Followers

Tuesday, August 25, 2015

Annual Lunch At Italiannies Pasta Pizza Restaurants

Assalamualaikum....


Kali ni update gambar2 annual lunch dengan kengkawan ofis MaDiHaA.  Jarang2 ikut dorang ni lunch sama sebab tak sehaluan.. hehe.. Eh! bukan tak ngam... cuma biasalah bila office mate berlainan kaum ni... selera pun tak samalah kan.  So MaDiHaA biasanya lunch dengan geng2 melayu yang ada 2, 3 kerat kat ofis tu.  Tapi ada sorang staff India tu boleh geng dengan kami sebab selera dia lebih kurang selera orang Melayu.  So boleh genglah kan.  

Bila tiba hujung tahun camni.. biasanya bos akan belanja lunch untuk new year eve tu.. lepas tu semua staff dibenarkan pulang terus lepas lunch.  Tahun tu boss belanja makan kat restoren Italannies Pasta Pizza dekat Subang Empire.  Mula2 tu cuak juga nak makan kat situ sebab takut tak halal.  Bila pegi sana... nampak ramai je orang Melayu yang menjamu selera kat situ. Lelaki, perempuan, bertudung & tak bertudung... staff yang kerja situ pun ramai melayu.  Lebih kurang macam kat restoren TGI Friday, Chilis, Manhattan Fish Market dan restoren2 Jepun la jugak yang kebanyakannya takde tanda halal..... ramai je orang Melayu yang makan situ.  Subway yang bukan tanda halal Jakim pun ramai je nampak orang Melayu makan. Tawakkal jelah.. mana2 yang boleh makan kita makan.  Sebelum order tu big boss kerap tanya waitress tu samada hidangan yang kitorang nak order tu ada campur apa2 bahan tak halal & dorang akan cakaplah mana yang ada mana yang takde.  So dorang order yang takde letak alcohol la supaya staff2 melayu boleh makan... Pada menu kat situ pun ada diletakkan tanda setiap menu samada menu tu ada dicampur alcohol atau tak, vegetarian atau tak. Jadi senanglah nak pilih. Rasanya jarang ada restoren yang nyatakan mana2 menu yang ada letak alcohol atau tak. Dah la takde tanda halal.. pastu takde pulak penerangan menu2 yang dorang serve. Kiranya kat sini ok la jugak. Ada satu dessert tuh (tiramisu kalau tak salah) waitress tu cakap ada letak alcohol.. so kitorang geng melayu tak jamah ler... tak kisahla sebab ada beberapa dessert lain yang kami boleh cuba.. hmm gitulah kisahnya..... 


31/12/2013



Kitorang sepakat order 2 set setiap menu & makan ramai2... jadi bolehlah order banyak jenis  set & sama2 dapat merasa...  nampak je macam sikit menu yang kami order... tapi kenyang sangat2..



Dah tak ingat nak sebut satu2 menu yang kami order tu... almaklumlah dah lama bebenor... kalau berminat boleh check menu2 & harganya kat website SINI ye..

Sampai je ke menu dessert.. MaDiHaA tak dapat nak tunggu lama.. so rasa sikit2 je pastu terus MaDiHaA minta diri dulu dengan big bos & kawan2 yang lain sebabnya.. petang tu kami terpaksa bergegas balik ke Raub pula sekali hantar kakak masuk asrama.  Tunggukan lepas ni episod kat kampong pula ye... hihi...



Friday, August 21, 2015

Singgah Makan di Restoren Selero Baghak, Bagan Lalang

Assalamualaikum....

22/12/2013
Sambung lagi kisah di Bagan Lalang ye... hehe... Dah nak balik dah masa ni.. Lepas check out...  anak-anak ajak ronda lagi sekali ke pantai & layan main layang-layang lagi.  Bantai main tengah2 panas... adeii... Dah tak kuasa ibu nak snap2 gambar... mujur ada gak tempat teduh bawah bayang pokok2 kat tepi pantai tu.  Dah puas main layang-layang... kitorang pun geraklah balik... sebelum tu singgah solat zuhur dulu kat surau kampong kat situ.. apa nama kampong tu dah tak ingat dah.


Dah pukul 2 lebih kot masa tu... perut pun dah lapar.. kami singgah kat satu restoren dalam kampong kat tepi jalan tu. Namanya Restoren Selero Baghak (kalau tak silap). So kami isi perut dululah kat situ.  


Yang menariknya.. berhampiran restoren tu ada disediakan wakaf & buaian. Seronoklah anak2 dok main2 kat situ... Ibu pun layanlah anak2 possing kat situ.  Selain tu.. tauke restoren tu pun ada juga sediakan perkhidmatan chalet untuk disewa berhampiran restorennya tu.  Tapi tak ditanya pula berapa kadar sewa chalet tu.. hihi.. Yang nampak berderet belakang wakaf tu semua chalet yang disewakan... ada chalet batu, ada juga chalet papan... pilih je mana berkenan...




Perut pun dah kenyang, sebelum gerak balik... teringin pulak bila nampak ada ubi rebus & pisang rebus kat situ.  Terus tapau untuk kudap-kudap dalam kereta.  Cicah dengan kelapa & gula perang... hmm... sedapnya... Inilah makanan zaman atok2 kita dulu... Masih ingat lagi arwah nenek rebus pisang & makan dengan kelapa macam ni, memang sedap.  Dalam perjalanan kami sempat singgah Pantai Morib kejap.  Tak lama pun singgah sebab takut sampai PJ lewat sangat.  Layan anak2 beli air & makanan... pastu beli mainan tah apa2lah yang ada jual kat situ.. pastu terus kami balik PJ..

Habis dah kisah jalan2 Bagan Lalang....