Followers

Friday, January 26, 2018

Bas Free MBPJ

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Lupa tarikh kejadian. Tapi rasanya masa ni Alin masih tadika. Sebabnya MaDiHaA ingat pegi jemput dia kat sekolah tadika selepas habis waktu sekolah kemudian kami ke parking kereta berhampiran dengan stesen bas percuma ni. Waktu ni nak pegi hospital PPUM. Saja nak mencuba guna kenderaan awam. Lagipun bas free ni dah lama ada kat PJ ni tapi MaDiHaA tak pernah gunakan sekali pun. Teringin pula nak mencuba. Untung penduduk di PJ sebab disediakan bas free ni. Senang nak pegi kerja tak perlu fikir pasal duit tambang. Teringat zaman MaDiHaA muda2 dulu pegi kerja naik bas kena bayar. Waktu tu gaji pun tak seberapa, kena bayar tambang bas lagi, bayar makan lagi. Kenalah berjimat cermat waktu tu. 

Jom layan Alin posing. Ibu yang suruh dia pose sebab masa kami naik tu belum ada penumpang lain. Sebab MaDiHaA naik dari stesen bas yang pertama... 

Tambang percuma, WIFI pun percuma... Terima kasih MBPJ.


PJ City Bus ini sentiasa berlegar2 di sekitar Petaling Jaya.  Perkhidmatan bas percuma ini boleh dinaiki oleh semua penumpang tak kira warga negara Malaysia atau bukan warga negara.




Alin dipaksa jadi model ibu hari ni... hehehe...



Posing jangan tak posing... haha...



Dah masuk dalam bas... 



Kami penumpang pertama..



Keadaan dalam bas. Waktu ni dah ada penumpang lain yang masuk. 
Baguslah bas ni. Senang nak pegi ke mana2 sekitar PJ ni sebab banyak tempat dia pusing. Pemandu pun pun sangat friendly & membantu.  Lain kali bolehlah naik lagi kalau nak ke PPUM. Jimat tambang & jimat duit parking yang agak mahal di hospital tu. Kami rakyat marhaen sentiasa cuba untuk berjimat cermat selagi boleh.

Sekian dulu untuk kali ini...

No comments:

Post a Comment