Followers

Wednesday, April 26, 2017

Wedding Anak Kushitah ~ Kawan Sekolah SMKK

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Kejadian pada 5hb Disember 2015 yang lalu kami antara bekas pelajar SMKK batch tahun 84-88 mana2 yang berkesempatan telah berjanji menghadiri kenduri kahwin anak kepada kawan sekolah kami Kushitah atau lebih dikenali sebagai Datin Kushitah. Kami panggil dia Citah je walaupun dah jadi datin tapi kitorang lebih mesra dengan panggilan zaman sekolah juga.. hehe... Citah ni antara kawan sekolah kami yang bertemu jodoh awal. Setakat ni dah 2 orang anaknya yang sudah berkahwin. Dah bercucu pun. Sedangkan MaDiHaA sendiri anak sulung masih sekolah menengah lagi. Haii... rugi2 kahwin lambat. Apa boleh buat jodoh lambat. Citah jodoh awal sebab zaman sekolahnya dulu dia antara yang tercantik di sekolah. Haruslah laku cepat.. hehehe...



Dari PJ kami berjanji bertemu dengan Zaidi kawan sekolah yang tinggal di Klang untuk mencari lokasi majlis sama2. Maklumlah tak biasa sangat selok belok KL ni. Alhamdulillah jumpa juga akhirnya, itupun guna khidmat GPS. Sampai2 je  di lokasi kami dapat parking agak jauh. Jadi terpisahlah dengan Zaidi sebab dia dapat parking agak dekat. Biasalah kan tempat kenduri mana boleh ko nak parking dekat2. Nasib2 lah. Tapi tak sangka pulak dalam dok bersiap2 turun dari kereta jumpa Rohani & suaminya yang baru sampai. Dia yang tegur MaDiHaA dulu. Lega dapat kawan dah.. hihi.. Kami jalan sama2 masuk ke dewan & duduk pun satu meja. Thank you ani tegur na. Dah lama juga tak berjumpa dengan ani ni. Kawan yang agak rapat masa sekolah dulu. 



Kawan2 yang lain dah berjumpa geng awal dari kami dan mereka dah penuh satu meja yang lain. Jadi kami yang lambat sikit ni terpisah dengan Zaidi dan geng lain. Tapi takpe.. sebab kami pun ada kawan dok satu meja. Datang pula tauke katering Fadzilah sembang2 dengan kami. Dialah yang menyediakan makanan untuk wedding tu. Beliau ni juga kawan sekolah kami dulu. Tak sangka dah jadi tauke besar catering iaitu Nurin's Catering. Memang hajat Citah nak Fadzilah juga yang jadi catering wedding anaknya kali ni. Yelah, dah berjumpa di alam maya jadi senang dah sekarang ni saling berhubung.


Suami MaDiHaA pun pandai bawak diri walau yang hadir tu bukan kawan2nya. Ada yang dah pernah berjumpa sebelum ni iaitu suami Ani tu. Jadi dah tak kekok untuk sembang2 sebab MaDiHaA dan Ani kerap juga saling kunjung mengunjung tiba hari raya. Suami Ani en. Yuzi pun peramah orangnya. Jadi memang seronokla mereka ni bersembang. Kawan2 yang lain pun ok je, borak2 dengan suami macam dah kenal lama je gayanya. Macam2 topik pulak boleh keluar.. hihi..


Bila dah berkumpul geng lama ni... riuh rendah jadinya. Mujur tetamu dah ramai yang pulang sebab masa ni dah petang. Kami tak dapat nak kemana2 sebab hujan turun dengan lebatnya masa ni. Jadi kitorang sembang, sembang, sembang tak sudah. hihi.... Citah pun boleh join sama sebab dah tak ramai tamu yang perlu dilayan. Dekna pun manja amat dok atas riba acik MaDiHaA macam dah selalu jumpa, padahal baru first time jumpa Dekna. Dekna ni anak bongsu Norhayati yang bertudung kelabu tu.


Ada kawan2 yang dah pulang sebelum hujan mana yang datang lebih awal dari kami. Antara ramai2 tu, ada yang datang jauh dari Kuantan semata2 nak hadir kenduri ni. Tauke juga tu yang bert-shirt kelabu... tauke minyak (Shell) kat Muadzam Shah. Tapi dia tinggal kat Kuantan.



Dalam gambar kat atas tu, Selain Fadzilah, yang berkaca mata hitam tu pun tauke juga. Tauke printing. Isterinya yang bertudung biru.  Zaidi yang berkemeja kelabu tu pun tauke. Tauke pasar borong (kalau tak silap). Isteri Zaidi Chinese berbaju oren tu. Eh... malula pulak masing2 dah jadi tauke... kita keje biasa2 je... hehe...


Last but not least... ambil la juga gambar dengan pengantin iaitu menantu pada Citah untuk kenang-kenangan.  Semoga kekal jodoh hingga ke Jannah hendaknya buat pengantin baru. 

Sekian.

No comments:

Post a Comment