Followers

Tuesday, June 16, 2015

Entry Pertama..... Open House rumah cousinku Marlida...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....

Dengan lafaz bismillahirrohmanirrohim MaDiHaA mulakan entry pertama dalam blog Family Mamawandiha ini iaitu kesinambungan dari kisah family MaDiHaA di Mamawandiha Fotopages.  Oleh kerana Fotopages sering mengalami masalah teknikal & mengganggu aktiviti update di sana yang kadang kala sehingga berbulan2 lamanya.. MaDiHaA ambil keputusan membuka satu lagi laman blog khas untuk update kisah aktiviti MaDiHaA sekeluarga.  

Terbinanya blog ini bukan bermakna MaDiHaA dah tak sayangkan Fotopages tersebut.... hati ini masih lagi sayangkan FP yang dah lama sebati dengan diri ini sejak tahun 2007 lagi. Mana mungkin MaDiHaA lupakan FP yang menyimpan begitu banyak kenangan manis di dalamnya. Doa MaDiHaA semoga FP masih kekal di sana sampai bila2 untuk kenangan anak cucu MaDiHaA satu hari nanti. Dan blog ini pula adalah kesinambungan kisah kehidupan kami.  Semoga blog ini serta blog Dari Dapur MaDiHaA juga akan kekal buat tatapan pengunjung setia serta waris MaDiHaA dimasa hadapan.. aminn...

Sebagai permulaan, MaDiHaA update entry pertama gambar2 semasa open house dirumah sepupu MaDiHaA iaitu Marlida.  Maafkan MaDiHaA kerana entry ini masih lagi entry di tahun 2013 yang lepas.  Sayang nak biarkan ia tidak disimpan sebagai kenangan.  Kepada semua pengunjung yang masih setia dengan kisah kehidupan MaDiHaA diucapkan ribuan terima kasih.

18 Ogos 2013
Selepas pulang bercuti raya... sepupu ku Marlida buat open house kat rumahnya.  Biasanya Ida buat open house kat gerai bihun sup utara miliknya. Tapi kali ni katanya buat kecil2an saja jadi dia hanya buat kat rumah.  Antara menu utamanya ialah soto & ketupat palas serta rendang.  Tak sah kalau tak ada pencuci mulut... semuanya sedap2. Kek lobak merah, cheese tart, kek cheese leleh & kek cawan baldu merah.. hehe... 

Terima kasih sepupuku jemput kami semua.  Semua gambar makanan saja yang ada sebab mood ambik gambar kurang rajin pula kali ni. Sekian saja untuk entry permulaan ini.

Terima kasih.

 p/s : Pada gambar dah siap edit mamawandiha.fotopages sebab MaDiHaA dah edit lama dulu konon2 nak update kat Fotopages.. hehehe..

No comments:

Post a Comment