Followers

Thursday, October 13, 2016

Deerland Park, Lancang, Pahang

Assalamualaikum...


Tak lengkap rasanya sesiapa yang melawat ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah jika tidak terus singgah ke Deerland Park yang jaraknya hanya kira-kira 3km sahaja antara keduanya.  Jadi kami pun tidak akan lepaskan peluang untuk ke situ.  Seronok dapat melihat rusa dari jarak dekat. Selain rusa terdapat juga pelbagai haiwan lain yang diletakkan di sini. Ada yang boleh dipegang dan disentuh sekiranya anda ingin membelai haiwan2 tersebut. Ada yang hanya boleh dilihat dari luar sangkarnya.  Antara haiwan yang sempat kami lihat seperti rusa, burung unta, ular albino, ular sawa, ular ball phyton, hedgehog, kucing hutan, pelbagai jenis burung & lain-lain lagi yang MaDiHaA dah lupa haiwan apa lagi yang ada sebab kebanyakkannya tengok sekali lalu macam tu je.  Jom tengok gambar yang sempat MaDiHaA snap ni. Ada beberapa jenis haiwan yang tak sempat ambil gambar pun sebab dah kepenatan & lagipun kami hanya lalu macam tu je, jadi memang tak sempat ambil gambar. Hanya di port2 tertentu je kami lepak lama siap duduk2, jadi kat situ je lah yg ada banyak gambar.. hihi..  Jom layan...






Sesampai saja di situ, cepat2 beratur beli tiket. Tiket dewasa RM5 & kanak2 RM3 (tahun 2014). Kita akan melalui lorong yang disediakan dengan suasana yang amat redup & nyaman dikelilingi hutan & pepohon. Tak lama lepas tu nanti kita akan jumpa pondok pemeriksaan tiket & kita akan diberikan bakul berisi ubi keledek yang siap dipotong-potong. Ubi keledek tu nanti adalah untuk diberikan kepada rusa2 yang berada di dalam kandang. Semua rusa jinak-jinak belaka. Semua rusa datang kerumun berhampiran kita di tepi pagar untuk berebut mendapatkan keledek yang kita suakan. Ada yang sampai berdiri 2 kaki! Amboii... lapar sangat gamaknya.. hihi... Seronok tengok telatah rusa2 tu. Anak2 pun happy tapi ada yang takut2 nak bagi rusa makan. hihi.. Dapat bagi makan rusa2 tu dan dapat pula menyentuhnya, itu satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. 



Tak jauh dari kandang rusa ni ada juga kandang burung unta. Tapi burung unta ni tak friendly macam rusa. Jadi tak banyaklah gambarnya.. hihi... maklumla jurufoto pun ambil gambar dari kamera handphone yang tak berapa canggih je.



Gerak ke depan sikit ada macam2 lagi haiwan yang kami jumpa. Tapi yang menarik perhatian kami bila ada ular jinak yang boleh disentuh & dipegang ni. Selain tu, ada juga beberapa ekor hedgehog yang comel. Eiii... geram je tengok dia sebab comel sangat. Mula tu takut-takut juga nak pegang sebab berduri. Rupanya duri hedgehog ni lembut je, tak macam duri landak tu.  Ada juga ular sawa & ular ball phyton yang jinak. Boleh angkat & pegang untuk ambil gambar.. so memang tak lepaskan peluanglah untuk pegang.  Dah tak rasa geli sebab dah pernah pegang ball phyton kepunyaan kawan dulu tu kan. Cuma, ular sawa tu malas nak angkat sebab besar sangat.  Beratnya pun mau berpuluh kilo! Yang menarik perhatian kami waktu tu, ada sepasang pengantin baru yang sedang buat outdoor shoot. Mereka disuruh letak ular2 di bahu untuk ambil gambar. Lucu tengok gelagat si suami (pengantin lelaki) yang nampak geli geleman dengan ular2 tu asyik nak lari-lari je.. haha.. Si isteri nampak rileks je. Yang paling lucu, ada ke patut lepas siap je snap gambar, si suami cepat-cepat cabut lari tinggalkan si isteri keseorangan dengan ular yang berat gila tu masih di bahu. Dah sampai senget bahu si isteri menahan berat ular sawa tu sambil menjerit2 menahan berat ular tu keseorangan... hahaha... adoii.... bertuah punya suami.. hihihi....


Oklah... itu saja kenangan kami kat sana.  Anak2 semua seronok dapat bermesra dengan haiwan2 di sini. Cuma adik Alin je penggeli tegar. Semua haiwan pun dia geli, tak berani nak dekat. Selesai bermain dengan haiwan semua ke sinki yang disediakan untuk mencuci tangan. Kemudian sempat juga kami masuk kedai cenderahati & belikan anak2 cenderahati keychain & t-shirt sebagai kenang-kenangan. Keluar je dari Deerland ni kami terus bergegas mencari surau dikampong berdekatan untuk solat jamak. InsyaAllah ada kelapangan nanti boleh singgah lagi.

