Followers

Tuesday, November 3, 2015

Kenduri Sambut Menantu Belah Pengantin Lelaki pulak....

Assalamualaikum....

11/5/2014
Sehari lepas majlis yasin kat rumah ma, pagi2 kami bertolak balik menghala ke KL sebab nak sertai majlis sambut menantu sepupu en. suami kat sebelah rumah pengantin lelaki pulak.  Rumah pengantin lelaki ataupun si Farid tu dekat dengan Kuala Pilah je... kira memang laluan kami nak balik KL tu kalau dari kampong MaDiHaA. Nak cari alamatnya pun senang sebab dekat dengan jalan besar.  Tapi dalam senang2 pun termasuk kampong lain jugak.. kekeke... almaklum kami takde GPS, Google maps atau waze... main agak2 je... Tapi alhamdulillah akhirnya jumpa juga walaupun agak terlewat dari rombongan yang lain iaitu mereka yang dari Raub.  Masa kami sampai tu keluarga dari Raub dah nak siap makan dah pun.  Mujur pengantin lelaki sangat peramah... bila nampak je kami baru sampai.. laju je heret kami pegi ke meja makan kat sebelah keluarga perempuan yang lain.  Jadi takdelah rasa segan sangat walaupun terlambat.. kekeke...

Oklah... layan gambar yang tak seberapa ni.. 
 Ikutkan ramai lagi keluarga dari belah pengantin perempuan yang lain... tapi ramai dah beransur ke homestay sebab ada yang beranak kecik dah tak tahan anak2 dah kepanasan.  Kaum bapa pun sama... dah tak lalu nak tunggu lama2 kat situ... boleh jugak menyembang2 sambil cucuh rokok.. kekeke...  Jadi tinggal yang dalam gambar tu je yang masih setia menunggu sebelum minta diri untuk pulang.



Tudung biru tu lah mak pengantin perempuan aka mak saudara en. suami yang kami panggil teh/makteh... Dalam gambar ramai2 tu.. hanya yang bertudung pelangi tu je bukan dari family.. jiran sekampong makteh kot tu. Yang muda mudi tu semua adik beradik pengantin perempuan... oklah tu je cerita kali ni...
 
Ok jumpa lain di lain siaran...

No comments:

Post a Comment