Followers

Friday, April 27, 2018

Pertunangan Daus & Dayah

Assalamualaikum dan salam sayang...


Hampir lupa tarikh kejadian. Tak silap dalam bulan April atau Mei 2016 gitulah adik bongsu en. suami melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan hatinya.  Satu sekolah kekdahnya tapi berlainan batch. Sekampung tapi rumah jauh dan tunangannya ni keturunan Jawa yang berasal dari Selangor. Wahh... menantu mak nampaknya dari macam2 negeri. Perak ada, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Selangor lepas ni dari mana pulak agaknya ye... hehehe...


Ini hantaran dari pihak lelaki. 5 dulang ikut perjanjiannya.


Tak ingat dah berapa kereta yang pegi meminang. Kereta adik beradik saja dah 7 buah. Belum masuk sepupu2 lagi. Pendek kata, jenuh mencari parking nanti..


Macam biasa MaDiHaA dipertanggungjawap untuk buat sirih junjung. Hantaran yang lain biras MaDiHaA kat Kuantan yang siapkan sebab adik ipar yang bertunang ni duduk dekat Kuantan, so senang nak berurusan dengan biras MaDiHaA yang dok kat Kuantan tu. Beli barang kat sana & buat kat sana terus. Bawak yang dah siap gubah. Sirih junjung ni tak boleh buat awal... MaDiHaA sampai kampung baru buat paginya tu. 


Tukang bawak hantaran serah kat anak2 buah je sekarang ni. Ramai anak dara takyah susah2. Mak2 boleh jalan lenggang kangkung. Yang pegang hantaran tu semua cucu2 opah. Anak kakak ipar yang sulung 2 orang, anak adik ipar 2 orang, anak dara MaDiHaA sorang.

Bergambar lagi untuk kenangan...



Manis2 juga cucu2 opah ni rupanya ye... tapi macam2 saiz kekdahnya... yg gemuk ada, yang tinggi ada, yang kemetot pun ada... semua ikut baka mak masing2... hahaha......


Dah sampai rumah pihak perempuan... sesi dialog serah kat orang tua2 la... yang lain2 tukang dengar & tokok tambahla sikit2...



Orang tua2 dalam rumah sedang berbincang, anak2 dara sibuk berwefie kat anjung rumah....


 Mak2 pula tekun mendengar perbincangan dua pihak...


Inilah dia gadis pilihan hati En. Firdaus... Hidayah namanya.. cantik manis orangnya... bersopan santun pula tu... 


Mertua bergambar dengan bakal menantu. Kalau ikut perjanjian hantaran dari pihak lelaki 5 berbalas 7. Tapi nampaknya pihak perempuan dah bagi lebih tanpa pengetahuan kami sebabnya hantaran2 lain banyak disponsor oleh mak2 saudara katanya. Rezeki kamilah nampaknya kan.

Cincin di sarung ke jari manis tanda ikatan pertunangan telah rasmi terjalin...
InshaAllah moga kekal ke jinjang pelamin...


Bersalaman dengan bakal mertua...


Eh eh... ada juga yang nak ambik berkat.  InshaAllah... moga kak Dini pun berakhlak mulia sama macam moksu Dayah juga. Moksu Dayah pun sekolah sama kat sekolah kakak.. samalah juga dengan paksu Daus... Bukan nak puji, tapi memang baik akhlaknya... 
hormat pada mak & orang tua... Memang secocok sangat dorang berdua tu..


Dah selesai semua perbincangan.. tibalah masa menjamu selera.  Wahh.. macam tak percaya menu kegemaran MaDiHaA pun disajikan pada hari kejadian. Pecal ada, masak lemak umbut kelapa pun ada. Yeeeaaaa.... seronoknya lah.. rindu sangat dengan sayur umbut kelapa tu... Selain tu ada menu Jawa iaitu sambal tahun. Pertama kali MaDiHaA dapat rasa... sedap... ini untungnya bila kita bertandang kenduri yang tak sama sekampung dengan kita. Dapat rasa macam2 menu yang berlainan. Walaupun family Dayah ni tinggal sekampung tapi mereka masih mengekalkan menu asal usulnya iaitu menu Jawa. Antara lain ada juga menu pecal lele yang memang MaDiHaA tak pernah rasa sebelum ni.


Ini pinggan MaDiHaA. Blur pulak..maaf ye. Tapi memang puas hatilah jamuan untuk kami pihak lelaki. Semua kekenyangan. Nak balik pun siap bagi goodies bag lagi.

Terima kasih tuan rumah.




No comments:

Post a Comment