Followers

Showing posts with label Port Dickson. Show all posts
Showing posts with label Port Dickson. Show all posts

Tuesday, November 8, 2016

Port Dickson Episod 2 ~ Corus Paradise Resort

Assalamualaikum & bersua lagi...


Kali ni MaDiHaA update episod 2 di PD pula ye. Lepas semua dah kenyang bersarapan masing2 terus siap2 nak mandi kolam lagi kat hotel. Gambar-gambar yang ada ni sebenarnya gambar dalam masa 2 hari ye. MaDiHaA edit pun campur2 je. Sebab tu ada gambar Alin pakai baju belang2, ada yang pakai baju warna kuning.. hehe.. biarkan jelahh sebab saja untuk episod kali ni nak pos gambar kat resort/hotel ni je.


Pemandangan mengadap pantai dari hotel sangatlah cantik. Subhanallah.... terpegun seketika melihatkan pemandangan yang indah ini. Walaupun lagoon tu lagoon buatan manusia.. tapi ia tetap cantik apabila ada susunan pohon kelapa kat hujung lagoon tersebut. Kalaulah en. suami MaDiHaA jenis suka ambik gambar macam mem dia ni, dah lama ajak suami ke tepi lagoon tu posing2 kat situ, mesti cantik. Tapi malas nak suarakan hasrat di hati sebab nanti mesti dia takmau dengan alasan panas, jauh dan sebagainya.. sob sob sob.. hahaha...



Ini pula view mengadap hotel dan ada juga view yang MaDiHaA snap dari tingkat 1 hotel. Gigih panjat tangga ajak adik Alin temankan & klik2 view dari tingkat 1. Syok tengok orang lain mandi. Ehh! bukan skodeng tau... dorang mandi kawasan terbuka kot.. semua orang nampak... lainlah tengok orang mandi dalam bilik baru boleh chop skodeng.. hihi...



En. suami, kakak Dini & Haziq mandi di kolam dewasa, manakala adik Alin mandi kat kolam kanak2 je. Banyak tempat kanak2 boleh mandi ada banyak segmen2 yang dorang buat. Boleh je pilih nak mandi kat mana2. Semuanya berada dibawah bumbung hotel. Redup je. Kat kolan dewasa pun redup sebab dah terlindung dengan bangunan hotel yang tinggi tu.  Best sangat..




Puas adik Alin berendam.. kesian dia takde geng. Kakak & abang join ayah kat kolam dewasa. Ibu jugakla yang kena temankan adik dan lepas tu adik pulak teman ibu panjat tangga tingkat 1 semata2 nak snap gambar dari balkoni tu.  Mujur adik dah faham dah minat ibu dia ni... hahaha... 




Selesai mandi manda perjalanan nak balik ke apartment.. sempatlah posing sedas dua. Itupun en. suami laju je menonong nak balik ke apartment. Suruh kakak Dini je tolong snapkan gambar ibu pose tepi lagoon tu.  Rugi kot tak bergambar kenangan kat sini.. lepas ni tak tau bila lagi boleh jejak kaki kat sini. Kita bukan orang ada2 nak bercuti kerap-kerap macam orang lain. Dapat bercuti setahun sekali pun kira dah mujur dah... 



Dan ini je sekeping gambar Corus Paradise Resort sempat snap dari kawasan parking lepas check out dari apartment. Ada rezeki bolehlah datang lagi insyaAllah. Tahun bila tu belum pasti.. haha...

Tamatlah kisah percutian di PD... jumpa lagi di lain episod..

Monday, November 7, 2016

Port Dickson Episod 1 ~ Corus Paradise Apartment

Assalamualaikum & salam sejahtera.....


Cuti sekolah hujung tahun 2014 sempat bawa anak2 bercuti di Port Dickson je. Pilih destinasi yang dekat2 dan murah2 je. Itupun kira plan di saat2 akhir jugak ni tapi mujurlah masih ada apartment yang kosong. Kami pilih menginap di apartment Corus Paradise. Janji boleh mandi manda anak2 dah cukup seronok dah. Nak menyewa kat Corus Paradise Resort, kami ni bukan jenis yang reti nak booking online.  Booking apartment ni mujurlah dorang terima deposit bank transfer. Kalau nak minta no kad kredit bagai minta maaf awal2 kitorang ni bukannya ada kad kredit pun... hihi.. Tak kisahlah dok mana2 pun, janji ada tempat boleh lelapkan mata sudah. Budak2 ni dah cukup seronok dan selesa tambah pulak bila bilik ada aircond.. kat rumah mana ada aircond2 bagai. Tak mampu haihh nak bayar bil letrik mahal2... kehidupan kami ni serba sederhana je.. syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan... masih ada yang lebih susah dari kami.. maka nikmat manakah lagi yang kamu ingin dustakan?

