Followers

Friday, November 20, 2015

Family Gathering Sebelum Ramadhan

Assalamualaikum & salam sejahtera...

21/6/2014
Dah jadi acara tahunan kami, sepupu-sepupu yang ada kat Selangor ni akan buat family gathering & acara makan2 sampai larut malam yang tempatnya tak pernah berubah iaitu kat rumah my makcik Sujah.  Yelah.. hanya rumah makcik je yang duduk rumah ada laman.. rumah kitorang ni semua rumah atas kayangan.. hehehh..  Oleh kerana Ramadhan hanya tinggal seminggu je lagi masa tu, jadi kami memilih tarikh tersebut untuk gathering kami.  Buat malam minggu jadi bolehlah huha huha sampai larut malam... hihi.. Ikutkan masih ada sepupu yang tak dapat ikut serta sebab jarak yang jauh sikit dari PJ.. jadi hanya kami yang dekat2 ni jelah yang biasanya menjayakan acara menambah lemak di badan ni.. hihi...


Nak cerita sikitlah pasal menu kami malam tu selain buat BBQ. Makcik sediakan nasi putih, nasi lemak berlaukkan sambal ikan aye Terengganu style & sambal tumis, MaDiHaA pula buat krimpaf, apam & gulai asamrom ayam (request dari sepupu ku Marlida), Marlida pula bawak shepherd pie, kukis & ayam goreng, manakala sepupu ku Rubi bawak satay. Minuman pula semua tuan rumah yang sediakan. Ada air oren, teh O & juga cendol.  Memang meriahla makan makan makan & diet setahun ke laut jadinya. kikiki...




Alang2 ada banyak makanan.. makcik jemput jugalah jiran2 & kawan2 baiknya yang berdekatan.


Gambar kredit pada my cousin Naknie yang kebanyakan di ambil dari FB beliau.. hehehh.. MaDiHaA snap gambar sikit2 je.. sibuk layan makan je.. hihi..

Itu ajelah kisah gathering kami yang penuh gelak & tawa... acara macam ni boleh merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.  InsyaAllah akan kami teruskan sampai bila2 jika diizinkanNYA.

Sekian dulu untuk kali ni..


No comments:

Post a Comment