Followers

Tuesday, October 18, 2016

Endau Beach Resort

Assalamuaalaikum...



Cuti Deepavali 2014 kebetulan jatuh hari Khamis, jadi kami semua ambik cuti sampai ke Ahad tu. Sekolah kakak pun cuti jadi dapatlah kami spend cuti bersama2. Dapat balik kampung jenguk tokma & kami memang dah plan nak berehat di Penyabong, Endau, Mersing. Siap dah MaDiHaA booking kat Endau Beach Resort untuk kami sekeluarga satu bilik & untuk ma satu bilik share dengan Abby.  Sesiapa yang nak bercuti ke Endau, Mersing ni MaDiHaA sertakan alamat & no contactnya.


Endau Beach Resort
Lot 321 Pantai Pasir Lanun, 
Kampung Penyabong, Endau, 
86900 Mersing, Johor
Tel : 607-7942611

Resort ni bagi kami ok je. Selesala jugak. Cuma untuk orang tua2 macam kurang friendly sebab kat sini banyak sangat tangga. Nak pulak bagi orang tua yang sakit lutut.. memang kesianlah. Yelah kan lokasi resort ni memang dibuat dikaki bukit jadi memang ada banyak tanggalah.  Kat sini korang jangan terkejut ye sebab agak banyak monyet yang akan keluar di waktu pagi untuk mencari makanan. Sempat gak MaDiHaA perhatikan telatah monyet2 ni dok selongkar tong sampah untuk cari sisa2 makanan. Tapi takdela pulak dengar monyet2 ni mencederakan pengunjung kat situ. Tapi walaupun begitu, kita kena hati2 jelah kan. Kalau boleh pagi2 tu jangan biarkan anak2 main2 kat luar bilik sorang2 bagi bilik2 yang ada tangga menuju ke atas bukit tu. Bagi bilik kami kat depan kolam renang tu, monyet takde pegi sampai ke situ.  Landskap kat sini memang terjaga rapi. Pagi2 lagi dah nampak pekerjanya menyiram pokok2 yang ada dalam kawasan resort ni. Memang cantik sangat lanskap kat sini. Tapi MaDiHaA tak sempat nak capture gambar cantik2 lagipun takde kamera canggih. Yang ada hanya handphone cap ayam yang dah hampir2 nak tamat tempoh ni.. haha...

Bilik yang kami ambik ni dapat bilik tingkat atas yang letaknya betul2 dihadapan kolam renang. Memang syokla tengok orang mandi manda dari tingkat atas sambil2 bersantai di bangku sambil2 hirup kopi panas.. hihi..  Bilik kami ada 1 katil queen & 1 katil single yang boleh tarik tilam bawahnya. So bolehlah tidor untuk 2 orang. Sorang lagi kenala bentang toto kat lantai. Memang muat sangat untuk kami 5 beranak. Bilik ma pulak ada 1 katil queen & 1 katil bujang. Bilik pun besar & selesa. 




MaDiHaA memang suka bercuti kat belah2 Rompin/Endau ni sebab ia umpama bercuti disebelah Pantai Timur. Nak tau sebab apa? Sebab makanan yang terdapat di sini rata2 macam kita berada di sebelah Terengganu. Pagi2 lagi lepas solat subuh MaDiHaA, suami & Alin dah bersiap2 nak beli sarapan. Orang lain sambung tidor lagi dalam selimut.. kan syok je tidor dalam bilik ada aircond ni.. hihi... Seronok memilih sarapan kat sini banyak kedai makan berhampiran, tapi kena keluar sikit dari resort ni. Antara sarapan yang kami beli ialah nasi dagang, nasi lemak, pulut lepa (pulut panggang style Terengganu ada inti ikan), paung goreng, kuih tepong kapur dan nasi kapit sambal ikan. Haa... semua menu tu (kecuali nasi lemak) memang menu Pantai Timur. Pelik tak? Berada di Johor/sempadan Pahang tapi jumpa menu2 Terengganu... hihi... Sebenarnya kebanyakan penduduk kat sini memang asalnya dari Pantai Timur sejak beberapa generasi. Jadi tak hairanlah jika peniaga2 kat sini menjual juadah Pantai Timur semetelah kat sini memang letaknya di tepi pantai... jadi memang sesuailah sangat jual menu2 ni... Umpamanya dibelah petang pula ada orang jual satar, keropok leko, kuih akok, kuih bakar & macam2 lagi yang ada... Happy sangat. Hilang rindu makanan Terengganu... hihi...




Bilik kami letaknya kat tengah kat tingkat atas tempat en. suami landing atas kerusi tu.  Anak2 ni dah 2 round mandi. Sebelah petang lepas kami check in dah mandi sekali. Esoknya pagi2 lepas sarapan mandi lagi satu round. Lantak koranglah nak.. mandilah puas2. Ayah je yang join anak2 mandi. Ibu jadi tukang pantau dengan tukang ambik gambar je sambil hirup abc yang kakak Dini beli kat kedai depan resort ni.  


Sebenarnya petang selepas kami check in kat sini, kami sempat picnic kejap kat pantai Penyabong siap bawak bekal lagi. Pastu sebelah malamnya pulak kami makan kat gerai di hadapan resort ni. Tapi yang tu nanti MaDiHaA buat entry yang lain pulak ye. Dah banyak sangat dah gambar ni. Gambar yang ada ni pun dah memang campur2 je ada yang awal, ada yang akhir.. hihi... jangan pening2 ye, layan kan jelahh...