Jumpa lagi...

Friday, September 9, 2016

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lancang, Pahang

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Setengah sekian lama menyepi, kini baru terasa nak update semula entry tertunda. Agak sibuk kebelakangan ni dengan pelbagai komitmen. Hari ni ada sikit masa terluang. Ini pun dah berhari2 dok edit2 gambar. Nak mengarang dok menunggu2 waktu terluang. Gambar2 memang tak sempat nak edit satu2, jadi macam biasa MaDiHaA edit je banyak2 kat photoscape. hihi..

Walaupun ini entry dah basi tahap gaban.. tapi tak kira, nak juga masukkan kat blog. hehe... Kisah musim cuti sekolah bulan September 2014 okeh! Biar lambat asal ada orang kata.. hihi..


 

Minggu terakhir cuti sekolah bulan September tu dalam perjalanan nak hantar kakak Dini balik asrama kat Raub, kami ambil kesempatan singgah ke Lanchang untuk melawat Pusat Konservati Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah. Tempatnya memang agak terpencil sikit kena masuk jalan kampong, ada hutan2 kiri kanan, tapi suasananya sangat tenang kerana jauh dari kesibukan.  Sebenarnya, ini kali ke dua dah kami pegi ke sini. Kali pertama kami pernah singgah dalam perjalanan balik dari hantar pengantin di Jerantut, tapi kerana dah lewat petang, rupa2nya pusat ni dah ditutup kepada pengunjung. Jadi kami pun ubah haluan ke Deerland yang tak jauh dari situ kerana Deerland tutup lewat sikit dari tempat gajah tu. Oleh kerana lawatan kali pertama kami tak berpeluang masuk, jadi kami pun buatlah lawatan kedua. Pagi selepas sarapan  kami dah mulakan perjalanan ke Kuala Gandah. Anak2 semua teruja nak tengok gajah. Ibu pun sebenarnya memang minat tengok flora & fauna. Perjalanan jauh pun tak terasa kerana semua gembira.. hihi..






Sampai2 je kat situ kami kena daftar dulu. Kami diberikan sticker setiap seorang untuk ditampalkan pada pakaian kita. Yang paling seronok tu, masuk tengok gajah kat sini percuma je tau!  Tak perlu bayar, cuma pergi je kat kaunter, isi nama dan ambik sticker. Jimatkan? hihi... Walaupun tempat ni FREE, tapi tempat ni sangat terjaga. Bersih, cantik, tenang. Serius! Suka sangat.







Tempat ni dah wujud lebih kurang 30 tahun dah, sebelum ni tempat ni hanya untuk penempatan gajah liar atau sakit (untuk dirawat) tapi sekarang mereka dah buka kepada rakyat untuk mendekati dengan lebih dekat lagi hidupan gajah ini. Dulu Gajah ni boleh di tunggang, tapi skrg dah tak boleh, sbb ada kes.  Aktiviti yang ada sekarang hanya boleh bagi gajah makan dan boleh jugak join bagi gajah mandi. Ada pakej istimewa bagi yang ingin mendekati dengan lebih dekat dengan gajah2 ni antaranya boleh beri anak gajah minum susu, sediakan makanan untuk gajah2 & beri anak gajah makan secara dekat (dalam kandang), bersihkan kandang gajah & bermacam2 lagi selain ikut mandikan gajah di sungai. Tapi kami tak ambik apa2 pakej pun sebab hanya sekadar nak melihat gajah saja.  Waktu sesi bagi gajah makan, sempat juga kami suapkan gajah2 dalam kandang tu makan. Mereka sediakan beberapa bakul buah2 yang dah siap dipotong seperti betik, tembikai & tebu kemudian penontonboleh ambil buah tersebut & suapkan gajah2 tu makan. Ada juga gerai yang menjual makanan utk diberikan pada gajah. Mungkin itu untuk pengunjung yang teringin nak bagi gajah makan diluar waktu persembahan. Kalau tak silap MaDiHaA, waktu persembahan gajah2 ni bermula pada pukul 2 petang kot. Ingat2 lupa dah.





Sempat juga kami intai2 gajah yang dimandikan dari jauh. Sebelum pulang, sempat juga belikan anak2 cenderahati untuk dibawa pulang.

Oklah itu saja gambar2 & kisah yang sempat dituliskan... ada rezeki nanti boleh datang ke sini lagi. Keluar je dari tempat gajah ni, kami terus menuju ke Deerlands. Nantikan entry di sana pula ye. Tapi tak berani janji bila lagi MaDiHaA akan update.. hihi...

Jumpa lagi.