Followers

Thursday, January 12, 2017

Dapat Biras Baru...

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Lamanya senyap blog ni kan? Aduhh.. nak buat macamana tuan blog terlalu sibuk dengan urusan seharian. Hajat di hati nak habiskan semua gambar2 lama ni sebelum masuk tahun baru, namun nampaknya angan2 tinggal angan2 jelah. Tak terkejar baq hang.... eheheee...

Meh kita sambung gambar kenangan family mamawandiha ni satu demi satu. Entah bila nak habis pun tak taulah... huhu...

Kali ni nak catat kenangan dapat biras baru. Adik en. suami dapat jodoh dengan orang Pekan. So bolehlah jalan2 ke Pekan Pahang. Walaupun kampong MaDiHaA tak jauh mana dari Pekan tu, tapi sekali pun kami belum sampai lagi ke sana. Walaupun sana sini viral dengan murtabak mengkasar & puding diraja kat sana... tapi takdenya orang nak bawak kita ke sana semata2 nak cari benda2 tu... kehkehkeh...

Ok dah jom jom takyah nak membebel lagi... hihihh...

Dari PJ kami ke Raub dulu sebab kitorang belum kenal lagi rumah pengantin perempuan sebab masa bertunang dulu kami tak dapat pergi sebab masa tu musim hujan & banjir. Mujur jugak tak pegi sebab masa rombongan meminang balik tu terkandas sebab leburaya pantai timur tenggelam. Terpaksala dorang pusing lalu ikut Bahau, Serting untuk balik ke Raub. So hari tu kami konvoi dari Raub ke Pekan sebab malam tu majlis akad nikahnya. Check in kat homestay yang dah ditempah oleh keluarga perempuan. Selesa sangat homestaynya. Kami sampai2 je kat dapur dah tersedia pelbagai kuih muih minum petang serta dengan minumannya. Bagus betul family belah perempuan ni, cakna sangat kat family kami. Selalunya payah nak jumpa macam ni, kot lapar pun pandai2 je cari makan sendiri. So malam tu bermulalah majlis akad nikah adik ipar ku Wan Mohd Roslan dengan pasangannya Laila. Meh la kita layan gambar pulak ye..

18hb April 2015
Alhamdulillah selesai sudah majlis akad nikahnya. Maka sahlah pasangan ini menjadi suami & isteri...



Esoknya kami bersiap2la untuk majlis bersanding & kenduri besarnya pula. Ma & adik2 MaDiHaA pun ada datang juga masa tu sebab dorang dari Keratong dah tak jauh mana. Bertolak pagi tu & kami jumpa kat homestay tu. Ni ramai2 dah sampai dah kat perkarangan rumah jiran pengantin, so bergambar2lah dulu sebelum diberi green light untuk ke rumah pengantin...


Dah dapat lampu hijau... so pertemukanlah kedua2 mempelai ni... kemain meriah laluan kami dengan arch rambu ramba sepanjang jalan tu dah macam perkahwinan dalam taman... Kengkunun nak gak possing kat situ tapi takde tukang snap la pulak. Terpisah dengan en. suami masa tu jalan asing2, jadi kita jadi fotograper jelah. Sebab tu gambar tuan blog takde. Haishh rugi je melaram dengan kasut tinggi warna merah tapi takde gambar kita tau... kehkehkeh...


Dah selamat di atas pelaminan. Gambar bawah tu pengantin baru dengan keluarga sebelah en. suami ada 8 beradik semuanya.


Dah penat bersanding, masa untuk menjamu selera la pulak. Alhamdulillah puas hati layanan keluarga belah perempuan ni. Kami dari belah lelaki ni disediakan beberapa meja khas untuk family selalin meja makan beradap. Setiap seorang disiapkan juga pencuci mulut puding diraja. Wahhh.. bagai orang mengantuk disorong bantal, dah lama mengidam2kan puding diraja ni akhirnya dapat juga merasa. Terima kasih Laila & keluarga di atas layanan istimewa ini.


Oh ya... sebelum berakhir.. tuan blog pun nak juga bergambar kenangan dengan pengantin baru. Jadilah bergambar ramai2. Yang gambar belah bawah tu sebelum kami bertolak pulang ke rumah masing2, sempat gak pengantin datang jenguk kami kat homestay.  Alhamdulillah.. tarikh 18hb April 2015 ni sangat istimewa buat pengantin baru ni. Sebabnya.. pada 18hb April 2016 yang lalu telah lahir puteri sulung mereka. Berkongsi tarikh istimewa walaupun bersalin normal tapi rezeki mereka dapat anak sulung pada tarikh ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Tahniah korang..

No comments:

Post a Comment