Thursday, October 13, 2016

Deerland Park, Lancang, Pahang

Assalamualaikum...


Tak lengkap rasanya sesiapa yang melawat ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah jika tidak terus singgah ke Deerland Park yang jaraknya hanya kira-kira 3km sahaja antara keduanya.  Jadi kami pun tidak akan lepaskan peluang untuk ke situ.  Seronok dapat melihat rusa dari jarak dekat. Selain rusa terdapat juga pelbagai haiwan lain yang diletakkan di sini. Ada yang boleh dipegang dan disentuh sekiranya anda ingin membelai haiwan2 tersebut. Ada yang hanya boleh dilihat dari luar sangkarnya.  Antara haiwan yang sempat kami lihat seperti rusa, burung unta, ular albino, ular sawa, ular ball phyton, hedgehog, kucing hutan, pelbagai jenis burung & lain-lain lagi yang MaDiHaA dah lupa haiwan apa lagi yang ada sebab kebanyakkannya tengok sekali lalu macam tu je.  Jom tengok gambar yang sempat MaDiHaA snap ni. Ada beberapa jenis haiwan yang tak sempat ambil gambar pun sebab dah kepenatan & lagipun kami hanya lalu macam tu je, jadi memang tak sempat ambil gambar. Hanya di port2 tertentu je kami lepak lama siap duduk2, jadi kat situ je lah yg ada banyak gambar.. hihi..  Jom layan...






Sesampai saja di situ, cepat2 beratur beli tiket. Tiket dewasa RM5 & kanak2 RM3 (tahun 2014). Kita akan melalui lorong yang disediakan dengan suasana yang amat redup & nyaman dikelilingi hutan & pepohon. Tak lama lepas tu nanti kita akan jumpa pondok pemeriksaan tiket & kita akan diberikan bakul berisi ubi keledek yang siap dipotong-potong. Ubi keledek tu nanti adalah untuk diberikan kepada rusa2 yang berada di dalam kandang. Semua rusa jinak-jinak belaka. Semua rusa datang kerumun berhampiran kita di tepi pagar untuk berebut mendapatkan keledek yang kita suakan. Ada yang sampai berdiri 2 kaki! Amboii... lapar sangat gamaknya.. hihi... Seronok tengok telatah rusa2 tu. Anak2 pun happy tapi ada yang takut2 nak bagi rusa makan. hihi.. Dapat bagi makan rusa2 tu dan dapat pula menyentuhnya, itu satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. 



Tak jauh dari kandang rusa ni ada juga kandang burung unta. Tapi burung unta ni tak friendly macam rusa. Jadi tak banyaklah gambarnya.. hihi... maklumla jurufoto pun ambil gambar dari kamera handphone yang tak berapa canggih je.



Gerak ke depan sikit ada macam2 lagi haiwan yang kami jumpa. Tapi yang menarik perhatian kami bila ada ular jinak yang boleh disentuh & dipegang ni. Selain tu, ada juga beberapa ekor hedgehog yang comel. Eiii... geram je tengok dia sebab comel sangat. Mula tu takut-takut juga nak pegang sebab berduri. Rupanya duri hedgehog ni lembut je, tak macam duri landak tu.  Ada juga ular sawa & ular ball phyton yang jinak. Boleh angkat & pegang untuk ambil gambar.. so memang tak lepaskan peluanglah untuk pegang.  Dah tak rasa geli sebab dah pernah pegang ball phyton kepunyaan kawan dulu tu kan. Cuma, ular sawa tu malas nak angkat sebab besar sangat.  Beratnya pun mau berpuluh kilo! Yang menarik perhatian kami waktu tu, ada sepasang pengantin baru yang sedang buat outdoor shoot. Mereka disuruh letak ular2 di bahu untuk ambil gambar. Lucu tengok gelagat si suami (pengantin lelaki) yang nampak geli geleman dengan ular2 tu asyik nak lari-lari je.. haha.. Si isteri nampak rileks je. Yang paling lucu, ada ke patut lepas siap je snap gambar, si suami cepat-cepat cabut lari tinggalkan si isteri keseorangan dengan ular yang berat gila tu masih di bahu. Dah sampai senget bahu si isteri menahan berat ular sawa tu sambil menjerit2 menahan berat ular tu keseorangan... hahaha... adoii.... bertuah punya suami.. hihihi....


Oklah... itu saja kenangan kami kat sana.  Anak2 semua seronok dapat bermesra dengan haiwan2 di sini. Cuma adik Alin je penggeli tegar. Semua haiwan pun dia geli, tak berani nak dekat. Selesai bermain dengan haiwan semua ke sinki yang disediakan untuk mencuci tangan. Kemudian sempat juga kami masuk kedai cenderahati & belikan anak2 cenderahati keychain & t-shirt sebagai kenang-kenangan. Keluar je dari Deerland ni kami terus bergegas mencari surau dikampong berdekatan untuk solat jamak. InsyaAllah ada kelapangan nanti boleh singgah lagi.

Jumpa lagi...