan karier yang berbeza2. Seronok melihat kejayaan kawan2. Hubungan kami bertambah akrab bila masing2 ada di group WhatsApp.  Maka pada cuti raya puasa 2014, kami mengambil kesempatan untuk sama2 berkumpul dalam re-union iaitu khasnya buat bekas pelajar SMKK yang lahir pada 1971 iaitu yang berada di tingkatan 5 pada tahun 1988 di SMKK.  Kebanyakan kami adalah anak2 peneroka Felda Keratong 1 hingga 5 yang bersekolah di situ.  Bayangkan... setelah hampir 26 tahun berpisah tak bertemu dengan kawan2 semua.  Bila dapat berjumpa pada masa tu.. seronoknya tak dapat nak diucapkan.  Macam2lah cerita yang keluar.. hehe... Masing2 ada yang tak berubah wajah, dan ada juga yang hampir2 tak kenal. Masing2 ada yang datang secara solo dan ada juga yang membawa bersama pasangan masing2 serta anak2. Riuh rendah dibuatnya...

Inilah kenangan terindah buat kami... re-union yang pertama kali dibuat & insyaAllah akan kami jadikan acara tahunan.  Setakat ni dah 2 kali re-union seumpama ini dibuat. Cuma... setiap kali pertemuan... ada yang dapat datang dan ada yang tak dapat datang. Maklumlah masing2 ada agenda keluarga masing2. Raya pun setiap tahun kena bergilir2... Jadi mana2 yang kebetulan beraya di Keratong.. bolehlah join. MaDiHaA dapat ikut serta re-union yang pertama kali diadakan ini, tetapi pada tahun 2015 yang lepas... tak dapatlah nak ikut serta sebab beraya dirumah mertua. 

Ini antara gambar2 yang sempat di snap. Ada juga dari kamera rakan2 yang lain... Terima kasih semua...

30/7/2014 bersamaan 3 Syawal1435
Re-union kali ini disponsor oleh en. Azmi Fatahulkarim. Majlis berlangsung di rumah mertuanya di Keratong 5. TQ Mie for everything... Ni kira macam open house raya jugalah ni... En. Azmi kita hidang mee bandung & mee kari pada hari kejadian.




Bergambar kenangan dengan kawan2 lama...


Inilah di antara wajah2 bekas pelajar SMKK 1984-1988.  Seronok tak terkata dapat bersua kembali dengan mereka semua.  Semoga kita semua dipanjangkan umur dan dapat berkumpul lagi di masa akan datang... InsyaAllah..

Jumpa lagi..

Thursday, October 29, 2015

Kenduri Kawin Sepupu En. Suami... Siti & Farid

Assalamualaikum....

26/4/2014
Kami balik kampong Raub sebab ada majlis kenduri kahwin sepupu en. suami, Siti & pasangannya Farid orang N9.  Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Macam biasa bila kenduri kendara riuh rendah sanak sedara membantu. Balik tu bukan setakat melawa & datang makan je tau. Sama2 turun padang menolong.  Family en. suami ni bab2 kenduri memang bagus sebab semua main peranan masing2.  Geng lelaki memang siap tubuhkan group baju merah yang digelar Salam Generasi (Salam tu nama tok dorang) & mereka semua pakai uniform merah.  Kira dah terkenal lah kalau kenduri kendara family Salam ni memang akan ada penanggah baju merah yang buat keje2 penanggah.  Mereka semua terdiri dari bapa saudara, anak2 saudara & anak2 sepupu.  Sebelum kenduri pun masing2 buat keje.... tidor lewat.. bangun kul 3 pagi mesin kelapa & sebagainya.  Bukan setakat angkat pinggan kotor je.. siap adalah bahagian cuci pinggan sampailah ke habis kenduri... buka khemah & siap hantar barang2 khemah bagai.  Meriah kenduri kat kampong... semua bersepakat buat sendiri.  MaDiHaA pun ada tugasan juga walaupun hanya menantu.... jadi tukang hias lauk pengantin, cucuk2 sosej... deko2 bunga sayur bagai ngan buah2 hidangan... bolehlah orang kata bidan terjun. Tukang masak orang lain.. MaDiHaA bab deko je... Kali ni memang tak sentuh bab hantaran sebab kami sampai pun dah lewat... jadi ambik tugas pagi2 kenduri tu jelah.. siapkan lauk pengantin... 

