Followers

Wednesday, May 17, 2017

Bengkel Membuat Tempe

Assalamualaikum & salam sejahtera...


6 December 2015 keesokkan hari selepas pegi wedding anak Kusyitah dalam entry sebelum ni, MaDiHaA attend pula bengkel membuat tempe. Seronok dapat belajar sendiri buat tempe ni. Dah lama juga nak belajar tapi takde peluang. Sebelum ni memang dah pernah jumpa resepi dari internet yang dikongsi, tapi tak puas hati selagi tak tengok sendiri depan mata.  Yelah, mana nak sama belajar secara lisan/tulisan dengan tengok sendiri depan mata. Bila ada apa2 persoalan kita boleh tanya terus dengan cikgu atau pengajar.

Ok jom layan gambar2 yang ada ni. Bengkel ni diadakan untuk kaum ibu (ada sorang peserta lelaki) oleh PWB (Pusat Wanita Berdaya) Bukit Gasing secara percuma. Tenaga pengajar di panggil khas dari Sekinchan.  Bengkel di adakan di rumah makcik MaDiHaA iaitu Puan Khaty/Sujah panggilan manja MaDiHaA pada makcik sebab makcik ni makcik paling bongsu...hihi..




Semua kerja dilakukan bersama2 sambil cikgu mengajar & menerangkan.  Sempatlah juga tuan blog beraksi semasa proses penyediaan... hehe..





Bila kacang soya dah sedia untuk dibungkus, masing2 ambil peluang belajar  bungkus tempe. Seronok pulak rasanya. Walaupun banyak berbelas kilo kacang soya tu, kerja jadi cepat bila ramai2 melakukannya.


Selesai je bengkel, masing2 sempat menjamu selera dengan nasi & lauk yang dimasak oleh Sujah.  Peserta juga dapat membawa balik beberapa keping tempe seorang. Alhamdulillah selepas diperam selama 2 malam, tempe telah menjadi dengan cantik. MaDiHaA terus masak sambal tempe kesukaan anak2. Sekarang dah boleh buat tempe sendiri. Cuma agak sukar nak dapatkan ragi tempe sebab tak tau kat mana tempat yang mudah didapati. Setakat ni, MaDiHaA hanya beli sebungkus kecil ragi tempe dari tenaga pengajar yang datang hari tu. Walaupun hanya sebungkus kecil, tapi boleh buat beberapa kali sebab kita hanya gunakan 1 sudu kecil kfc sahaja ragi untuk 1kg kacang soya. Ragi yang digunakan ni ialah jenis serbuk atau powder serupa macam baking powder warna & rupa ragi tu.


Sekian dulu entry untuk kali ini... moga diberi kesempatan untuk update dilain waktu.

No comments:

Post a Comment