11/12/2014

Kami pilih apartment 2 bilik je. Cukuplah untuk kami 5 beranak. Katil pun ngam2 untuk 5 orang.  Boleh masak2, ada dapur & peti ais.  Semua bilik ada aircond & balkoni belakang boleh nampak pantai. Boleh bbq kat situ kalau mahu. Cukup selesa dah bagi kami. Cuma view sebelah depan rumah agak scarry sikit sebab apartment ni letaknya bersebelahan dengan bukit dan dilereng2 bukit tu memang banyak pokok2 besar umpama ko duduk tepi hutan. Pokok tu memang sengaja di simpan untuk mengekalkan flora sekelilingnya. Sebelah hutan tu kawasan parking kereta. Ada nampak tukang sapu dok cakar2 daun2 kering kat tepi bukit tu kiranya bukit tu memang dijaga & sengaja tak ditebang pokok2nya. Kalau siang ok lagi, tapi kalau kau keluar malam dan sorang2 pulak...makk oi... terasa juga seram2 sejuk. Tambah pulak apartment tu sunyi sangat. Macam takde penghuni lain je.. padahal ada je penyewa2 lain kat tiap2 apartment. Buktinya ada lampu yang terpasang & kawasan parking pun penuh dengan kereta.  Kalau takde orang takkan kawasan parkingnya penuh dengan kereta ye dok? hehe...


Lepas check in, rehat2 kan badan & tunaikan kewajipan dulu sambil tunggu teduh2 sikit barulah kami jalan2 tepi pantai. Anak2 celup2 kaki je kat pantai. Tak mandi pun, tapi kami bawak anak2 pegi mandi pool kat hotel je. Nak mandi kat pool hotel ni wajib ada pass kalau tak dikenakan bayaran kalau tak silap. Budak yang kami berurusan sewa apartment ni dah cakap kalau nak mandi pool hotel tunjuk je pass tu.


Posing2 dulu sebelum menuju ke pool hotel. Anak2 dah tak sabar nak mandi kolam. Huk aloh... padahalnya kat rumah pun ada kolam.. hihihi... Yelah kolam kat rumah mana nak sama dengan kolam hotel kan? Yang hotel jugak yang sedapnya.. hihi.. Masa dorang mandi adalah juga ambik gambar sikit2. Yang tu nanti MaDiHaA upload dalam episod ke dua ye.


Sebelah malamnya kami jalan2 cari makan kat bandar PD. Bandar PD ni tak besar sangat, so ko pusing2 takdelah sampai sesat.  Sebelum singgah makan sempat pegi pasaraya dulu beli jajan untuk budak2, bahan mentah & kopi 3 in 1 nanti senang pagi esok nak sarapan bila stok makanan dah ada. Dah siap shopping serba sikit terus ronda2 cari makan. Kami tuju je kat restoren dalam bandar yang senang nak dapat parking. Kami order siakap 3 rasa, sotong celup tepong, kailan ikan masin, tomyam putih, sup ayam & Haziq pulak order chicken chop. Air pulak pilihan masing2 dan MaDiHaA order air feberet iaitu jus amra/kedondong asamboi.  Alhamdulillah bolehla masakannya MaDiHaA bagi 3.5 bintang dari 5 bintang sebab sotong tu failed celup tepong tebal camtu.. tak ikut citarasa MadiHaa.. hihihi.... Lupa apa nama restoren ni. Letaknya bersebelahan je dengan funfair. Lepas makan2 ni terus anak2 ajak pegi funfair pulak. Hmm.. layankan ajelah... tak ambik gambar pun kat funfair sebab handphone cikai bukan cantik pun ambik gambar dalam gelap.. huhu...


Pagi esoknya kitorang sarapan mee segera, bubur segera, roti & sosej rebus je. Cukuplah rezeki untuk pagi tu.. Siap sarapan sekali lagi bawak anak2 mandi kolam sebelum check out. Tak puas2 dorang ni mandi kolam.  MaDiHaA tak mandi pun, jadi tukang pantau & tukang snap gambar jelah... gitu lah sokmo2 pun memang malas nak terjun kolam sebab kita kan selalu jadi photographer. Kalau mandi nanti siapa pula nak jagakan kita punya hanphone.. hihi...

Ok nanti sambung episod ke 2 di PD pulak ye... jumpa lagi..