Ok jom layan gambar...
Ni kenduri kali ke 3 dah kat rumah makteh ni... ramai anak pompuan... ada 4 lagi menunggu.. sorang je lelaki... tapi masih sekolah lagi..


Group Salam Generasi memang glamour... tiap kali kenduri mesti di ajak bergambor dengan pengantin... hehehe...


Pengantin dah abis sanding... kaum keluarga la pulak makan... yg kat meja tu semua anak beranak... yg baju merah tu en. abang & sepupunya sedang menghabiskan lauk pengantin... hehehh... Masa ni dah takde orang lain dah.. tinggal family2 je...

Sesekali di ajak berposing.... layan jelah... jarang buat keje gini.. hehe.. masa ni dah petang dah ni... sebelum orang buka pelamin posing la dulu...

Ini gambar yang sempat disnap geng baju merah sedang buat keje...  dah lewat petang tu.. pengantin baru pun kena kerah basuh pinggan jugak... kekeke.... biasalah kan.. sekali sorang.. Masa kitorang dulu pun kene jugak.. siap gosok periuk hitam lagi ko..

Oklah.. itu je alkisahnya..

Wednesday, September 30, 2015

Tahlil Arwah... Selit Sambut Besday Haziq 8 Tahun..

Assalamualaikum...

1 Februari 2014

Mertua suarakan hajat hatinya nak buat kenduri tahlil arwah kat en. suami. Jadi kami pun balikla merealisasikan hajat mertua. Koreklah duit sana sikit, sini sikit.. almaklumla anak2 baru masuk sekolah banyak betul guna duit untuk bayar yuran sekolah.  Pheww... semput dibuatnya.  Anak 3 orang je pun. Abis beribu2 juga nak sekolahkan dorang.  Tapi alhamdulillah... adalah juga rezeki sikit utk buat kenduri.  Tak jemput orang luar pun.. hanya anak beranak. Mertua ramai adik beradik yang duduk sekampong, jadi sepupu2 suami pun tentulah ramai.  Padan sedara mara je pun dah penuh rumah mertua.  Tahlil diketuai sepupu suami yang keje kat lembaga zakat Pahang.  Alhamdulillah majlis berjalan lancar.



Hajat mertua nak buat mee kari... jadi mee kari lah jadi menu utama.  MaDiHaA sediakan pencuci mulutnya kuih serimuka & puding pelangi.  Sempat juga buat 2 biji kek coklat untuk besday abang Haziq.  Besday Haziq 29hb Januari.... kira lewat 2 hari sambutnya.... ala bukan sambut apa pun... sekadar potong kek aje... kek tu tuan punya besday tak makan pun... dia bukan jenis suka makan sgt benda manis2... Kek tu jamu kat tetamu je... sebab tu buat 2 biji ... kalau sebiji nanti tak cukup pulak.. hihi...



Oklah itu jelah untuk entry kali ni... banyak cerita dah lupa.. hihi..

Friday, August 28, 2015

Makan Petang di KFC & Late Dinner (malam tahun baru) kat Raub la pulak....

Assalamualaikum....


Sambungan cerita selepas annual lunch tu kan MaDiHaA bergegas kena balik cepat sebab nak balik Raub pulak... inilah sambungannya.  Bila dah sampai Raub ajak anak2 makan KFC. Kesian la pulak kat dorang ibu dah makan sedap2 kat restoren Italy tu... jadi ibu belanja la anak2 & bapak anak sekali makan kat sini.  Lagipun kakak kan dah nak masuk asrama.. dah susah nak makan2 macam ni lagi kalau dah duduk asrama tu. Takpelah ibu kan dah dapat bonus masa tu... blehla belanja u all.. hihi....

