Followers

Friday, November 4, 2016

Konsert & Konvokesyen Tadika Sinar Merah

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hari ni update kisah Konsert & Konvokesyen Tadika Sinar Merah 2014 masa Alin umur 5 tahun. Haha... punyalah lama terperam gambar2 ni semua. Ini je gambar yang dapat cari. Kalau ikutkan masih ada gambar2 lain yang en. suami snap kat belakang pentas. Tapi gambar2 tu semua tak dapat dikesan entah kat mana MaDiHaA simpan. Kot terjumpa nanti MaDiHaA update jelah semula entri ni. Saja untuk kenang2an. Gambar dah snap sayang pulak tak dientrikan.. layan jela...

Masa ni seingat MaDiHaA dah masuk bulan November.. dah hujung2 tahun biasanya tadika akan buat konsert. Seronok tengok anak2 comel buat persembahan. Kadang tu macam tak sangka dorang boleh perform dengan persembahan yang sangat menghiburkan. Ini kali kedua konsert Tadika Sinar Merah yang MaDiHaA tengok. Tahun sebelumnya, masa abang Haziq umur 6 tahun. Kali ni giliran adik Alin plak sebab MaDiHaA hantar di tadika yang sama sebab tadika ni agak bagus nak banding dengan tadika yang kakak Dini sekolah umur 5 & 6 tahun dulu. Abang Haziq pun pernah sekolah tadika yang sama kakaknya sekolah masa dia umur 5 tahun dulu. Dari pemerhatian MaDiHaA budak2 agak lambat belajar. Sebab tu MaDiHaA tukar tadika lain.Ada rezeki lebih, so hantar lah ke tadika yang bagus sikit. Maklumla yuran daftar tadika swasta ni mengalahkan orang sekolah rendah atau menengah. Begitulah juga dengan yuran bulanan memang agak tinggi la sikit.  Sabor ajela.. apa2pun ibu bapa yang mampu pasti akan mengutamakan pelajaran anak2 berbanding wang ringgit betul tak? 

Okla.. layan la gambar yang tak seberapa ni...

Masa ni masih kat rumah lagi. Konsertnya berlangsung sebelah malam. Cikgu pesan suruh siap2 dari rumah, jadi ibu pun mekapla lebih kurang anak dara montel ibu ni.. hihi... Adik masuk acara fashion show berpasangan dengan murid lelaki. Pastu ada gak masuk nyanyian & buat gaya ramai2. Mujurlah kena pakai baju kurung je. Kalau pakai baju gaun atau lain2 baju jenuh ibu nak kena beli baju lain... Bukan senang nak cari baju untuk adik Alin ni.. payah nak cari saiz...



Masa konsert ni, apak & mak Ani pun ada datang juga.. bagi sokongan sikit kat adik Alin. Wajiblah mak Ani datang sebab 2 orang anak asuhannya buat persembahan kan.. Alin & Adam. Eloklah tu.. memang Alin digandingkan dengan Adam pun masa buat fashion show tu, dorang berdua pun dah macam adik beradik hari2 main sama kat rumah mak Ani, jadi takdelah rasa kekok.. hehe..


Masa ni lagu Oppa Gangnam Style tengah hot. Jadi masa dorang buat fashion show ni lagu tu jadi pilihan cikgu.   Kira memang rancaklah dorang punya step.  Ibu dah risau je takut2 Alin tersalah langkah. Tapi alhamdulillah.. cantik je adik Alin jalan pergerakan pun lancar.. step berpegangan tangan pun ngam2 je dengan Adam. Yang 2 pasangan lagi yg pakai baju moden & baju India... step tak betul.. semua penonton gelak.. hehehe.. Tak banyak pun ambik gambar kat atas pentas sebab kedudukan kami agak jauh dari pentas. Setakat ambik gambar guna handphone cikai ni... memang kelabu asaplah gambar2nya.. so ini ajelah yang sempat snap.

So itu jelah cerita untuk kali ni.. jumpa lagi..


No comments:

Post a Comment