Followers

Thursday, November 10, 2016

Makan-makan di Restoren Chandayu, Pulau Indah

Assalamualaikum & salam sejahtera....




Alhamdulillah akhirnya tamat sudah cerita tertunda di tahun 2014. Lega! hihihi... Jadi hari ni mari MaDiHaA mulakan dengan cerita tertunda tahun 2015 pulak yea. Setahun punya cerita harap2 boleh habis sebelum masuk tahun baru... hihihi... bertabahla.... Sebenarnya tak banyak sangat pun cerita yang nak dientrikan. Bukan semua pun MaDiHaA snap gambar. Tambah pula ada antara gambar2 yang dah di sync di facebook tak sempat diselamatkan sebab facebook dah delete semua gambar2 yang disync.  MaDiHaA ada terima email dari facebook yang arahkan ambil gambar di moment. Disebabkan handphone MaDiHaA ni handphone cikai maka tak boleh nak install moment. Uwaaaa.... rasa nak nangis banyaknya gambar2 yang hilang. Gambar2 yang ada ni pun mana2 gambar yang ada dalam hanphone suami & sebahagiannya gambar yang dimasukkan di album facebook. Sedih la jugak.. banyak kenangan hilang gitu je... Oklah kita lupakan saja gambar2 yang hilang tu. Biarlah ia tersemat di dalam ingatan MaDiHaA sahaja.



Untuk entry tertunggak yang pertama tahun 2015 kali ni nak cerita kisah kami sekeluarga keluar makan2 di Restoren Chandayu, Pulau Indah, Klang. Ini kali ke 2 dah MaDiHaA makan kat sini, itupun adik ipar yang dok Klang yang perkenalkan. Restorennya agak tersorok dari jalan besar & kalau tak biasa memang susah juga nak cari sebab letaknya dibawah bukit masuk simpang terus kena buat u-turn simpang kecil & menuruni bukit. Memang tak nampak langsung dari jalan besar tambah2 kalau pegi waktu malam.  Restoren merupakan restoren terapung kerana dibina dikawasan muara sungai. Nak berjalan ke restorennya kena lalu jambatan kecil yang diperbuat dari kayu. Seram2 sejuk juga nak pijak kayu2 tu takut je kot terperlus kaki manalah tau kalau2 kayu tu tak mampu nak tampong berat kita yang obesiti ni.. hahaha.. Restoren ni juga sediakan surau & tandas yang selesa yang mana kita kena lalu ikut jambatan kecil juga untuk ke situ.  Anak2 sukalah sebab boleh jalan2 atas jambatan.. heii.. mak2 ni yang seram tengok tau.  Kat sini pun ada disediakan perkhidmatan sewa sampan & bot untuk tujuan memancing. Oleh kerana handphone ni canggih sangat, maka takdelah gambar2 sampan/bot yang boleh dikongsi sebab bila MaDiHaA snap gambar dari jauh, gambar semua gelap & suram.  Kalau nak tengok kisah kali pertama kami makan di sini boleh klik SINI. Dalam entri tu adalah sikit gambar2 sampan/bot & persekitaran restoren ni.

Kami order serba 3 set untuk meja panjang ni + menu special untuk orang pantang.... hihi

Alkisahnya masa ma masih berada di rumah MaDiHaA masa MaDiHaA MC tu, adik dari Klang pun datanglah jalan2 di PJ pada hari Sabtu minggu terakhir cuti sekolah tu. Dorang ni dah ramai2 berkumpul dok pakat2 ajak makan2 kat luar. Adik yang kat Klang tu datang pun sebab nak jemput ma sebab esok Ahad tu dia nak hantar ma balik kampong pulak. Jadi dorang pakat ajak pegi dinner kat Klang jelah. Masing2 capai kata sepakat nak makan seafood. Ehh hello!! Kakak kau ni baru lepas operation tau.... agak2lah nak ajak makan seafood! hahahah... Dahsyat kan? Tapi takpela..adik2 punya pasal kakak sanggup berkorban. Ikutlah juga dorang, tapi untuk kakak yang masih berpantang ni.. hanya makan ikan cencaru bakar & sup sayur jelah. Siap pesan kat pekerja yang ambik order tu, sup sayur jangan campur udang. Gitulah kisahnya...

Gambar ni semuanya ikhsan dari kamera adik ipar je sebab tuan blog masa ni takleh nak renyah lagi.. hehe...

Itu jelah kisah makan2 kami kat sini.. nantikan sambungan aktiviti kami selepas makan-makan ni yea. Maklumlah malam minggu kata kau. Bukan selalu pun dapat berkumpul gini.  Ini pun kira tak lengkap sebab family adik lelaki takde sebab tak dapat datang dorang kat Pahang.

Cukup dulu untuk kali ni... Terima kasih sudi singgah!

No comments:

Post a Comment