Tak banyak pon gambarnya... saja buat kenangan walaupun sekadar makan2 kat fastfood.  Ini pun first time masuk KFC Raub ni. Gambar2 ni semua akan jadi sangat berharga bila anak2 semua dah membesar. Lagi pula zaman sekarang dah tak rajin nak cuci2 gambar masuk album... semua gambar simpan dalam media sosial je.. 

31/12/13

Dah bagi peluang.. anak2 order tak hagak2... nak pulak abang Haziq... kalau order cheezy wedges tu tak mau kongsi2... mesti sorang satu... itupun macam tak berapa cukup.  Tapi ibu pun 2 x 5 jugak... dok teringin jugak nak rasa potato cheezy ball (tak ingat apa namanya) yang baru keluar masa tu.. kihkihkih...



Tengok baju ibu maintain baju yang sama masa lunch tu... malas nak tukar2 baju dah sebab nak cepat.. cuma sempat solat zuhur je sampai rumah sebelum bertolak hihi... 


31/12/13 new year eve --> 1/1/2014 (awal pagi)

Malamnya pulak en. suami nak belanja dinner untuk kami semua... Plan asal nak makan satay sedap kat padang milo kat Raub tu.. tapi disebabkan malam tahun baru... awal lagi pun satay dah habis.  So meratalah kami pusing sana pusing sini kebanyakan kedai penuh & banyak lauk dah habis.  Abis pusing dah & akhirnya jumpa satu kedai yang kami tak pernah makan atau sampai kawasan tu. Masa tu dah agak lewat dah disebabkan masa habis dok pusing2 bandar Raub cari kedai.  Kedai yang kami singgah tu nampaknya masih ada lauk yang berbaki & pelanggan pun takde & dapatlah kami dinner kat sini... Hanya ada ikan & sotong... jadi itu jelah rezeki kami malam tu.  Anak bujang MaDiHaA merajuk sebab tak dapat makan satay... orang lain makan... dia dok ngadap tv dengan muncung sejengkal... hehehe... tu.. tengoklah tu si bujang kecik yg baju biru tu.... (bujang besar baju biru tu adik en. suami).




Sayang seribu kali sayang... masakan kedai yang kami masuk ni langsung tak kena dengan selera kami... aduhaii... buat malu orang Raub je ni kalau masuk kedai ni tapi masakannya tak sedap langsung.  Yang lulus di tekak kami hanyalah sotong goreng tepong aje... haiishh... MaDiHaA tak saranlah masuk kedai ni ye... Tuan kedai sangat ramah & baik hati.. siap belanja kami ulam petai jeruk free... tapi sayangnya lauk masakannya kurang sedap.  Harap tuan kedai boleh improve masakannya. Mungkin ada masakan lain yang sedap.. tapi menu yang kami order semua tak kena dengan selera. Bukan hanya selera en. suami yang memang cerewet sikit bab makan.. tapi juga selera MaDiHaA yang kira cincai2 ni. Mertua, adik2 ipar & anak dara MaDiHaA pun berpendapat yang sama juga... semua kata tak sedap. Tak taulah ye... apa yang tak kena.. mungkin cara masakan dia tu kot. Bukan kata tak cukup garam ke apa.. tp cara olahan tu memang out of taste. Padanlah masa kami masuk tu takde orang dalam kedai ni... kedai sebelah penuh orang... tapi kedai sebelah takde masakan seafood macam nilah.. hanya masakan panas biasa2 je... tu yang tak masuk situ... huhu... Yelah konon nakla belanja mak & adik2 makan besar sekali sekala kan.. tapi macam ni pulak nasib kami... bayar seratus lebih juga.. tp memang tak puas hati betul dengan masakannya.  Redho ajelah... this is first & last.

Tu hah.... siakap 3 rasa... kuahnya meladong.. banyak terasa halia.. pastu campur pulak dengan daun limau purut. Korang rasa camne rasa dia? hihi... Yang lain malas nak komen dah... memang mengecewakan...


Ok itu je kisah sedih kami malam tahun baru... haha..