Followers

Wednesday, August 5, 2015

Majlis untuk the two boys.... yang dah jadi bujang...

Assalamualaikum....

Kejadian pada 16hb November 2013 bersamaan hari pertama cuti sekolah akhir tahun tersebut maka berlangsunglah majlis kenduri doa selamat untuk the two boys Adam & Haziq yang masing2 berumur 7 tahun pada masa tu.  Dorang berdua ni yang beria2 nak bersunat sangat. Haziq dari sekolah tadika lagi dah tanya bila nak sunat dia.  Puas jugaklah nak kena bagi jawapan dalam masa setahun tu.. MaDiHaA cakap kat dia.. tunggulah abang darjah satu nanti baru sunat. Jadi pada cuti sekolah hujung tahun tu mereka berdua pun selamat disunatkan.  

Pada sebelah malamnya... adik MaDiHaA ada buat kenduri doa selamat kat rumahnya.  Esoknya barulah bawak budak berdua tu bersunat kat klinik kat Klang.  Makngahnya yang beria2 suruh Haziq sunat saing dengan anaknya Adam kat Klang.. konon2 nanti berpantang pun kat Klang & ada geng dengan Adam. Tup2... bila dah kena potong, nak bertepek dengan ibu jugak... tak dibaginya ibu balik kerja kat PJ... Tido semalaman kat rumah makngahnya... pastu esok bawak balik PJ jugak.. tak pasal2 ibu kena ambik cuti juga jaga dia dalam pantang.. ingatkan tak payah ambik cuti sebab makngahnya dah janji boleh jaga dua2... Haziq pun mula2 setuju makngah jaga.... dah siap sunat taknak tinggal pulak.. Haziq... Haziq... Tapi bila fikir2 balik... elok juga MaDiHaA jaga sendiri dia dalam pantang.. Sebab ada anak bujang pun sorang ni je.. inilah pengalaman pertama & terakhir buat MaDiHaA.. hehe...

Oklah.. gambar pun tak banyak mana... jadilah buat kenangan... entry ni pun skip sepatutnya kena masuk entry raya haji.. tapi cari2 gambar dah tak jumpa mana pegi.. hmm..


Antara hidangan yang disediakan untuk tetamu pada malam kenduri doa selamat tu.  Makcik & kazens dari PJ pun ada datang malam tu.  Tapi tak sempat nak klik2 gambar.. bizi sesangat. MaDiHaA siangnya siapkan creampuff & juga puding roti marble untuk dibawa ke rumah adik kat Klang.  Adik ku angah order 3 tray puding.. tapi kakaknya sponser je sekali ngan creampuff. Tak sampai hati nak ambik duit.. kakaknya takde modal nak buat kenduri.. numpang kenduri adik jelah... yang penting segalanya berjalan lancar.. Alhamdulillah semua menu2 tu dimasak sendiri dengan bantuan ma, jiran2 tetangga angah & kami adik beradik semua... syukur semuanya siap seadanya. Terima kasih buat semua yang menjayakan majlis ni....


Haa.. ini muka the two boys yang dah jadi bujang.  Gambar atas tu semasa menunggu giliran masuk bilik doktor.  Ramai jugalah yang nak kena sunat hari tu. Masing2 dengan debaran di dada bertemankan ibu bapa masing2. Kitorang pulak.. pegi berempat je.. aku, makngah (adikku), Adam & Haziq. Bapak2 semua busy.. hehe.. Saksikan beza muka sebelum sunat & selepas sunat.... hehehee... Sebelum sunat muka ada senyummmm.... tengok yang selepas kemain masyammm... hehehehe... Tapi apa2pun ibu salute kat Haziq sebab tak nangis langsung masa kena sunat tu. Puas ibu suruh Haziq sebut Allahuakbar sambil peluk dia kuat2 masa dalam bilik doktor tu untuk dia melupakan rasa sakit.  Cuma masa on the way balik & bius dah kurang menangis gak lah.. hehe. Adam pulak dari awal dalam bilik doktor dah meraung2 non stop. Kira pecah rekodlah antara yang menangis paling kuat.. mak dia pulak yang pening.. hehe... Tu semua kenangan buat kami... tak mungkin berulang lagi.. masing2 ada sorang je anak bujang...

Ok.. moga jumpa lagi... Terima kasih singgah..

No comments:

Post a Comment