Followers

Wednesday, June 17, 2015

Perkahwinan Anak Sepupu ku.. Jiji & pasangannya Pipah..

Assalamualaikum u all....


Esok jika dipanjangkan umur... dapatlah kita sama2 menjalani ibadah puasa bersama-sama. Sekejap betul masa berlalu. Dari setahun ke setahun.. cepatnya ia datang & pergi. Semoga Ramadhan kali ini ibadah puasa kita lebih sempurna di samping memperbanyakkan ibadah yang lain & semoga ianya diberkati oleh Allah s.w.t. Amin..

Hari ni MaDiHaA nak sambung lagi entry seterusnya ye. Sepatutnya ada lagi 2 entry yang patut diberi laluan terlebih dahulu. Tapi sayangnya... entah ke mana semua gambar2 tersebut.  Cari2 kat FB semuanya tak jumpa. Jadi MaDiHaA langkaulah dulu entry tu dan mana tau kot-kot jumpa balik bolehlah di update lepas2 entry ni nanti. 

21 September 2013
Kisah perkahwinan anak sepupu MaDiHaA pula kali ni.  Sepupu no. 2 paling tua sebelah arwah ayah yang mesra MaDiHaA panggil Kakyah sangat rapat dengan MaDiHaA sejak MaDiHaA kecik2 dulu. Kakyah dah pun ada sorang menantu sebelum ni, tapi sayangnya masa kenduri kawin anak perempuan nya yang no. 2 dulu MaDiHaA tak dapat hadir disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan.  Kali ni kahwin anak sulungnya... alhamdulillah.. dapat juga kami sekeluarga pulang ke Dungun Terengganu untuk meraikannya bersama-sama walaupun dalam keadaan en. suami yang belum kuat nak drive sebab masih 'dalam pantang' akibat rusuknya yang patah tu.  Jadi... MaDiHaA lah yang jadi mak supir memandu dari PJ ke Dungun Terengganu.  Syukur alhamdulillah dipermudahkan segalanya & kami sampai dengan selamatnya.  Sampai-sampai je.. kami disambut pengantin baru yang masih berbaju melayu baru lepas akad nikah pagi tu dengan senyum lebar.  Seronok dia sebab mak dan ayah sepupunya dapat balik.. hehe.. Sebab kami cakap belum tau lagi dapat balik ke tidak... saja nak buat surprise...haha..

Apa2 hal... ambik gambar dulu untuk kenang2an sebelum pengantin tukar baju & bersanding. Ma & adik dari Keratong pun balik sama. Kami dari PJ, Ma dari Keratong. Bertemu di Paka dan teruskan perjalanan ke Dungun sama-sama.

Bersandinglah pengantin baru disinggah sana yang indah itu... dua beradik Jaja & Kamil yang jadi pengapit pada abang sulungnya.


Siap bersanding masa untuk santap pula di meja makan beradap...

Sempat juga bergambar kenangan dengan bapa saudara sepupu (anak kepada adik arwah tokki MaDiHaA yang baju kotak-kotak tu)... ma pula bergambar dengan kedua2 ayah & ibu pengantin baru iaitu sepupuku kakyah dan suaminya. Kedua-dua mereka ialah guru yang mengajar di sekolah daerah Dungun juga. Majlis ni pun berlangsung di dewan Sekolah Menengah Seri Dungun dimana tempat Kakyah mengajar waktu itu.


Usai majlis persandingan di dewan.. kami semua ke rumah sepupuku kakyah.  Sempat juga snap beberapa keping gambar hantaran dari pihak pengantin perempuan.

Petang tu kami teruskan destinasi kami ke rumah sepupu ku sebelah ma pula untuk dapatkan rawatan akupuntur. MaDiHaA dan suami dua-dua cuba rawatan tersebut buat pertama kalinya walaupun pada mulanya rasa takut2 juga. hehe...  Kemudian kami bermalam di chalet di Pantai Batu Pelanduk.  Nantikan entry sambungan di Terengganu ni ye.

Terima kasih sudi membaca.

1 comment:

  1. Meriahnya.... lama tak g ke sini Terenganu.. lepas ni boleh la p bercuti2 kat sini..

    Mommylina berkunjung kat sini..

    ReplyDelete